Pengalaman anjur kontest kecil-kecilan dalam blog ini telah sedarkan saya bahawa bukan mudah dan senang nak buat. Susah. Memang susah. Paling sukar ialah nak tentukan siapakah pemenang, terutama kontest yang melibatkan pemilihan pemenang yang berdasarkan entri terbaik.

Kontest ni melibatkan pertandingan. Berbeza dengan giveaway atau segmen yang tak tekankan soal pertandingan dan persaingan. Giveaway ramai yang buat sebab mudah, guna servis Random.org, biar komputer tentukan, pastu umumkan. Ia macam cabutan bertuah dalam majlis dinner atau sambutan Hari Keluarga persatuan atau kelab. Semua orang ada nombor, cabut nombor, nombor yang keluar tu adalah yang diangkat menjadi pemenang.
4 Sebab Takut Nak Anjur Contest Dalam Blog

Sama juga dengan segmen, tak susah nak pilih sebab selalunya tak perlu pilih. Giveaway dan segmen lebih kepada satu bentuk penulisan entri yang kini kebanyakkan buat hanya perlu copy-paste kod HTML yang disediakan oleh penganjur.

Kelebihan Jadi Pengajur Segmen, Giveaway dan Kontes

Segmen adalah salah cara termudah untuk tambahkan backlinks kepada blog dan juga entri tertentu. Ia juga merupakan teknik ramai blogger buat untuk beberapa sebab berikut:
  • Tambahkan follower blog
  • Naikkan fanpage like
  • Naikkan trafik blog

Dan secara tidak langsung beri satu bentuk promosi percuma untuk blog yang sertai, terutama untuk blog-blog baru yang sangat perlukan pendedahan. Ia juga menjadi platform afdal untuk tambah kenalan blogger, selain ketahui kewujudan blog-blog lain.

Beza giveaway - guna servis Random.org (kebanyakannya); dan segmen lebih kepada kerajinan penganjur (sebab perlu senaraikan blog peserta), blogwalking dan sebagainya.

Kontes boleh juga buat seperti gabungan teknik giveaway + segmen. Tapi bagi sayalah, saya suka kontes ini berlainan dengan giveaway dengan segmen. Biar ada pertandingan yang menjurus kepada kebolehan seorang peserta.

Kontes Berpandukan SEO (Search Engine Optimization) Pilih Pemenang

Kontes SEO Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Kontes seperti Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, ia satu kontes SEO yang memerlukan peserta yang menyertainya menulis entri atau konten yang bagus dengan ciri-ciri serta teknik penulisan SEO untuk berjaya menjadi pemenang. Entri perlu ditulis dengan baik supaya dapat berada di rank terbaik dalam enjin carian Google.com.my. Siapa yang berada di top rank, ada peluang menang hadiah berupa wang tunai cukup lumayan. RM600 tu untuk tempat pertama. Kontes ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com.

Kontes SEO sedikit mudah untuk cari pemenang sebab gunakan enjin carian. Tapi ... ada juga beberapa cakap-cakap dalam menentukan pemenang, yang ni lebih kepada soal teknikal. Walaupun ada yang bersuara, tetapi pemilihan pemenang sukar untuk dipertikaikan.
iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger - Kontest

Bukan mudah untuk anjurkan satu kontes yang tawar hadiah lumayan. Macam kontes iPhone 5s  Gajet Impian Setiap Blogger. Cabaran nak jadi penganjur adalah untuk dapatkan penaja-penaja supaya boleh sediakan hadiah lumayan berupa iPhone 5s. Lepas tu kena ada cara pula agar ramai yang sertai. Belum lagi tengok cara nak pilih pemenang. Bukan guna random.org seperti giveaway yang mudah nak cari pemenang, dan bukan juga seperti kontes SEO yang boleh gunakan Google untuk pilih mana yang layak dianggap pemenang. Kontes iPhone 5 yang dianjurkan oleh Denaihati.com kena buat beberapa siri cabaran untuk peserta bagi memilih yang benar-benar layak untuk menang hadiah gajet impian iPhone 5s.

Cari penganjur satu hal. Nak cari pemenang satu hal.

Kesukaran Pilih Pemenang Berdasarkan Entri Terbaik

Dalam nak memilih entri terbaik sebagai pemenang memang sukar. Tanyalah mana-mana penganjur atau blogger yang pernah buat kontes yang perlu memilih artikel atau entri terbaik. Makan masa weihhhh nak pilih mana yang terbaik. Cabarannya .... kalau dah pilih, adakah pemilihan pemenang itu tepat? Yelah, ada je nanti yang akan bersuara dalam diam bila dah pilih pemenang, ada yang pertikaikan. Benda ni pernah berlaku dalam kontes-kontes sebelum ni.

Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi. Ini normal untuk mana-mana pertandingan.

Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Dan perkara ini memang jadi ketakutan bagi saya nak anjurkan sebarang kontes. Ada beberapa kali idea nak buat kontes, tetapi terbantut atas sebab-sebab yang saya nyatakan tadi.

