4 Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

Bagaimana nak hasilkan sebuah blog peribadi bergenre atau niche masakan terbaik? Saya ada satu contoh blog terbaik untuk kategori ini, blog peribadi yang paparkan resepi. Kenapa terbaik? Sebab ia memenuhi segala keperluan dan kriteria untuk menjadi sebuah blog peribadi niche resepi atau masakan terbaik di Malaysia.

Saya berani cakap, walaupun blog ini tak pernah nampak menang anugerah mana-mana, tetapi bila ada gambarnya yang kena cilok dan resepi diambil masuk dalam majalah dan buku resepi, kira memang dah layak jadi blog terbaiklah. Itu bab yang tak elok, tapi percayalah blog ini telah menjadi bacaan sampai ke luar negara.

Yap, blog masakan terbaik ini dijadikan sumber rujukan untuk ramai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Saya akui, malah kawan-kawan saya yang belajar dan kerja di luar negara juga akui. Mereka siap bookmark blog ini, malah ada yang print out resepi dari blog masakan terbaik ini dan tampal di pintu petiais. Tak hebatkah?
Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

4 Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

Ramai yang cuba nak hasilkan sebuah blog peribadi genre resepi dan masakan terbaik, tetapi gagal dalam beberapa aspek. Dek kerana itulah, saya cuba nak bantu blogger yang mahu wujudkan sebuah blog resepi sendiri dengan tips dan panduan cara buat blog peribadi genre ini. Jadikan ia sebagai satu panduan am, in Sha Allah ... boleh dapat tempat di dalam dunia blog Malaysia.

Blog Simple

Aspek paling penting sekali ialah blog masakan perlu simple dan tak sesak nafas nak tengok. Mesti mudah nak tengok resepi. Buka sahaja blog tersebut dah nampak resepi masakan terhidang. Ini sangat penting sebab bila susah nak dapatkan resepi masakan, pengunjung akan bosan dan beralih ke tempat lain.

Blog simple, maka loading pun pantas. Tak susah nak skroll guna tetikus. Kalau layari ikuti telefon pintar pun senang, tak banyak songeh nak dapat apa yang ditulis.

Gambar Menakjubkan dan Seksi

Ini aspek yang juga memainkan peranan yang tersangat penting. Orang yang cari resepi masakan tentu sekali nak tengok gambar dulu. Jika gambar dah buat terleleh air liur, pasti resepi yang dikongsikan akan jadi tatapan dan ikutan.
Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

Jadi, seandainya nak buat blog genre masakan terbaik, pastikan anda sediakan gambar resepi masakan dalam kualiti yang tidak terkalah. Nak tak nak, guna kamera yang boleh hasilkan gambar cantik, menarik, terbaik dan seksi.

Saya tengok ada blog resepi dan masakan yang tak dapat menyerlah kerana kekurangan bab ini. Resepi dah ada, tapi gambar tak ada. Ada gambar tapi nampak kusam dan kelam. Tak seksi langsung ... kena kasik terliurlah .. baru ada ummmphhh!

Bloglist Masakan

Seperti yang pernah saya beritahu lama dah, untuk sebuah blog yang mahu berjaya dalam genre atau niche tertentu, kenalah kumpul atau ada satu bloglist yang genre sama, bukan main letak je. Kalau nak letak blog lain, pastikan beri keutamaan pada blog yang sama niche, kumpulkan dalam satu kumpulan sama.

Apa yang anda buat bukan sekadar kongsi resepi anda, tetapi berikan panduan kepada pengunjung blog anda untuk melihat resepi blog lain juga. Dari satu blog, pengunjung boleh cari resepi di blog lain hanya dengan satu singgahan utama. Pasti blog yang pertama itu akan jadi sumber terunggul sebab di situ dah ada bloglist blog lain yang papar resepi dan masakan. Untung-untung kena bookmark dalam pelayar internet!

Resepi Lengkap Serba Serbi

Kena lengkap. Penting jika nak pikat pengunjung pertama kali. Jika anda tulis setakat sekadar nak tulis anda tahu resepi dan masakan tertentu, baik tak yah buat. Nak memberi, berikan secara total dan lengkap, ceritakan dari A sampai Z. Sebuah blog personal atau peribadi genre ini kena selitkan elemen bercerita .. barulah nampak real dan terbayang di kepala otak pengunjung yang baca.

Cukup.

Ini adalah teknik dan cara untuk hasilkan blog peribadi genre masakan terbaik. Percayalah, semua ini ada dalam blog ini (klik) yang telah terima lebih 44 juta pageviews dan semakin berkelip setiap masa hatta waktu penulis blog ini sedang lena diulit mimpi.

Saya kagum dengan blog ini sejak saya kenal 2010 lagi. Dan pastilah ketika itu saya seorang house husband yang cuba cari resepi nak hidangkan masakan terbaik buat keluarga tersayang.

Bookmark blog masakan terbaik di Malaysia ini, walaupun tak ada sapa nak bagi anugerah, tapi percayalah, ramai suami isteri yang hidup rukun damai aman sentosa dek kerana resepi yang sedap dari blog masakan terbaik Malaysia ini.



{ 11 comments.. read them below or add one }

Sally Yatiey Sally Yatiey September 28, 2014
Blog masakan memang agak popular..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 28, 2014
Buat blog masakan, memang ramai pageview... lagi2 untuk masakan yang agak "rare"....
anyway, tahniah bammatgebussss
Denaihati Denaihati September 28, 2014
blog masakan sentiasa orang cari, gambar cantik, resepi lengkap,i nampak original mesti orang suka.
Mummy Dina Mummy Dina September 29, 2014
setuju dgn HH..sy klu tgk blog masakan mmg usha gambar tu..klu gambar cun baru cari resepi pulak..:)
siti hazreen siti hazreen September 29, 2014
saya selalu singgah di blog masakan, gambar yang diletakkan memang boleh buat terliur hee
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI September 29, 2014
Blog masakan sentiasa digilai ramai...sekarang ni bukan org pompuan je cari tapi lelaki pun..maklumlah ramai org lelaki dah pandai memasak sekarang ni...hehe memang mengeliurkan tengok gambar resepi restoran chan tu...terima kasih tuan admin di atas perkongsian info yang sangat membantu saya ni...
News Farras News Farras September 29, 2014
memang blog dengan niche khusus akan bisa menghasilkan banyak pengunjung ke blog
sabree hussin sabree hussin September 29, 2014
Boleh pergi lagi jauh blog masakan ni, pasni akan jadi lagi popular
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 03, 2015
Haa itulah pasal... kena jadi rare sikit .. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 03, 2015
Betul tu. Tapi kena rajin sikit ... sbb blog masakan ni, lagi kerap update entri terbaru lagi bagus
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 03, 2015
Haaa kan .. kekuatan gambar itu antara daya penarik sebuah blog masakan terbaik .. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.