16 Oktober 2014

Blogger Berpendapatan Pasif

Ramai blogger yang mahu menjana pendapatan pasif. Pendapatan pasif bermaksud income dijana secara automatik, tanpa memerlukan usaha yang berterusan, atau dengan kata lain, buat kerja sekali tetapi mendapat income berkali-kali. Selalunya pendapatan pasif ini melibatkan satu bentuk pelaburan awal, yang kemudian digerakkan untuk menjana pendapatan sepanjang masa tanpa perlu 'bekerja' setiap ketika.

Contoh mudah satu pendapatan pasif ialah menerima royalti dari penulisan sesebuah buku seperti novel. Atau sebagai seorang yang melabur dalam bidang hartanah; sekali buat pelaburan tetapi kaut untung dan income setiap bulan atau setiap tahun.

Blogger Berpendapatan Pasif

Blogger Berpendapatan Pasif

Namun begitu, bukan semua pelaburan itu boleh menjadi satu pendapatan pasif kemudiannya. Sebagai contoh pemilikan hartanah tadi. Kebanyakan orang fikirkan, hartanah adalah salah satu cabang unruk menjana pendapatan pasif, namun begitu, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah hanyalah merupakan satu liabiliti.
Blogger Berpendapatan Pasif
Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya "Rich Dad, Poor Dad" bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia adalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya.

Blogger juga boleh berpendapatan pasif asalkan tahu cara membuat pelaburan awal bagi menjana income. Blogger boleh dikategorikan sebagai penulis. Berbeza dengan penulis buku atau novel, seorang penulis blog boleh menjana income secara pasif melalui dua sumber:

  1. Pengiklanan di blog seperti Google Adsense, Komli, Innity, H12, MediaWhite dan sebagainya.
  2. Menerusi affiliate jualan produk tertentu di blog.

Dua teknik atau sumber income ini telah dipercayai sejak zaman dunia blog bermula lagi. Ia mampu menjana pendapatan pasif kerana melibatkan pelaburan dan usaha kecil di awalnya; yang kemudian menjana income secara berterusan tanpa perlu susah payah untuk 'bekerja'.

Ketahui Mengenai Affiliate Menerusi Kursus Video Affiliate  - Sumber Income dan Pendapatan Pasif Seorang Blogger

Untuk menjana income pasif berterusan menerusi affiliate, saya menyarankan blogger Malaysia memilih produk-produk yang boleh memberikan recurring income. Selalunya program-program seperti membership atau langganan servis adalah yang dikenal-pasti boleh memberikan sumber income seperti ini.

Ebook adalah salah satu cara untuk blogger menjana income secara pasif. Dengan meluangkan masa menulis sebuah ebook, dan kemudian sebuah sistem laman web jualan; seorang blogger mampu untuk menjana income secara pasif dan automatik. Income dijana selagi ebook itu terus terjual. Dan blogger boleh menggunakan platform blognya untuk promosi tanpa had dan percuma produk ebook tersebut. Tak tahu cara nak buat ebook? Anda boleh baca di sini - Rahsia Produk Digital - Ketahui Cara Buat Ebook Sendiri

Sebagai seorang penulis blog, anda seharusnya tahu bahawa minat anda menulis boleh menjana pendapatan kepada anda. Tetapi tidak semua orang tahu cara yang berkesan untuk menulis bagi mendapat income. Ramai masih lagi terkapai-kapai untuk merasai income dari blog.

Pendapatan pasif untuk dimulakan memang tinggi risikonya, tetapi ia merupakan satu kerja yang kurang tekanan. Ia juga membolehkan diri anda menerima sesuatu yang lebih berharga dari wang .... iaitu masa. Masa inilah yang kebanyakan dari kita banyak bazir dan tidak cukup-cukup, walhal setiap manusia sudah ditetapkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bagaimana anda mahu mendapatkan income pasif ini, ia terserah kepada anda. Paling pasti, sebelum anda melayakkan diri untuk jana pendapatan pasif; pastikan anda telahpun atau paling tidak bersedia untuk melakukan pelaburan!

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

7 Komen

Menjana income pasif ribu ribu sebulan melalui blog yang sukar nak buat. Kalau setakat 2-3 dolar apa cerita kan..

mmm setakat ni saya masih lagi dengan google adsense..x banyak sangat..huhu

Betul tu, tulis ebook sekali kemudian lantik 3rd party untuk uruskan jualan. Kita cuma tunggu royalti atau komisyen sahaja. Contoh macam kita jual menerusi platform Ashadee

paling penting, kena la tahan sabar..jangan nak cepat je semuanya..kalau tak, memang tak menjadi..:D

jadi seorang penulis yang patuh dan taat pada maha pencipta.

setakat ni den pakai nuffnang jela..hihihi..itu aje yang dapat

pelaburan yang saya lakukan adalah dalam masa..


EmoticonEmoticon