Skip to main content

Segmen Ben Ashaari - Aku Seorang Blogger

Rajin pula saya sertai segmen. Semalam, saya dah sertai segmen Ben Ashaari Impianku Seorang Blogger, dan kali ini dengan rasa rendah hati dan tanda sokongan kepada rakan blogger yang telah banyak naikkan nama blog ini, saya sertai lagi memeriahkan segmen Ben Ashaari - Aku Seorang Blogger.

Segmen awal pagi. Tatkala saya menulis entri ini, hujan lebat mencurah-curah di luar. Anak-anak sedang dipersiap untuk ke sekolah, cuma kali ini tugasan sebagai House Husband take a break kejap sebab isteri saya ambil keputusan nak hantar ketiga-tiga anak saya. Hari ini, tak masak .. beli sahaja .. hoho.

Segmen Ben Ashaari - Aku Seorang Blogger

Aku Seorang Blogger
Topik tajuk biasa, tapi ada tujuan yang mahu disampaikan. Sedia nak baca?

Peranan Sebagai Blogger

Peranan saya sebagai blogger. Bab ni kalau nak cerita boleh jadi esei dah, tapi saya tulis ringkas je. Kalau tengok situasi masakini, saya nampak ramai blogger yang melakukan kesilapan dalam hal-hal yang nampak remeh tetapi sebenarnya besar impak dalam dunia blog. Memandangkan blog saya ini banyak berkaitan tips dan panduan blogger, maka menjadi satu tanggungjawab untuk saya beritahu cara menulis blog yang sepatutnya. Lagi-lagi buat mereka yang baru terniat nak buat blog sendiri. Nak jadi blogger, biarlah yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain, masyarakat dan negara umumnya.
Aku Seorang Blogger

Banyak Simpul Dalam Dunia Blog Malaysia

Ada blogger tulis cerita ntah ke mana faktanya. Ada blogger kongsi cerita yang tiada bukti asasnya. Ada blogger yang jana income cara yang tidak sepatutnya. Ada blogger yang tidak tahu bagaimana nak jadikan blog sebagai tempat untuk sebarkan kebaikan dan kebenaran. Ini isu yang memang sering diperkata hatta ia telahpun diceritakan sejak sekian lama.

Jadi Blogger Sepenuh Masa?

Saya blogger sepenuh masa. Income dari blog, alhamdulillah. Setakat ini saya gembira dengan apa yang telah saya peroleh daripada blog. Bila dah ada blog, dah ada jenama, dah ada saluran, in Sha Allah, sudah ada tapak yang baik untuk berbisnes. Yang penting, untuk bisnes online, perlu yakin dengan apa yang dibuat. Kalau tak yakin, hari ini buat bisnes, esok dah tutup. Jika anda belum lagi jadi seorang House Husband dan blogger sepenuh masa seperti saya, carilah backup untuk sara diri sekurang-kurangnya. Dan yang terbaik adalah simpanan semasa.

Harapan Terhadap Dunia Blog

Harapan saya terhadap dunia blog Malaysia? Hmm ... semoga semua orang yang ada blog leh ada pencapaian dan kejayaan sendiri menerusi blog, dan tentu sekali saya harapkan yang berjaya itu kerana kutip dan amal ilmu blogging yang ramai blogger Malaysia kongsikan. In Sha Allah. Ambil yang elok dan positif, dan singkir benda-benda yang boleh merosakkan.

Anda mahu kongsi seperti apa yang telah saya tulis? Meh join segmen Ben Ashaari, Aku Seorang Blogger. Tutup jam 6 petang 12 September 2014.

Selamat bersegmen.


Comments

  1. InshaAllah, one day maybe, nak jadi spt HH ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat HH, thanks singgah kat blog zumal. Dah lama zumal mengikuti blog HH, baca pelbagai tips tapi sekadar silent reader. Hehe.

    ReplyDelete
  3. bloh HH banyak membantu blogger baru ... banyak tips panduan yang boleh belajar dari HH ... :)

    ReplyDelete
  4. semoga HH terus berjaya dalam dunia blog =) yaa..banyak panduan yang boleh dijadikan guide dalam berblogging disini :)

    ReplyDelete
  5. First time singgah disini..terima kasih juga dah singgah di blog saya.. Akan menerokai blog abang dengan lebih lagi lepas ni.. Insya'Allah

    ReplyDelete
  6. Bro HH dan ada nama dlm dunia blog :') semoga brtanbah maju

    ReplyDelete
  7. salam ziarah double H...terima kasih sudi singgah blog saya...mohon tunjuk ajar bro...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum HH. semoga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  9. Datang dari segmen yang sama .... jemput singgah blog eyza..

    http://eyzamiel.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum HH..! Lamanya tak singgah sini..
    Btw, datang melawat ke sini dari segmen sama.. Seperti biasa, blog ini sentiasa memberikan pengisian yang bernas & penih info.. Terima kasih atas perkongsian ilmu berblog selama ni.. I'm getting better dalam dunia penulisan blog dengan adanya bantuan dari blog2 yang memberi ilmu pengetahuan macam ni.. ^^,

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan...singgah ke sini atas Segmen yang sama...semoga terus sukses..amin..
    ;)

    ReplyDelete
  12. terima kasih berkongsi ilmu abang HH...^_^

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan Hasrul. Dalam banyak2 blog yang NA baca, this is the blog yg so padat dengan ayat2 penuh informasi dan jujurnya, inilah yg betul2 fakta sekali punya idea. Jadi, teruskan menulis ya. Semoga kita terus berkongsi maklumat bersama. NA nie bukanlah blogger isu semasa. Just writing personal only. Jemputlah singgah ke blog NA pulak yer.
    http://powerofmotivationblog.wordpress.com

    ReplyDelete
  14. Assalam,
    salam perkanalan...
    Moga sukses..
    jemput singgah & join blog saya yer ;
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, saya akan cuba membalas kunjungan rakan blogger baru ..

      Delete
  15. assalamualaikum..
    salah satu impian saya jugak, nak berjaya mcam HH..;:)

    http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejayaan yang saya ada tidaklah seberapa sangat jika nak dibandingkan dengan blogger lain. Saya jauhhh sangat, tak hebat macam blogger seperti Ben Ashaari, Boni Kacak, Shakiddo, dan ramai lagi.

      Delete
  16. Bolehlah saya kongsi tips menulis untuk blog di sini. Terima kasih saudara HH.... datang dari Segmen Ben Ashaari: Aku, Seorang Blogger!

    ReplyDelete
  17. Salam Bro HH ..Singgha sini mencari entry yang boleh dijadikan rujukan itu PASTI ...
    Sentai a TERBAIK ..All Teh Best Bro HH..

    ReplyDelete
  18. Wah otai juga rupanya :D
    Tunjuk ajarku sifu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otai? Hmm old taimer ... ya, saya dah tua, tidak dinafikan .. hoho.

      Delete
  19. Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana kesudian anda untuk jenguk dan baca entri blog ini ...

      Delete
  20. Suka blog HH..banyak info yang boleh dapati n belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadirah .. saya harap lebih banyak pengisian yang bermanfaat boleh saya berikan pada anda ...

      Delete
  21. selamat berkenalan kitaa ;)) ida dari www.idabaharum.com .. dari segmen yang sama jugak wiwiiii ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ida .. terima kasih kerana singgah ke blog saya yang tidak seberapanya ini.

      Delete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.