4 Sebab Takut Nak Anjur Contest Dalam Blog

Kesimpulannya, saya takut nak anjur kontes dalam blog atas beberapa sebab berikut:
  1. sukar nak cari penaja hadiah untuk kontes
  2. sukar nak pilih pemenang
  3. banyak masa diperuntukkan untuk laksana sesuatu kontes agar berjaya
  4. tak mahu ada orang tak puas hati dengan saya ... hoho ....
Buat segmen, buat giveaway, anjurkan kontes - semuanya menuntut banyak masa. Kalau anda ada masa yang cukup baik, in Sha Allah, anda boleh buat dan anjurkan kontes yang cukup baik. Banyak kelebihan yang akan anda dapat bila menganjurkan kontes, segmen serta giveaway.

Tapi itulah, saya boleh kata ia satu yang berbaloi dengan usaha; dan boleh berikan impak positif.

Nasihat saya, sesiapa nak buat kontes, segmen mahupun giveaway, pastikan anda berkomitmen tinggi dan sangat penting anda adil kepada peserta. Ada yang anjur kontes tapi ambil masa berbulan-bulan nak cari pemenang .... hoho ..


25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Adil, plg penting kan. Ramai blog anjur pencarian bloglist, beratus bg backlink tp yg terpilih hanya sekerat. Kesian yg lain hehe..

    BalasPadam
  2. Susah jugak sebenarnya nak anjur kontest ini kan En.HH.

    BalasPadam
  3. Info yang baik... Terima kasih Tuan HH, newbie macam saya perlu rajin lagi untuk dapatkan trafic lebih..

    BalasPadam
  4. Sangat setuju dengan entry HH ni sebab setiap penganjuran contest memang memerlukan komitmen yang tinggi

    BalasPadam
  5. yang dah menang pun,tak nak tuntut hadiah cam ner..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis kena mesra la pergi ke blog yang menang tu kadang2 xelert tentang pengumuman..sekurang-kurangnya diorang tahu dia ada menang n kena bg masa sikit bukan blogger selalu di depan pc aja

      Padam
  6. saya suka giveaway. pasal giveaway ada jugak blogger yang merungut sebab rezeki tak menyebelahi. ye la, sebab guna random ja kan :D

    BalasPadam
  7. yang number 4 tu paling dirisaukan.huhu

    BalasPadam
  8. yang penting kejujuran nk anjurkan GA tu sekadar adakan Giveaway lepas dah di umum dapat seponsor pulak xbertanggungjawab..orang yg terima hadiah tertunggu2 huhuu..yg penting mesti jujr dan ikhlas untuk buat2 sesuatu contes,giveaway dan sebagainya

    BalasPadam
  9. Salam..singgah sini..byk info yg membantu. TQ sharing :)

    BalasPadam
  10. saya suka join giveaway... kalau kontes berkonsepkan seo memang saya kalah...coz saya memang tak mahir bab seo walapun dah banyak kali baca ...

    BalasPadam
  11. tang nak cari sponsor tu agak susah...kena buat paperwork tu rasanya lebih molek daripada request hanya melalui email.Kalau paperwork,boleh le lamar sponsor yang besar-besar..tapi aku haram reti nak buat.haha..

    pasal Segmen plak, kalau dulu blogger-blogger buat dengan Tag blogger lain je dan blogger yang ditag akan menjawab dengan post yang sama..lebih dikenali dengan nama 'link train' tapi sekarang diberi nama Segmen...dan sudah pupus Linktrain ni dibuat oleh ramai blogger, dulu meriah kemain..:D

    BalasPadam
  12. memang susah sebenarnya sebab banyak benda kena alert kena jaga kena hati-hati

    BalasPadam
  13. Setuju....nak buat vontest kena ada komitment yg tinggi...

    BalasPadam
  14. saya paling suka contest SEO walaupun tak pernah menang..betul-betul beat peserta melalui Google maa..

    BalasPadam
  15. hu3..point no.4 tu sebenarnya para peserta kena terima hakikat, ikut peraturan serta keputusan penganjur..sepatutnya tidak timbul isu tak puas hati

    BalasPadam
  16. betul juga. memang susah nak pilih pemenang, sebab nak cari entri yang terbaik sangat subjektif melainkan dah tetapkan awal-awal, kriteria pemenang ia banyak share dan sebagainya

    BalasPadam
  17. segmen dan giveaway tak minat.

    contest takpe.

    BalasPadam
  18. bro x leh buat contest
    bro boleh buka kelas macamana nak menang contest tu dah hehehehe

    BalasPadam
  19. pernah skali je den buat style giveaway kat blog. takde sponser, pakai duit sendiri je.. skrang dah malas. rajin join cntest orang je huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. biasalah tu. Samalah macam saya, tak ada orang sponsor .. guna duit sendiri je untuk buat apa2 contest dan giveaway.

      Padam
  20. ada yang nak join sebab hadiah..join untuk suka-suka je, dah la..kalau dapat, ok..kalau tak dapat, redha..camtu la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement