Kotak carian di dalam blog sangat penting untuk blog. Amat rugi blog yang tidak punyai kotak carian yang berfungsi dengan baik. Ada blog yang mempunyai kotak carian ini tetapi malangnya ia tidak berfungsi dengan baik. Blogger harus tahu, salah satu impak meletakkan kotak carian ini di dalam blog ialah membantu meningkatkan pageviews blog.

Kotak carian perlulah berada di kedudukan yang baik, di mana pengunjung dan pembaca blog boleh menggunakannya dengan mudah. Kebiasaannya kotak carian ini diletakkan di bahagian atas sesebuah blog. Ada yang diletakkan bersama menu horizontal blog, ada juga yang meletakkannya di bahagian sidebar blog.

Fungsi Kotak Carian Penting Untuk Blog

Jika anda perhatian, blog ini mempunyai dua kotak carian. Dua-dua kotak carian ini adalah kotak carian search customized. Dua-dua melakukan tugas dan fungsi yang sedikit berbeza walaupun tujuan ia adalah sama - memudahkan carian sesuatu tajuk di dalam blog.

Kedudukan 2 Kotak Carian

Fungsi Kotak Carian Penting Untuk Blog

Kotak carian pertama saya letakkan di bahagian atas. Dan kotak carian kedua saya letakkan di bahagian sidebar blog ini. Dua kotak carian ini jika digunakan, akan hasilkan keputusan yang sedikit berbeza. Saya juga optimasikan 2 kotak carian tersebut agar mudah digunakan untuk versi mobile.

Paparan dan Kedudukan Kotak Carian Dalam Versi Mobile

Fungsi Kotak Carian Penting Untuk Blog
Kotak carian dalam blog bukan sahaja penting untuk pengunjung dan pembaca blog, tetapi juga untuk tuan punya blog juga. Contohnya saya mahu buat backlink dalaman untuk entri yang ada kaitan, saya akan gunakan kotak carian dengan kata kunci yang saya mahukan supaya dapat mencari entri yang boleh dikaitkan.

Tadi saya ada mengatakan, penggunaan dua kotak carian ini akan berikan hasilan berbeza. Apa yang saya maksudkan adalah seperti di bawah ini.

Hasil Guna Kotak Carian 1

Ia akan tunjukkan hasil carian di dalam blog ini sendiri. Entri-entri akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa ia diterbitkan. Ia mungkin akan berikan hasil yang terhad, kerana mengikut had paparan carian yang ditetapkan dalam blog.
Hasil keputusan carian dalam blog

Hasil Guna Kotak Carian 2

Ini pula adalah paparan hasil menggunakan kotak carian kedua. Ia akan buka satu lagi tab pelayar internet dan paparkan kesemua entri yang mempunyai kata kunci carian tadi. Ianya lebih menyeluruh kerana ia mengadaptasi fungsi carian enjin carian Google.
Hasil keputusan carian menggunakan enjin Google Search
Begitulah serba sedikit perkongsian saya mengenai fungsi kotak carian yang penting untuk blog. Bukan hanya mudah untuk mencari maklumat berkaitan, tetapi secara amnya boleh berikan impak dari segi trafik, dan juga kadar bounce rate sesebuah blog.

Dua cara yang saya gunakan di atas ialah custom-made kotak carian. Dalam blogspot dah ada widget kotak cariannya sendiri. Anda boleh pasang di mana-mana bahagian blog yang anda suka. Anda boleh tetapkan samada hasil carian keluar di dalam blog atau membuka satu lagi tab asing di pelayar internet anda.

Semoga bermanfaat.

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada yang guna sitemap untuk mencari artikel yang lama-lama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pernah letakkan sitemap kat blog ni guna page, tapi bing dan google webmaster kata ada malware .. terus buang .. hoho ...

      Padam
  2. biasanya pakai satu je untuk search form ni. tak pernah pulak guna dua tu.

    BalasPadam
  3. ya..memang amatlah penting..tapi tak penting bagi blogger 'porn' sebab mereka hanya mementingkan org akan klik iklan daripada content..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha hangit bangat lu pasal blogger porn ni ehh .. hahaha... panas panass ...

      Padam
  4. terus cek kotak cariaan kat blog sendiri...hehehe lupa nak letak lepas edit tema hari tuh

    BalasPadam
  5. Salam bro Hasrul Hassan. Saya nak tanya bagaimana nak dapat kembali kotak carian yang hilang di blog?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam bahagian widget blogspot ada widget search ni .. leh ambik kat situ. Saya pun ada tutorial letak widget kotak search custom made ...

      Padam
  6. Saya mendapatkan kotak carian ini dari bawaan template blog yang dipakai.

    Ternyata banyak manfaat dan fungsi dari kotak carian semacam ini

    BalasPadam
  7. betul, bagi saya kotak carian memang penting untuk blog blog yang berinformasi sbb tak ramai pon yg rajin nak cari kat bahagian label..so yg senang, search je kat search box

    BalasPadam
  8. Em..baru nak buat kotak carian..terima kasih admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting tu buat .. lagi2 blog yang ada buat niaga .. bisnes ke ..

      Padam
  9. O ye ke.. Thanks admin for sharing this info...

    BalasPadam
  10. saya baru buat blog.. terima kasih di atas perkongsian ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. saya harap ramai blogger baru ambil perhatian benda ni .. oh ya .. kotak carian juga boleh buat duit oo

      Padam
  11. saya baru buat blog.. terima kasih di atas informasi ini..

    BalasPadam
  12. kalau kotak carian tu x berfungsi macam mana? maksudnya kat kotak tu x dpt nak tulis apa2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa punya? Saya punyakah atau blog lain? Atau kat blog sendiri? Saya ada tutorial letak custom made kotak search .. :) leh search dalam blog .. erkkk

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement