Ada tanya saya, apakah nasihat terbaik untuk menjadi seorang blogger berjaya? Ok. Pertama sekali, saya masih lagi tidak anggap diri saya sebagai seorang blogger berjaya. Kejayaan yang saya kecapi dalam dunia blog tidaklah segah mana, cuma mungkin sebab saya sering berkongsi gembira diri, ramai pengunjung dan pembaca nampak akan kejayaan itu.

Sebenarnya telah ramai blogger Malaysia berjaya dalam cara mereka tersendiri. Mereka ni senyap-senyap je, tak poyo macam saya ni. Mereka blogger underground yang dah lama jebakkan diri dalam dunia online ni. Mereka tak 'berwajah'. Mereka tak suka gah-gah bermegah. Diam-diam mereka kecapi kejayaan, diam-diam mereka buat blog yang telah berikan sesuatu buat diri dan keluarga.

Ok. Berbalik kepada nasihat untuk menjadi seorang blogger berjaya. Saya nak guna ayat sendiri memang terasa tak layak, jadi saya ambil quote yang boleh digunapakai untuk menjadi seorang blogger berjaya, malah ia merupakan tips terbaik untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

12 Perkara Yang Sering Dilakukan oleh Orang Berjaya

12 Nasihat Menjadi Seorang Blogger Berjaya
Mahu jadi blogger berjaya?

Cuba anda tengok 12 perkara di atas yang dilakukan oleh orang berjaya, dan sekarang muhasabah diri dan lihat apa pula tindakan yang kita sering lakukan dalam hidup.

12 Nasihat Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Orang berjaya akan cipta dan berusaha gigih untuk capai matlamat. Blogger yang mahu berjaya perlu ada matlamat dalam dunia blog, bukan sekadar buat blog hanya menulis sesuatu yang kosong tanpa erti tertentu.

Orang berjaya akan bertindak pantas dan membuat keputusan tanpa ragu. Blogger juga perlu bertindak pantas, apatah lagi jika seorang blogger itu mahu mendapat tempat terbaik di dalam Google.

Produktif. Tiada alasan untuk anda sebagai blogger kemaskini dan update blog anda. Pengunjung dan pembaca blog anda dahagakan cerita dari anda. Jangan kecewakan mereka. Pastikan paling tidak seminggu akan ada post-post terbaru diterbitkan. Tips saya, satu hari satu post!

Berfikiran logik tetapi berfakta. Blogger mesti terbitkan entri yang logik dan punyai fakta. Bukan sekadar menulis atas benda yang tidak pasti. Jika berkongsi sesuatu kena ada sumber yang boleh dipercayai.

Tiada benda yang cukup sempurna. Pasti akan ada lompang salah dan silap. Belajarlah dari kesilapan dan kesalahan ini untuk menjadi lebih baik. Ada blogger yang terlalu mencuba sehingga memerangkap diri dalam kesempurnaan yang tidak tercapai.

Jangan takut mencuba sesuatu yang anda kurang pasti. Ilmu ada di mana-mana, carilah dan dapatkan ia. Bila dah dapat, cuba .. jangan biarkan ia berlapuk dalam akal fikiran. Keluarkan diri dari zon selesa diri. Anda perlu mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan anda. Ramai blogger terbiasa dengan keselesaan sendiri, termasuklah diri saya.

Simple. Selalunya benda yang ringkas inilah yang memberikan satu kejayaan buat blogger. Anda tidak perlu template blog yang rumit. Template yang ringkas tetapi mantap isi kandungan adalah terbaik.
Tips menjadi seorang blogger berjaya

Perbaiki diri secara konsisten. Perbaiki persembahan blog dari sehari ke sehari. Tak perlu perubahan drastik yang mengejutkan. Ada kala benda yang kecil boleh berikan impak yang besar. Saya percaya benda ni dan saya melakukannya setiap hari. Orang mungkin tidak perasan, tetapi teknik inilah yang buatkan blog saya kekal bertahan sehingga ke hari ini.

