Sebab Astro Suka Ulang Siaran

Saya fikir ramai yang nak tahu sebab-sebab syarikat tv satelit berbayar, iaitu Astro suka dan kerap ulang siaran rancangan tv. Saya sebelum ini ada terfikir, walaupun saya tidak melanggan Astro. Cuba juga cari jawapannya, akhirnya ... dah tahu. In Sha Allah, blog post kali ini saya nak kongsikan sebab Astro suka ulang tayang siaran dan program buat tatapan pelanggannya.

Tentu ramai yang berang apabila setiap kali menonton rancangan di Astro, rancangan dan program yang sama diulang siar beberapa kali. Sampai ada yang ambil keputusan untuk batalkan langganan dengan stesen tv satelit berbayar ini. Tidak boleh nak salahkan pelanggan, sebab memang mereka ada hak untuk menonton cerita yang berkualiti.
Sebab Astro Suka Ulang Siaran
Opss, cerita berkualiti memang banyak ada di Astro, ikut pakej yang mahu dilanggan. Kualiti bukan persoalan, tetapi yang jadi persoalan mengapa ada rancangan dan progam tv disiar sampai 2-3 kali dalam sehari di saluran yang sama. Tentu ada penjelasan yang munasabah daripada pihak Astro.

Sebab dan Alasan Pihak Astro Ulang Siar Program TV

Sebab Astro Suka Ulang Siaran
Saya dok tengok memang ramai yang mengadu mengenai servis Astro, terutama sekali bab ulang siaran ni, dan ada rakan blogger juga sudah tulis penjelasan yang sama. Cuba anda lihat entri ini - http://goo.gl/myiMsz ditulis oleh salah seorang rakan blogger. Apa yang anda perasan?

Daripada keterangan dan jawapan masalah yang dikemukakan pengguna Astro, memang tidak dapat tidak, ulang-siar tetap berlaku, walaupun ramai yang tidak puas hati.

Bagi saya, penjelasan Astro memang ada logiknya, cuma mungkin pihak Astro kena lakukan sesuatu yang lebih baik supaya pelanggan Astro tidak lagi meroyan sakan bab-bab lain. Jika ada perkara tak boleh tanggani atau ubah seperti kes ulang siar ini, mungkin bab lain seperti pemotongan, kontrak dan sebagainya boleh dibuat satu penambahbaikkan supaya yang marah dapat diredakan.

Kena buat, kena jaga hati pelanggan. Mereka membayar bukan guna helai rambut atau bulu roma yang boleh dicabut. Semoga Astro lebih terarah untuk memastikan pelanggan sedia ada tidak lari, dan pelanggan yang baru akan puas hati.

Selesaikan masalah ibarat menarik rambut dari tepung, tepung tak selerak, rambut pun dapat ditarik.



{ 18 comments.. read them below or add one }

JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI September 22, 2014
Rasanya lebih dari 2 atau 3 kali duk ulang siaran yang sama...kekadang tu dah sekian lamanya pun masih main siaran yang sama....
Sally Yatiey Sally Yatiey September 22, 2014
Ada betul jugak penjelasan dari pihak Astro ini. Cuma janganlah sampai terlalu kerap sangat siaran yang sama saja diulang tayang. Nak jugak tengok cerita lain kan. ;)
Marou Apple Hijau Marou Apple Hijau September 22, 2014
nasib kat rumah tak pasang astro..
Ain Farahati Maarof Ain Farahati Maarof September 22, 2014
HBO, Max, & Fox Movies mungkin di luar kawalan Astro... tapi astro ria, astro ceria dll. rasanya di bawah kawalan astro... sama jugak asyik ulang tayangggg jer... dah2 la Astro... takyah la nak beralasan... huhuhhh
Ezad Skytech Ezad Skytech September 22, 2014
terlalu kerap buat ulangan...tu yang buat semua pelanggan astro bosan...bukannya free...masalah yang tak akan boleh settle...setiap kali hujan walaupun renyai...SELAMAT TINGGAL ASTRO...hehe
ARENAARENA September 22, 2014
Astro sesuai untuk menonton Sukan Live je...
Anarm Anarm September 22, 2014
Aku amik keputusan nak bertukar ke Njoi.. Free je takde bil bulanan.. Buang duit langgan Astro bayar bil mahal bulan2..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 23, 2014
hmm... betul memang betul... tapi ketara sangat rancangan ulangan tu... citer kat malaysia ni belambak2... tapi citer yang tak best jugak diulangtayang....
Hero Borneo Hero Borneo September 23, 2014
saya ambik Njoi untuk dapatkan siaran digital..lain-lain mana ada masa nak nonton..
Nik Khazami Nik Aziz Nik Khazami Nik Aziz September 23, 2014
ada traffic masuk dari entry ni.. tq! :D
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 23, 2014
Skrang kat tv percuma pun dah buat perkara yang sama ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 23, 2014
Yap, kesian pelanggan yang bayar bil bulan-bulan tinggi. Takat nak tgk citer berulang, tv percuma pun banyak ada ... ye tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 23, 2014
:) hmmm alasan perlu utk sejukkan hati, cuma kena kena caranya dan mesti berfakta ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 23, 2014
Itulah. Sudah ada alternatif, tukar je ....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2014
Terima kasih, saya baca ... saya dapat sesuatu, dan saya kembalikan sesuatu itu kepada anda ...
sabree hussin sabree hussin September 28, 2014
Betul juga, sebabnya siaran kat Astro bukan semua tempatan punya channel
dunia satelit dunia satelit October 17, 2014
This comment has been removed by the author.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 25, 2014
Setiap sesuatu mesti ada sebab. Namun, saya fikir Astro perlu lebih strategis untuk kekalkan pelanggan sebb ramai yang dah muak dengan siaran dan cerita yang sama.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.