Spesies lebah terbesar di dunia! Anda pernah makan madu lebah tak? Bukan yang tiruan, tetapi madu lebah asli. Nak yang lagi best, cari madu lebah asli dari pokok Tualang. Itu madu terbaik. Amalkan makan madu sebab ia salah satu daripada makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Dan lagi, madu ada diceritakan di dalam Al Quran sebagai salah satu cara penyembuhan dan hindar penyakit. Jadi khasiatnya cukup banyak sekali.

Ok. Saya nak kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai lebah. Saya dapat info ini semasa melawat Bee Farm yang ada di Botanical Garden, Pulau Pinang. Jika anda ada kesempatan, bolehlah lawat tempat tu. Ada macam-macam lebah dan juga sumber madu asli yang boleh anda pelajari. Saya nak kongsi kepada anda tentang spesies lebah paling besar di dunia. Serius besarrr...!!

Untuk pengetahuan, spesies lebah terbesar di dunia dinamakan Giant Asia Hornet. Sebenarnya ia merupakan tebuan gergasi yang terdapat di Asia. Tebuan Gergasi Asia, juga dikenali sebagai Vespa mandarinia, dan termasuk subspesies Lebah Gergasi Jepun.
Spesies Lebah Terbesar Di Dunia
Giant Asia Hornet

Tebuan ini bersifat pembunuh kerana ia bisa membunuh lebah-lebah lain yang bersaiz lebih kecil darinya. Ia hidup di kawasan beriklim sederhana dan tropika di Asia Timur. Saiz badan seekor Giant Asia Hornet adalah kira-kira 50 mm (2 inci), dan mempunyai lebar sayap kira-kira 76 mm (3 inci). Amacam? Besar tak?

Spesies lebah terbesar di dunia ini tidak terdapat di Malaysia. Sepengetahuan sayalah yang paling besar pun tak sampai 1 inci melainkan spesies tebuan. Jika anda nak tahu lagi mengenai lebah ini, antara tempat yang boleh dilawati adalah Cameron Highlands. Di situ memang banyaklah tempat bela lebah secara semulajadi ni.

Kalau tak silap. di Melaka pun ada.

Lupa nak bagitahu, spesies lebah yang hasilkan madu yang paling kecil ialah Kelulut. Madu asli Kelulut juga dikatakan antara madu terbaik disebabkan spesies ini agak pemilih dalam pemakanan. Dek kerana memilih ini, mutu madu Kelulut terutama dari segi rasa dia agak berlainan.
Spesies Lebah Terbesar Di Dunia

 Sumber: Funny Reign

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pergh...ni kalau sengat tak sampat 1 hari boleh out!

    BalasPadam
  2. tgk saiz pun rasa takut dah... kalo kene sengat tu, eii.. lg la..

    BalasPadam
  3. Heee besarnyaaaa..... T_T Serangga yang ena paling takut.. huaaaaaaaaa

    BalasPadam
  4. tak tahu pulak madu kelulut sangat baik. betul ka HH?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement