Kasihan saya, nak baca entri menarik dalam sebuah blog, apa yang disajikan kepada saya adalah sesuatu yang luar biasa bagi saya. Blog penuh dengan iklan, dan tak macam blog lagi dah. Ia dah nampak seperti sebuah portal pengiklanan semata.

Saya pun blogwalking juga. Bila blogwalking ni, saya suka baca blog yang mesra pengunjung, bukan blog yang penuh dengan iklan. Nak baca konten berkualiti, bukan nak hadap iklan yang penuh segala ceruk bahagian blog.

Berpadalah Letak Iklan di Blog

Iklan produk ubat kuat

Saya tahu blogger tu cari makan dengan servis ruang iklan di blognya. Almaklumlah blog trafik tinggi, ramai yang suka baca cerita sensasi yang dipaparkan, tetapi sayanglah ... bila nak baca kena berdepan dengan segala bagai iklan. Konten ada, tapi terperuk kat celah-celah.

Saya harap blogger baru elakkan buat macam tu, hatta kepada blogger yang buat blog untuk promosi produk yang dijual. Terapkan dalam diri untuk zahirkan konten yang bagus dalam blog dan bukan semata-mata iklan.

Ya, bagus untuk anda. Tetapi tidak adillah untuk pengunjung dan pembaca blog.

Ini ingatan buat diri saya juga. Tak mahu nak cakap lelebih sebab nanti ada yang terasa. Yelah, blog kepunyaan sendiri, suka hatilah nak buat apa-apa sahaja ye tak?

Nak letak iklan dalam blog, silakan; tak ada masalah pun namun biar ia dilakukan dengan cara yang betul. Sila endahkan entri ini jika anda tidak pentingkan pengunjung dan pembaca blog anda. Mungkin tak penting buat anda...hoho ...

Dan satu lagi, bila blog penuh dengan iklan ubat kuat .... dah nampak macam blog lucah la pulak walaupun sebenarnya ia hanyalah sebuah blog politik yang dok cerita pasal politik Malaysia yang penuh segala putar belit.

32 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu..biarlah berpada tapi risau jugak kalau blog sendiri penuh iklan sangat..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju!! yang tk best,, bbila banyak iklan,,, jadi lembap nk loading lah - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. ya, terima kasih Tuan beri nasihat, akan berpada .. tapi setakat join affiliate letak iklan tu xdalah teruk sgt . sbb xda la juga letak terlalu bnyk.. hehe

    BalasPadam
  3. Saya kalau iklan terlalu banyak sehingga tak nampak berita/konten memang pangkah terus. Biasanya blog2 berita banyak macam ni. Loading pun lambat.

    BalasPadam
  4. ye betul tu,sedih bila tgk blog berasaskan agama,tapi penuh dengan iklan ubat kuat tenaga batin

    BalasPadam
  5. tension juga masuk blog penuh IKLAN ni...memang saya tekan X terus...

    BalasPadam
  6. Memang terus pangkah je bila masuk blog yang banyak iklan atau sebelum baca kena like page dulu..

    BalasPadam
  7. Nak buat duitlah katakan...tu le sebab macam tak ikhlas je nak buat artikel...

    BalasPadam
  8. masalah saya pula, saya tak reti macam mana nak bubuh iklan banyak-banyak haha (tak reti susun)

    BalasPadam
  9. Macam blog sayalah tu. Tapi blog saya penuh dekat bahagian sidebar jak. Tak adalah sampai bertindih2. Heheh.

    BalasPadam
  10. betul tu..kadang sebab dah terlalu banyak sangat iklan sampai spoil mood nak baca..

    BalasPadam
  11. Saya kalau termasuk ke blog-blog yang begitu,...klik padam terus. Blah sudah.

    BalasPadam
  12. Yang biasa iklan ni mcm buat kerja tak ikhlas tapi mungkin optimis sebab nak capai target earn bulanan semaksima mungkin...

    BalasPadam
  13. Susah nak dapat artikel yang ikhlas...bila membacanye kita akan sentiasa terpesona utk datang lagi seperti tuan hasrul ni...

    BalasPadam
  14. rimas kalau ada iklan berlambak macam ni, cukuplah ada 3 iklan. Buat berat blog je.

    BalasPadam
  15. dah tentu keberkesanan iklan tersebut berkurangan sebab banyak sangat iklan. Nak klik mana satu dah tak tau dan konfius.

    BalasPadam
  16. Haha pernah sekali ade iklan float. mati2 sy cuba nak close iklan terapung tapi x menjadi jugak. Akibatnya x dapat baca langsung content blog tu. hampeh btol. Blog sy bebas iklan

    BalasPadam
  17. hehehe..sy benci iklan yg semak dan terlalu byk. sah2 kena pangkah :D

    BalasPadam
  18. kalai iklan penuh siap ada yang terbang-terbang..

    memang aku tutup terus. haha

    BalasPadam
  19. betui betui betui.. ana setuju hihikk

    BalasPadam
  20. Kadang content yg kita nak baca tu sikit je sebenarnya.. Kecewa jadinya, penat je scroll iklan tp content blog tak memuaskan hati..

    BalasPadam
  21. Terima kasih atas nasihat membina...^_^

    BalasPadam
  22. Betul jadi nak load pon berat 66. Daripada nak buka terus jadi tak nak buka langsung website tu.

    BalasPadam
  23. yang paling tak best tu bler terlalu byk pop up..sana sini pop up..

    BalasPadam
  24. Kalau ikutkan....

    Banyak gak company yang promote produk kuat nak mengikaln di blog bro. Tapi bro terpaksa tolak.

    BalasPadam
  25. suka tengok domino yang berpusing sementara entri loading... layan jugak lah... :P

    BalasPadam
  26. Betul tu tuan hasrul. Saya kalau terbukak blog yang banyak iklan terutama yang suruh tunggu beribu2 saat atau like page dia, memang saya pangkah terus

    BalasPadam
  27. Iklan yang terlalu banyak macam ni, kesannya CTR akan jadi rendah. Setiap iklan akan bersaing sesama sendiri. Kalau pakai ads rotators mungkin lagi baik

    BalasPadam
  28. iklan bnyak..loading pun lambat la..

    BalasPadam
  29. kalau macam tu bagus buat blogiklan.com sahaja..nak pergi mesti tengok iklan sahaja...

    BalasPadam
  30. setuju dengan abg HH. bukan tak boleh beriklan kan. tapi kalau dah blog penuh dengan iklan, susah lah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement