Langkau ke kandungan utama

Bantu Sekolah Lama Dengan Sertai Alumni

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ingat-ingat jasa sekolah dan guru-guru lama. Jika anda ada rasa mahu membalas jasa guru-guru dan sekolah, sertailah Alumni. Banyak yang boleh dilakukan oleh sebuah Alumni sekolah jika ahli-ahlinya aktif dan sedia hulurkan bantuan. Tak percaya? Lihatlah bagaimana sekolah-sekolah persendirian Cina, mereka ada Alumni yang cukup kuat sehingga mereka tak bergantung sangat pun dengan kerajaan.

Saya terpanggil nak tulis entri ini kerana ramai antara kita bagai sudah melupakan. Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjadi ahli Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Ada sentuhan peribadi atas penubuhan Alumni ini. Saya merupakan antara batch SEMESTI yang awal menggerakkan penubuhannya.

Bantu Sekolah Lama Dengan Sertai Alumni

Alumni SEMESTI


Alumni ni bagus jika ahli-ahlinya tahu apa maksud dan tujuan ditubuhkan. Ia menjadi semakin bagus bila ahli-ahlinya yang merupakan bekas-bekas pelajar berganding bahu membantu kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Saya batch ke enam SEMESTI dan merupakan ahli Alumni seumur hidup ASTI - Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Saya bersekolah di SEMESTI dari tahun 1989 sehinggalah tamat SPM pada tahun 1993. Saya kemudian diterima memasuki program Matrikulasi Sains USM di Sekolah Menengah Sains Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, Perak.
Alumni SEMESTI

Ikatan dan nilai sentimental saya dengan SEMESTI memang kuat. Di sinilah saya bertemu jodoh dengan isteri saya sekarang. Di sinilah juga saya pertama kali hadapi 3 peristiwa histeria, yang turut melibatkan rakan-rakan sekelas. Tiga kali, semasa di tingkatan 1 (1989), tingkatan 3 (1991) dan kemudian tingkatan 5 (1993). Agak kebetulan, semua berlaku di tahun ganjil. Dan setiap satunya ada ceritanya tersendiri. Jika nak tahu kisah ini, nanti tinggalkan komen ... "Saya Nak Tahu" ehhh .. hehhee.. :P

Alumni Bantu Tingkatkan Kecemerlangan Pelajar

Ok, berbalik kisah mengenai Alumni tadi. Alumni adalah salah satu cara untuk bekas-bekas pelajar, seperti saya dan anda untuk memberi khidmat, membantu generasi kini untuk peroleh kejayaan masa depan. Bukan itu sahaja, ia merupakan satu komuniti besar yang membabitkan bekas-bekas pelajar, dan juga pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Banyak manfaat bila dah bergabung di dalam satu komuniti. Bayangkan network yang ada di dalam komuniti seperti Alumni ini. Dan bayangkan bagaimana sebuah komuniti yang ada ahli lebih dari seribu dapat membantu untuk menjayakan sebuah sekolah.
ASTI - Alumni Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Lagipun, tugas guru sekarang amat mencabar. Tak seperti dahulu. Tambah-tambah dengan peel dan tingkah laku pelajar sekolah sekarang yang dah banyak terdedah dengan dunia tanpa sempadan.

Dengan kepakaran yang kita ada, dengan pengetahuan dan pengalamana sekarang, sebagai ahli Alumni, benda-benda ini boleh menjadi satu sumbangan besar kepada kebaikan sekolah. Pelajar-pelajar sekarang perlu mengetahui realiti kehidupan sebenar. Mereka perlu tahu bahawa persaingan untuk berjaya semakin tinggi, dan mereka perlu diberikan 'laluan', cara dan sebagainya untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan.

Alumni Support Team PIBG Sekolah

Alumni juga bukan sekadar itu.

Saya lebih suka anggap ia sebagai satu support team yang diluar skop sekolah. Yelah, memandangkan sekolah juga ada PIBG sendiri.

Alumni boleh sumbang dana tertentu. Bukan semua sekolah mudah dapat peruntukan. Malah ada sekolah yang perlu berjimat cermat. Nak buat program itu ini untuk kecemerlangan pelajar pun banyak yang tersekat dan tergendala. Percayalah, PIBG menolong tetapi bantuan yang dapat disalurkan pun amat terhad.

Jadi, Alumni boleh jadi sumber kedua, boleh jadi penyumbang dari segi masa, tenaga, pengalaman, pengetahuan, kepakaran mahupun kewangan.

Bayangkan jika ahli Alumni segerak sehati sejiwa nak bantu sekolah lama, perghhh .... memang akan banyaklah sekolah terbaik di Malaysia ni muncul ... yang tidak mengharapkan sangat bantuan dari kerajaan.

Dah jadi Alumni belum? Jika belum, carilah saluran untuk anda daftarkan diri.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Kenangan lama dilupa jangan..:)

    BalasPadam
  2. bagus sertai alumni. salah satu cara balas jasa sekolah jika dapat menyumbang tenaga dan lagi bagus dgn wang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tambah seronok dapat jumpa kawan2 lama, senior dan junior yang kena buli dedulu .. hahahaha

      Padam
  3. "saya nak tahu"

    memang best alumni. saya pernah sertai. tapi entah mana perginya. semacam dah tenggelam pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya ceritakan pengalaman HISTERIA dalam 3 tahun tu ...

      Padam
  4. Balasan
    1. Pengetua sekrang in Sha Allah boleh. Tapi kami Alumni byk buat kerjasama dengan guru-guru kanan yang lebih sporting dan lebih kami kenali. Guru besar kerap bertukar, jadi kemesraan tu kurang sikit jika nak dibandingkan dengan guru2 senior dan kanan ni.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …