Usahawan kecil perlu ada blog, penting jika mahu bersaing di zaman serba teknologi ini. Lagipun buat blog adalah mudah, dan percuma jika menggunakan platform blogspot. Tak tahu buat blog percuma? Boleh rujuk entri ini - Cara Buat Blog Sendiri ; hanya dalam masa 10-30 minit sudah boleh ada blog sendiri yang simple.

Impak ada blog sendiri untuk bisnes dan perniagaan ini tidak terbatas. Macam-macam boleh usahawan kecil jayakan dengan adanya blog sendiri. Daripada blog, bukan setakat bercerita mengenai jenama dan produk, malah menerusi blog, usahawan boleh ada platform mudah untuk menjual. Dengan sedikit ubahsuaian, seorang usahawan boleh transformasikan sebuah blog biasa menjadi sebuah blog niaga atau blogshop yang menjana income setiap bulan secara konsisten.

Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Menerusi blog juga, seorang usahawan boleh bina portfolio sendiri untuk dapatkan kontrak serta tender kerajaan, jalan termudah untuk memperlihatkan kekuatan bisnes dan perniagaan anda. Mahu dapatkan tender kerajaan seperti membekal peralatan mencuci boleh jadikan blog untuk buktikan bahawa jenama dan bisnes usahawan kecil mampu lakukan terbaik.
Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

Usahawan kecil perlu ambil peluang di mana semua orang boleh akses blog dengan mudah menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, ipad, iPhone5s dan macam-macam lagi. Jangan biarkan peluang membina jenama dan perluaskan pasaran produk hanya tertumpu dengan cara konvensional yang adakala memakan modal yang besar.
Usahawan Kecil Perlu Ada Blog
Usahawan seperti buat bisnes printing dari rumah tanpa modal misalnya, jana income ribuan ringgit setiap bulan hanya menggunakan blog dan juga media sosial. Tak mustahil usahawan lain juga boleh ikut jejak langkah yang sama.

Usahawan kecil yang ada blog dengan sedikit prinsip asas SEO, boleh ketengahkan blog menerusi enjin carian, di mana mereka yang mahu dapatkan servis, perkhidmatan, produk, barangan boleh hubungi usahawan kecil dengan mudah, tak perlu nak belek akhbar harian, atau buka yellowpages.

Dapatkan Servis Blogger Untuk Tingkatkan Jenama dan Lariskan Produk

Jika anda seorang usahawan, ada bisnes, ada produk, mahu ia diketengahkan, maka buat blog sendiri, dan jadikan ia satu platform pemasaran percuma di media maya. Nak mahu yang lebih baik, dapatkan servis daripada blogger yang sudah mantap blognya, minta blogger-blogger ini buat job review untuk bisnes anda serendah RM50 untuk satu post!

Dapatkan servis advertorial dari blogger Malaysia dengan cara termudah menerusi Advertorial.my, in Sha Allah, usahawan kecil yang ada blog akan nampak impak positif dalam jangkamasa panjang.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ingatkan nak buat satu blogshop khas untuk business,takat nie hanya promote di IG sahaja.

    BalasPadam
  2. Ambillah kesempatan, pakar HH ada disini..:)

    BalasPadam
  3. kalau tak nak tulis blog sendiri, boleh upah blogger untuk buat advertorial. Macam tu pun bagus jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ya sangatlah betul sekali .. mari mari .. sila ambil servis saya .. :)

      Padam
  4. Betul, wajib ada blog, sabab blog macm kedai kita. FB mungkin akan tepu satu hari nanti

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  5. Sekarang dah jadi trend kalau tanya sesuatu perkara tu...biasalah orang akan tanya " blog atau website ada tak?" So dah jadi keperluan untuk memiliki sekurang-kurangnya blog bisnes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul. Itu realiti masakini yang ramai usahawan harus tahu. Tak boleh buat website sendiri, buat dulu blog. Blog lebih bersifat peribadi dan dekat dengan pelanggan.

      Padam
  6. Blog memang sangat penting untuk bisnes sebab ia tanpa batasan dan murah!

    BalasPadam
  7. kena ada kedai maya, banyak kelebihannya ada, kalau tak yakin jom pi training kat akedemi denaihati...heee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement