Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz

Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia pun pandu Proton Iriz! Memang terbaiklah. Saya kagumi akan karisma yang ada pada Tun Dr Mahathir. Antara ramai tokoh negarawan Malaysia, Tun merupakan seorang yang sangat dekat dengan rakyat. Cerita Tun Dr Mahathir memandu kereta sendiri bukan cerita baru, ia sebenarnya memang satu hobi beliau yang suka memandu sendiri.

Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz

Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz
Proton Iriz, satu lagi produk yang membanggakan rakyat Malaysia. Ia merupakan kereta terbaru daripada Proton, menampilkan dua varian enjin iaitu 1.3 dan 1.6cc. Harga Proton Iriz bermula dari RM42,438 untuk standard 1.3 manual.

Saya pasti kualiti yang ada pada kereta model terbaru Proton tahun 2014 ini cukup hebat, sehingga Tun sendiri memandu sendiri Proton Iriz.

Proton Idea Hebat Tun Dr Mahathir

Ramai yang telah mengetahui bahawa Proton merupakan cetusan idea hebat dari Tun, beliau adalah pengasas Proton Holding pada Mei 1983. Ketika itu, ramai yang skeptikal tentang idea Tun mahu negara mempunyai kereta produk sendiri, keluaran anak tempatan, dibuat di Malaysia dengan harga yang cukup menggembirakan rakyat marhein ketika itu.

Proton Saga. Bagi saya satu nama yang cukup legenda. Kecik-kecik dahulu, saya selalu lukis rupa dan bentuk kereta nasional pertama ini. Memang cukup bangga walaupun umur ketika itu baru nak menghafal sifir 12. Lambang Proton jadi kegilaan, sampaikan letak kat beg sekolah, bekas alat tulis, letak di basikal ... malah sanggup beli pemadam yang ada lambang dan kereta Proton Saga.

Proton Jadi Kereta Peronda Polis UK

Sekarang, Proton telah berkembang dengan mengeluarkan pelbagai jenis kereta. Malah, ada kereta keluaran Proton dijadikan kereta rasmi atau kenderaan peronda polis sesetengah daerah di luar negara, terutama di United Kingdom.
Proton Jadi Kereta Peronda Polis UK
Proton Jadi Kereta Peronda Polis UK

Bercakap soal Tun Dr Mahathir pandu Proton Iriz tadi, dari pengetahuan sayalah, Tun memang gemar memandu kereta sendiri. Malah, semasa beliau menjadi perdana menteri sekalipun, beliau sering kelihatan bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi dengan kenderaan peribadi miliknya. Malah, saya ada terbaca Tun Mahathir juga memandu kereta sendiri di sekitar Kuala Lumpur.

Gambar Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz

Saya kongsikan beberapa gambar Tun Dr Mahathir pandu Proton Iriz, hasil perkongsian rakan blogger Paultan.org.
Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz
Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz
Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz
Tun Dr Mahathir Pandu Proton Iriz



5 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 19, 2014
Hebat Tun mengilhamkan Proton. :-)
blogger lelaki blogger lelaki September 19, 2014
Kini menjadi misi Tun M untuk selamatkan proton agar tidak terkubur begitu sahaja...selepas ketiadaan Tun M siapa pula yang akan menpertahankan proton
akubiomed akubiomed September 19, 2014
Sesuatu diluar jangka yang mana pengerusi Proton sendiri yang memandu uji kereta keluaran terbaru Proton ini.
NOTORPNOTORP September 19, 2014
Hahaha...Jadi kita akan rasa aneh kalau Bill Gates pakai Windows 8?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 19, 2014
Bill gates dia tak pakai Windows 8 .... tak tahukah? Bill Gates takkan pakai benda sama seperti orang lain, dia akan pakai Windows yang lebih baik dari itu .... boleh google sendiri nanti. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.