Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street View

Setelah saya zahirkan kebimbangan mengenai salah guna yang mungkin berlaku menggunakan Google Map Street View, saya ingin pula berkongsi dengan anda cara untuk padam imej yang mungkin sensitif untuk dipaparkan di Google Map Street View, khususnya imej-imej yang anda anggap mengganggu privasi dan boleh mendatangkan mudarat kepada diri anda.

Terima kasih kepada Google kerana membolehkan fungsi pemadaman imej dilakukan di Google Map Street View. Anda bukan sahaja boleh memadamkan imej yang tidak berkenaan, malah dibenarkan untuk kaburkan imej-imej lain seandainya ia tidak dilakukan oleh pihak Google sendiri.
Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street View

Ada imej seperti nombor rumah, plet kenderaan, pakaian bersidaian, wajah orang tertentu yang terdapat di dalam Google Map Street View yang tidak dikaburkan. Oleh itu, feedback daripada pengguna sangat diharapkan oleh pihak Google dalam tanggani masalah ini.

Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street View

Untuk membolehkan imej sensitif dipadamkan dalam Googel Map Street View, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut yang telah dikongsikan oleh Amanz Network.

  1. Buka laman Google Maps.
  2. Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
  3. Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  4. Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
  5. Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.
Cara Padam Imej Sensitif Google Map Street View

Semoga bermanfaat.

4 comments.. read them below or add one

Mas Zull Mas Zull October 08, 2014
assalamualaikum HH..perkongsian info yang baik ni...:)
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI October 09, 2014
Yelah senang2 diorang mapping kat kite...so report inappropriate tu kira blh selesai ke walau 1 report je tuan?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.