Langkau ke kandungan utama

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog

Backlinks ke blog memang penting. Ia merupakan salah satu cara untuk blog berupaya berada di top rank enjin carian, terutama sekali Google. Ramai yang tidak tahu, dengan adanya backlinks ini, entri-entri di blog mudah dan senang untuk disenaraikan di enjin carian. Namun, hanya backlinks yang berkualiti sahaja yang akan pengaruhi keputusan SERP (Search Engine Result Page) ini.

Backlinks juga salah satu cara untuk pengaruhi rank di Alexa. Itu sebab banyak blog dan laman web yang berada top rank di Alexa adalah blog-blog ada banyak backlinks. Bagaimana nak tahu jumlah backlinks blog? Ok, saya akan beritahu cara-caranya. Tak susah mana ... hoho ...

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog

Cara nak tahu jumlah backlinks ke blog ialah dengan menggunakan dua laman web servis periksa backlinks yang akan saya berikan ini. Saya suka gunakan dua laman web ni, sebab saya boleh tahu blog dan laman web mana berikan backlinks, PR blog atau laman web tersebut serta apa anchor teks yang saya boleh manipulasi untuk tujuan SEO.

Gunakan BacklinkWatch

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog
Anda hanya perlu ke laman web BacklinkWatch.com dan masukkan sahaja url blog anda. Tunggu ia proses dan analisis blog anda, dan ia akan paparkan keputusan analisis seperti di atas. Dalam tempoh singkat, anda boleh tahu url yang berikan backlinks kepada blog anda, dan anchor text yang digunakan. Anda juga boleh tahu mana backlinks yang berikan dofollow dan nofollow link.

#Tips 2 - Kegunaan Backlinks

Tips - Dah tahu url backlinks (samada dari blog atau laman web) yang berikan dofollow, maka keraplah anda komen di blog tersebut atau dapatkan peluang untuk url blog berada di situ. Salah satu cara untuk dapatkan backlinks di blog yang ada dofollow link ini ialah dengan letakkan banner atau sertai kontes atau giveaway yang dianjurkan.

Gunakan Backlink Checker

Cara Nak Tahu Jumlah Backlinks Blog
Satu lagi laman web servis untuk check backlinks blog anda ialah Backlink Checker. Sama seperti yang pertama, ia juga akan paparkan PR, anchor text dan jenis link samada nofollow atau dofollow. Seperti apa yang saya kata tadi, blog atau link yang berikan link dofollow, maka keraplah komen atau tinggalkan link blog anda di situ. Gunakan anchor text yang disediakan dalam analisis untuk bolehkan blog anda berada di enjin carian untuk kata kunci tersebut.

#Tips 2 - Kegunaan Backlinks

Tips - Cuba cari link url dari laman web yang ada PR lebih baik, sekali lagi kerap komen blog tersebut dan dapatkan peluang untuk url blog anda diletakkan di blog tersebut. Pastikan anda cari entri-entri yang kena dengan meta description blog anda, termasuk penggunaan kata kunci blog anda.

Semakin tinggi atau semakin banyak backlinks blog anda, terutama dari blog-blog yang ada PR lebih baik, dan berikan dofollow links, maka semakin cerahlah blog anda berada di top rank enjin carian. Ini merupakan strategi SEO dengan cara semulajadi yang sangat berkesan.

Saya harap apa yang dikongsikan ini boleh anda dimanfaatkan sebaiknya untuk tambah-baik blog anda.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Jangan lupa juga, ruangan bloglist biasanya dofollow..:)

    BalasPadam
  2. ooo..ada rupanya cara nak cek backlink..terima kasih atas info

    BalasPadam
  3. ooo gitu caranya nak tahu jumlah backlinks...

    BalasPadam
  4. Nanti nak check jugaklah..terima kasih Bro HH :)

    BalasPadam
  5. dpt ilmu lagi..terima kasih..

    BalasPadam
  6. Lama dah tak check backlink blog. Nak check kejap. Tengok berapa ada backlink.

    BalasPadam
  7. TERIMA KASIH ,SGT BERGUNA

    BalasPadam
  8. hahaha sedih plak..xde backlinks pn..wakakaka

    BalasPadam
  9. Oh...baru fhm maksud backlinks...

    BalasPadam
  10. Gua nampak Tiffin Biru je banyak bagi backlink pada gua he..23x

    BalasPadam
  11. Nak terus aplikasikan la..nak tgk berapa byk dah backlink ada..thanks HH

    BalasPadam
  12. ooo cenggini nak check backlink. nak semak jap

    BalasPadam
  13. Selain offpage seo ni, faktor lain ialah onpage seo iaitu teknik penulisan.

    BalasPadam
  14. berguna nie..lagipun sedang kontest SEO kan..

    BalasPadam
  15. ooo..baru tahu kegunaan backlinks..huhu

    BalasPadam
  16. Saya pun guna servis Backlink Watch tapi disebabkan laptop ni slow, maka lamalah nak tunggu habis loading dan paparan jumlah backlink tu keluar.

    BalasPadam
  17. Memang suatu usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mendapatkan backlink yang banyak...dan yang penting ialah berkualiti...terima kasih tuan.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Dapatkan backlink berkualiti dan kerapkan tinggal jejak di blog yang ada DoFollow, terima kasih tuan atas ilmunya :)

    BalasPadam
  20. Baru tau jugak ni.. Kena cek untuk blog ni yang jarang digunakan untuk komen, so backlink berkualiti kurang.. huhu..tq HH! :)

    BalasPadam
  21. minggu ni punya referrals kat nuffnang, bnyak dtg dr google yg mcm2 jenis domain dan dua entry dr blog bro HH.. hairan.. klau ckp psal tinggal komen, entry tu lgsung husna tak baca apatah nak tggal komen..:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeng jeng jeng .. mungkin sebab ada link yang ntah datang dari mana kot ...

      Padam
  22. alamat !! sedihnya xda backlinks pun ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mula dari sekarang utk dapatkan backlinks

      Padam
  23. sikit sikit belajar dari entri ini
    tq tuan harul

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum... bro HH,

    Baca2 entry kat sini... cara nak check backlink sesuatu blog... ini sangat penting. Apatah lagi blog yang stabil mempunyai PR blog yang tinggi dan mempunyai pengaruh di dunia blog.. walaupun teknik2 SEO onpage dan offpage telah dibuat.. banyak pengaruh lain jugak yang mempengaruhi.. mselim3 selalu mengkaji teknik2 tertentu dan insallah terus belajar dan terus belajar...

    mselim3

    BalasPadam
  25. terima kasih sebab sudi kongsikan tips ni

    BalasPadam
  26. ok nice info. nak try buat ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…