Macam Kenal Je Blogger Ni Dalam Iklan Kotex

Uhh .. macam kenal je blogger ni dalam iklan Kotex terbaru. Wahhh, makin popularlah nampak gayanya. Mungkin ini satu revolusi dalam dunia blog Malaysia di mana pengiklan-pengiklan mula cari talent dari kalangan blogger. Sebelum ini saya pernah cerita bagaimana beberapa orang blogger ada rezeki jadi duta beberapa produk terkenal.

Blogger sudah ada pengaruh. Oleh kerana itu, ramai pengiklan seolah nampak akan pengaruh blogger ini. Rasanya baru-baru ini, saya terlihat ramai blogger wanita berpeluang masuk dalam iklan TV seperti Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, Atiqah Uyun dan ramai lagi termasuklah rakan blogger Hazanis.  Untung mereka ye tak? Dapat peluang melebarkan sayap untuk lebih dikenali.

Macam Kenal Je Blogger Ni Dalam Iklan Kotex

Macam Kenal Je Blogger Ni Dalam Iklan Kotex
Mungkin ada yang bertanya. Blogger wanita je ke?

Oh. Blogger lelaki pun ramai dapat peluang. Contohnya macam Broframestone dan juga Ben Ashaari. Jadi duta produk terkenal dalam kempen khusus. Perghhh .. hebat tul! Ada lagi sebenarnya tetapi mereka ni suka sorok-sorok .... hoho ....

Baru-baru ni, muncul lagi blogger dalam satu iklan daripada produk terkenal kaum hawa. Perghhh makin terkenallah cik kak sorang ni, Cik Epal yang muncul dalam iklan Kotex. Best je pulak tengok iklan tu.

Apa yang best?

Tips Selfie dari Cik Epal

Sebabnya ada tips untuk selfie. Walaupun saya ni bukan kaki selfie, tapi tips yang diberikan dalam iklan Kotex tu bolehlah guna pakai untuk mereka yang kaki selfie.

Dah tengok ke iklan tu?
Macam Kenal Je Blogger Ni Dalam Iklan Kotex

Blogger Cik Epal Menerusi Iklan Kotex


Anda boleh dapatkan tips selfie daripada Cik Epal di sini - http://goo.gl/Rin7r2

Semoga terhibur .. hoho ...



{ 28 comments.. read them below or add one }

ainun ainun September 08, 2014
semakin berkembang industri blogger nampaknya.
nor nazliana nor nazliana September 08, 2014
wah bila la ana nak jd macam cik epal yer..angan2 tak sudah..
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal September 08, 2014
Assalammualaikum... bro HH,

blogger top memang agak senang nak dapat tempat dihati pengiklan...

mselim3
Sentiasa Panas Sentiasa Panas September 08, 2014
Waa..blogger semakin hebat..
aku jejaricomel aku jejaricomel September 08, 2014
berangan nak masuk tv, tapi dalam mimpi. uhukuhuk

http://akujejaricomel.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-7-5-lagu-cinta.html
mama amir mama amir September 08, 2014
wah...blogger sekarang dah bole jadi artis...^_^
Shark Kay Shark Kay September 08, 2014
hehehe..
ramai ler blogger pasang impian nak masuk tv pasnie.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 08, 2014
Engagement tu kena ada, selalu pi event perkenal diri, in Sha Allah akan dapat tempat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 08, 2014
Hmmm blogger ramai je dah jadi artis .. cuma tak diperbesarkan macam sekarang je .. heee.... agaknya siapa la yang dok promote derang tu ehhh .. hoho
blogger lelaki blogger lelaki September 08, 2014
tak lama lagi bro pulak boleh jadi model iklan
reezluv reezluv September 08, 2014
tahniah le..aku lagi suka duk belakang tabir je..ahaha..#padahaljeles
Denaihati Denaihati September 08, 2014
tahniah-tahniah buat beliau. nak pergi tengok jap...
Hairul Azni Hairul Azni September 08, 2014
Tahniah..blogger sekarang ramai yang dah mula dapat tempat di kaca TV..
Marou Apple Hijau Marou Apple Hijau September 08, 2014
makin murah rezeki cik epal lepas kahwin ni..
Etuza Etuza September 09, 2014
saya klik blogger UYUN ..ok tq share
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 09, 2014
Yup. Kena banyak terima kasih pada Redmummy dan Hanis Zalikha.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 09, 2014
Dah tua, mana la boleh blogger lelaki :P
Bro Framestone Bro Framestone September 11, 2014
Awat gua nampak macam pelik je cara minah nie ambil selfie... part dia pegang hp tue
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 12, 2014
Amboi detail tgk bini orang naaa
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 12, 2014
Takpe. Hang kacak. Ramai model suka kat hang.
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins November 26, 2014
Dah ramai blogger yang mengambil tempat menjadi model iklan kan!Tahniah!
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 28, 2014
comel lah cik epal heheh - kedaionlinemy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.