Langkau ke kandungan utama

Proton Dedah Gambar Iriz Sedia Dipandu Uji

Gambar Proton Iriz kini sudah semakin jelas. Paparan awal identiti kereta Proton baru 2014 yang dikenali sebagai Proton Iriz ini sudah boleh dilihat di laman web kepunyaan Proton. Malah, beberapa blogger terkenal dalam industri automotif sudah mula dedahkan beberapa gambar Proton Iriz ini yang serba hijau.

Kereta model baru Proton 2014 sebelum ini dikenali sebagai Global Small Car (GSC) dengan kod P2-30A. Ada beberapa video mendedahkan kereta model baru Proton 2014 ini, in Sha Allah, anda boleh lihat sekali lagi di akhir entri ini.

Pandangan pertama saya menerusi laman web mirco khusus untuk Proton Iriz ini; "Uhh la la ..." memang nampak menarik, apatah lagi dengan beberapa ciri yang pada saya nampak betul-betul premium. Selayaknya sepadan dengan nama asalnya dikenali sebagai Global Small Car.

Saya sebelum ini cuma tengok gambar dan video Proton Iriz 2014 yang tak berapa nak jelas

Proton Dedah Gambar Model Iriz Sedia Dipandu Uji

Gambar Proton Iriz secara rasminya didedahkan menerusi laman web mikro - BetulBetulONZ

Proton Dedah Gambar Iriz Sedia Dipandu Uji
Di laman web mikro tersebut, gambar penuh Proton Iriz atau Proton GSC dengan kod P2-30A boleh anda lihat menerusi imbasan kod QR menerusi telefon pintar anda.

Dan .... inilah hasilnya .....
Proton Dedah Gambar Iriz Sedia Dipandu Uji
Ciri-ciri dalaman Proton baru Proton Iriz memang nampak menarik. Anda dah boleh tempah untuk memandu uji kereta model baru ini yang terbukti sudah mendapat beberapa pengiktirafan antarabangsa.

Gambar Dalaman Proton Iriz Baru 2014

Gambar Dalaman Proton Iriz Baru 2014
Gambar Dalaman Proton Iriz Baru 2014
Gambar Dalaman Proton Iriz Baru 2014
Gambar Dalaman Proton Iriz Baru 2014

Bagaimanakah prestasinya di jalanraya? Seperti yang saya sebut awal-awal tadi, anda dah boleh tempah untuk peluang pandu uji kereta kompak Proton ini di sini - http://goo.gl/v6EjAP

Dan sebelum anda mula berangan-angan seperti saya, untuk merasai kehebatan kereta baru Proton yang dibina dengan mutu setaraf model antarabangsa ini, boleh lihat video snapshot kereta Proton Iriz dipandu uji di lebuhraya dikongsikan oleh rakan blogger Paultan.org.

Video Proton Iriz Model 2014 Dipandu Uji

Model Proton Iriz 2014 Baru


Komen

  1. Balasan
    1. Isi la borang tu ... seronok2 leh try pandu uji kereta ni

      Padam
  2. Nampak menarik tu HH.
    Terima kasih HH atas bantuan serangan malware
    entry terbaru bantuan HH

    BalasPadam
  3. suka den dengan design baru ni. terus terbatal niat nak beli jazz

    BalasPadam
  4. Proton Edar Larkin JB, akan launching Iriz pada 25th September ni.

    BalasPadam
  5. Cantikkknya .. Bila lh Boleh dpt ni .. ahahahha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.