Anda mungkin terfikir mengapa saya ambil berat mengenai Alexa rank, mengenai trafik, mengenai jumlah komen, mengenai kedudukan dalam Google, mengenai pagerank, mengenai nilai dalam blog saya. Ia adalah penanda aras, ia adalah progress, untuk lihat sejauh mana saya boleh berikan yang terbaik.

Blogger Malaysia yang mahu berjaya perlu ada sikap positif. Penting! Dunia blog Malaysia ada ranjau dan durinya tersendiri. Silap langkah memang sakit, tetapi percayalah kalau tak ada sakit itu; anda takkan tahu betapa manisnya akan sihat, tak akan tahu betapa hebatnya kejayaan, hatta ia sekecil kuman di lautan.

Mahu berjaya? Pandang kiri dan kanan. Bergaullah dengan mereka yang ada aura kejayaan ini. Bergaullah dengan mereka yang ada nilai positif dalam diri. Bersahabatlah dengan mereka yang jiwanya bersih dan bermotivasi dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Hidup perlu seimbang. Kita bukan kejar benda dunia sahaja tetapi juga perkara-perkara yang dijanjikan Tuhan selepas dunia ini. Kita bukan kekal lama hidup, tiba masa kita akan mengadap illahi, tiba masa kita akan pergi meninggalkan dunia. Apa yang kita buat perlu seimbang, dunia dikejar akhirat dituju.

Semoga paparan dan perkongsian ini sedikit sebanyak suntik semangat anda untuk menjadi blogger berjaya, in Sha Allah satu hari kelak.

22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian yang baik...panduan untuk saya..terima kasih HH :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.. Akan LeYa semadikan dalam diri untuk menjadi seorang blogger berjaya mcm abg HH.

    BalasPadam
  3. terima kasih sifu HH atas perkongsian hebat ni.. :)

    BalasPadam
  4. Thanks sharing..tengah berusaha menjadi blogger yang berjaya insyaallah..

    BalasPadam
  5. wah tips terbaik ni, bagi etuza..terpulang pada teman maya melihat blog kita genre apa, lebih paparan gambar atau pengalaman..pun etuza akan sisipkan sedikit motivasi..value yang beri rasa pembaca untuk berfikir..dengan niat semoga ada hikmah. Blog kosong pun penuh penulisan yang menarik pasti juga melatop. hebat tu aura penulisan yg terbaik. TQ HH jadi panduan ni ya...

    BalasPadam
  6. terima kasih atas nasihat...insya Allah, akan cuba aplikasi apa yang diturunkan...^_^

    BalasPadam
  7. Nice sharing.. saya blogger baru
    masih belajar sesuatu.. terima kasih

    BalasPadam
  8. smpi ke hari ini saya masih belum mampu nak buat satu post satu hari... huhu... tapi sy akan cuba dan terus cuba juga...

    BalasPadam
  9. Penting untuk terus berkongsi idea yg FReSH. Supaya org yg baca pun keep on reading (and coming)

    BalasPadam
  10. Bagus panduan ni,sebagai blogger yang baru nak menapak dalam industrial blog ni memang kena ambik penting nasihat ni

    BalasPadam
  11. Bekerja keras bukan mudah untuk membina jenama sendiri.

    BalasPadam
  12. semoga nasihat ini berguna untuk saya sebagai blogget picisan.

    BalasPadam
  13. Ya, saya amat setuju dan sukakan tips ni :-) bergaul dengan orang yang berada di sekeliling kita :-)

    BalasPadam
  14. bagus sangat2...tips menarik bermanfaat...terima kasih...

    BalasPadam
  15. Nice tips bang. Nak istiqamah n ubah sikap tu yg susah sket. Bila nak insaf tah ni...hihi

    BalasPadam
  16. Thanks for sharing bro HH. will continue make improvement :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement