Ada yang tak tahu mengenai madu lebah Kelulut ehh? Hmm saya dapat persoalan ini bila tempoh hari saya dok promosikan Madu Lebah Asli Pokok Tualang. Kalau sebut madu lebah dari pokok Tualang, ramai dah tahu ianya madu lebah kualiti terbaik, dan cara nak dapatkan juga sukar. Jadi, bagaimana pula dengan madu lebah Kelulut ni? Kelulut tu apa?

Adeh. Sebenarnya, masa saya mula-mula tahu mengenai madu lebah Kelulut, saya pun tanya soalan tak berapa cerdik yang sama ..."Kelulut tu apa?". Nama tak menarik langsung!

Madu Lebah Kelulut

Ya, Kelulut adalah sejenis lebah. Ia merupakan spesies lebah yang tidak menyengat, kalau kena sengat pun, lagi bisa kena gigit lintah ... hehehe...  Ia merupakan sejenis lebah kecil yang tidak menyengat. Maka, nak kendalikan lebah Kelulut tidak sukar. Seperti spesies lebah yang lain, ia juga menghasilkan madu.
Madu Lebah Kelulut Sedap
Lebah Kelulut mudah nak ternak. Tak macam madu lebah dari pokok Tualang yang datangnya dari lebah hutan yang memang suka nak menyengat jika sarangnya dikacau. Itu sebab ia buat sarang nuuunnn jauh kat puncak pokok Tualang. Cuma satu je kekurangan Kelulut, ia tidak boleh nak hasilkan madu dalam volume yang banyak. Jadi, nak dapatkan madunya memang makan masa jugalah, hatta untuk yang menternaknya secara komersil. Lagi satu ... sebab cara ia buat sarang ...

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Dan didapati 35 spesies ini telah dikenal-pasti terdapat di Malaysia!

Selain Malaysia, negara lain yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies) serta Taiwan (1 spesies).
Madu Lebah Kelulut

Cara Kelulut Buat Sarang

Tak ramai yang ternak lebah madu Kelulut ni. Salah satu sebabnya ialah kerana cara ia membuat sarang. Kelulut ni suka buat sarang dalam tanahlah, celah kayulah, celah batulah .... tak macam lebah madu biasa yang mudah nak nampak dan peroleh.

Tetapi, saya difahamkan pihak Mardi ada teknik dan cara mudah nak ternak lebah madu Kelulut ni. Bab ni, anda kena tanya pada orang Mardi. Mungkin mereka boleh bantu sesiapa yang berminat nak ternah lebah madu Kelulut.

Khasiat Madu Lebah Kelulut

Err .. bagaimana khasiat madu lebah Kelulut ni? Ada kajian kata ianya lebih baik sebab ada kandungan yang dinamakan asid fenolik yang pelbagai. Kandungan bahan tersebut didapati berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Kelulut
Ok. Sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai madu lebah Kelulut. Lepas ni tak adalah nganga sangat ..manalah tahu kot2 ada yang yang kelentong cerita pasal madu lebah ... hoho.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru tahu yang rupanya kelulut tu nama sejenis lebah..terima kasih info bro..

    BalasPadam
  2. Pernah lihat secara dekat. Lebah kelulut ini jinak berbanding lebah-lebah lain.

    BalasPadam
  3. Adik ipar saya ada bela lebah kelulut ni... Harga madunya boleh tahanlah mahalnya!

    BalasPadam
  4. Ingat tak boleh makan madu lebah kelulut ni. Pernah buat sarang kat rumah aku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, Bagi saya, saya sudah biasa dengan lebah kelulut ini sedari kecil/zaman kanak-kanak lagi. Ia bersaiz kecil,berkumpulan,tidakberapa menyengat,kalau mengengat pun tidak terasa sakitnya, tidak berbisa seperti lebah yang besar yang terlalu menyengat dan menyakitkan.Saya pengemar/suka makan manpsan kelulut ini, Ia berwarna jernih seperti air jernis tapi agak likat sikit(biasala manisan kan) rasanya terlalu sedap dan manis, saya kebiasaannya makan bersama roti,tepek tepong/roti canai,ubi kayu rebus,juga dengan pisang rebus. Ia juga sesuai untuk ibi-mengandong(sama dengan manisan lebah juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandong)....sesiapa hendak makan cara macam itu boleh makan,,,terlalu sedap,,,haaa

      Padam
    2. Terima kasih atas tambahan info yang diberikan .. :)

      Padam
  5. Madu lebah dari pokok tualang dipanggil MADU TUALANG. kalau madu lebah liar dari pokok yang lain dipanggil MADU APA ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement