Dua Strategi Hasilkan Jualan Produk Affiliate

Saya tahu ramai yang ingin tahu apakah strategi saya untuk hasilkan jualan produk affiliate. Saya mulanya ragu-ragu nak dedahkan, sebabnya pendedahan ini akan buatkan ada ebook tu nanti tak laku la pulak. Tapi tak mengapalah, rezeki ini bukan dari manusia, ia datang dari Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T berkehendakkan kita terima rezeki lebih, maka dapatlah. Kena yakin bab ni; kalau tak yakin ... kita akan kecewa dan tidak redha dengan usaha.

Oklah. Saya dedahkan dua strategi saya hasilkan jualan produk affiliate menerusi blog. Strategi ni mudah je. Kalau anda ada tonton Video Intensif Affiliate tentu dah boleh agak teknik ni. Ada banyak teknik lain yang lebih masyuk kalau tonton video tu, tapi buat masa ni saya cuma gunakan dua strategi ni je dulu.

Dua Strategi Hasilkan Jualan Produk Affiliate

Dua Strategi Hasilkan Jualan Produk Affiliate

Strategi Pertama - Buat Review Mengenai Produk

Ramai blogger dan Internet Marketer (IM) gunakan kaedah ini untuk dapatkan jualan produk affiliate. Ia memang strategi yang terbukti berkesan. Malah, anda dengan mudah boleh jana komisen pertama affiliate anda dengan cara ini.

Anda perlu menulis satu review pendek berkaitan produk. Mahu buat review terbaik, cara paling afdal ialah dengan beli dan dapatkan produk tersebut. Ada juga IM tak beli pun, tetapi jika anda mahu tulis review yang benar-benar boleh buat duit dan jualan affiliate, saya memang syor anda dapatkan dulu produk tersebut.

Jika tak dapat nak beli, ada cara lain .. iaitu dapatkan review copy daripada pemilik produk. Jalinkan hubungan dengan pemilik produk, dan tanyakan mengenai review copy produk yang anda ingin promosikan. In Sha Allah, mereka akan dengan sukacitanya bantu anda, yelah ... siapa tak mo blogger berikan review percuma ye tak? Hoho .. derang gak yang masyuk nanti; dan anda pula terima komisyen lumayan hasil jualan produk.
Teknik jana income online dengan affiliate

Strategi Kedua - Pasang Banner Produk

Selepas anda buat review produk, jangan lupa gunakan teknik visual pula. Teknik visual menggunakan banner untuk promosi produk affiliate di blog boleh jadi berkesan seandainya anda pernah menulis mengenai produk tersebut.

Mereka yang baca review produk akan nampak banner yang diletakkan, jadi apa yang anda lakukan ialah mengumpan mereka untuk klik banner produk tersebut. Seterusnya biarlah surat jualan produk tersebut yang mengambil peranan.

Pasang banner produk juga akan menunjukkan bahawa anda serius promosikan produk affiliate yang telah anda review. Setidaknya ia berikan satu autoriti atau kepercayaan pengunjung terhadap apa yang anda promosikan.

Teknik ini saya berjaya hasilkan jualan yang banyak untuk Lazada Malaysia. Saya buat review produk yang saya beli di Lazada; pengunjung nampak banner Lazada - siap dengan tawaran diskaun dan pelbagai kod baucer, mereka akan klik banner tersebut selepas tahu kita ada beli sesuatu dari sana.
Tips buat duit dengan affiliate
Tips buat duit dengan affiliate

Kena pastikan banner itu sentiasa ada ... samada dalam entri, pada sidebar blog atau mungkin di header blog. Visual penting untuk ingatkan pengunjung yang kita ada jual produk sekian-sekian.

Anda perlu jalinkan bersama dua strategi ini. Dua-dua kena jalan sekali, baru akan nampak impak lebih positif.

Pembaca Blog Adalah Pembeli Berpotensi

Dan ketahuilah kebanyakkan yang akan beli produk affiliate ini adalah mereka yang memang baca blog anda. Jadi, dengan adanya review yang bagus, lepas tu ada tarikan visual banner di blog, tak mustahil anda mudah nak buat jualan produk affiliate.

Nak strategi lain untuk lariskan produk affiliate anda, jangan lupa tonton Video Intensif Affiliate. Ada teknik rahsia terbaik yang ramai IM buat sehingga ada yang dapat komisen ribu-ribu ringgit sebulan.
Cara nak dapat income dari affiliate
Cara nak dapat income dari affiliate
Cara nak dapat income dari affiliate

{ 17 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof October 21, 2014
saya pun ada guna strategy yang bawah sekali tu...
Sya Isya Sya Isya October 21, 2014
teima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

Saya akan gunakan teknik kedua tu pula seelpas ini :-)
mama amir mama amir October 21, 2014
thanks for sharing...perkongsian yang bagus untuk diaplikasikan...^_^
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 21, 2014
Teknik ni mesti buat dua-dua serentak. :)
tarmizi tarmizi October 21, 2014
sifu beli dvd juga ke patut hebat..
Denaihati Denaihati October 21, 2014
terima kesaih perkongsiannya bro, mudahan ramai berjaya dengan strategi ni...
kifli bakeri kifli bakeri October 21, 2014
Terima kasih bro...tengah berusaha jugak ni
reezluv reezluv October 21, 2014
memang otai strategi affiliate ni..otai affiliate Lazada..ohoho
blogger lelaki blogger lelaki October 21, 2014
terbaik tips dari bro..senang dan ringkas..yang tinggal cuma usaha sahaja..hehehe
salmiah awang salmiah awang October 22, 2014
tuan hh,mana lebih mudah dapat income sama ada iklan yang dipasangkan atau affiliate?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 22, 2014
Dua-dua ada kelebihan sendiri. Iklan yang dipasang seperti Nuffnang, Komli, H12 dan sebagainya mudah dapat income sbb tak perlu promote. Tetapi yang lumayan ialah affiliate sbb sekali dapat jual leh dapat komisen lebih daripada pengiklanan. Sekali dapat komisen ada sampai ratus ringgit untuk satu produk. Jika terjual lebih daripada 2 .. 3 .. 4 dan seterusnya ... income dia dah boleh cover iklan yang dipasang tu - melainkan anda ada servis letak banner iklan sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 22, 2014
Terima kasih. Ya kena usaha .. usaha itu yang akan berikan hasil. Tak ada usaha, maka tak adalah hasil.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 22, 2014
Sama-sama Fiza Rahman .. :) moga entri ni boleh bantu ramai blogger jana income dari blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 22, 2014
Ya, jika diaplikasikan dengan betul boleh berjaya dengan teknik ni. Saya adalah bukti nyata teknik ini berkesan - dan pastikan dilakukan secara serentak dan harmoni .. hoho
Sally Yatiey Sally Yatiey October 22, 2014
Perkongsian yang berguna.. Terima kasih..
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 22, 2014
Rezeki tuan amat murah...saya tengok meleleh je..Semoga tuan dimurahkan rezeki lagi dan lagi....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.