Ada blogger yang minta saya tunjukkan jalan bagaimana nak dapat income daripada blog. Bagaimana nak dapat job review, bagaimana nak dapat jemputan event, bagaimana itu dan ini ... yang boleh nampakkan blog itu sesuatu yang bermakna pada blogger tersebut. Ok. Saya tak mahu berikan langkah deras, tapi saya nak kongsikan kepada anda langkah bertatih saya dapat income dengan blog.

Ok. Begini. Apabila anda sudah ada blog, apa yang anda perlu buat ialah setkan matlamat anda dalam dunia blog. Sebab matlamat ini sangat penting dalam menjadikan sesuatu itu satu realiti.

Nak dapat income dengan blog? Maka, setkan minda untuk mulakan langkah untuk jana income pertama dengan blog. Dah setkan minda, maka ... sila tarik nafas dalam-dalam .. dan kata pada diri .. "Saya Boleh .. Saya Boleh .. Saya Boleh Jana Income Dengan Blog ..."

Langkah Bertatih Aku Dapat Income Dengan Blog

Sekarang, baca pengalaman saya ini bagaimana saya bermula bertatih untuk dapat income dengan blog. Ini kisah benar saya, jangan tiru kisah saya ini ye ... hoho ... :P

Bila saya dah ada blog, antara langkah pertama saya nak dapat income dengan blog ialah menerusi Adsense. Adsense mudah, dan ia membayar anda disebabkan trafik blog, dah tu dalam matawang USD pulak tu.

Buka Akaun Adsense Dari Dashboard Blogspot

Bagaimana nak letak Adsense di blog ini? Cuba buka dashboard blogspot anda ... anda akan nampak seperti di bawah ini. Jika tak ada, pergi ke settings, bahagian bawah tu dan tukar bahasa blog ke bahasa inggeris. In Sha Allah, anda akan nampak paparan seperti di bawah ini - iaitu earnings-adsense.

Dah nampak seperti di atas, jangan teragak-agak, terus klik Sign up ... dan lakukan arahan yang disediakan. Bila dah ada akaun sendiri, maka senanglah anda letakkan Adsense dalam blog anda seperti di bawah ini, hanya add Adsense di mana-mana tempat anda nak letak dalam blogspot anda. Jika tak pasti mana satu yang bagus, boleh rujuk entri ni - Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog


Adsense ni senang, sebab ia tak kesah letak platform pengiklanan lain. Katakan anda nak letak platform Nuffnang, atau mungkin Advertlets, atau Komli, atau H12 .. sama dengan Adsense ni, tak ada apa hal, sebab blogspot bawah Google, begitu juga Adsense. Status Glitterati Nuffnang pun tak hilang ...

Ketahui 101 Syarikat Pengiklanan di Blog


Saya letak Adsense agak lama juga, tetapi sebab trafik tak kencang, maka income dia lambat sikit naik. Jika nak masyuk .. jana sehingga USD100 setiap bulan, maka kena pastikan blog ada trafik tinggi setiap bulan.

Kemudian, saya telah melakukan satu kesalahan besar. Saya letak entri yang bukan original, ada unsur-unsur copy-paste dan salah tersilap telah langgar terma Adsense, lalu blog saya kena banned untuk letak iklan Adsense, tetapi akaun saya tetap wujud, jadi saya letak kat blog lain. Perkara sama saya tak buat lagi di blog lain.

Saya daftar Nuffnang, saya letakkan banner iklan Nuffnang di blog saya. Slow. Tapi alhamdulillah, saya dapat juga cash-out pertama kali. Saya ada ceritakan di sini - Akhirnya Berjaya Cash-Out Nuffnang

Nampak cam tak puas hati. Saya kena masukkan iklan Adsense, sebab ketika itu saya hanya tahu Adsense sahaja yang boleh berikan income yang berganda-ganda dalam blog menerusi pengiklanan sebegitu. Maka, saya buat permohonan rayuan untuk bolehkan blog saya letak iklan Adsense. Ok, berjaya sekejap, saya kena banned lagi .. saya ada ceritakan di sini - Tips Aktifkan Google Adsense Kena Sekat


Lepas tu .... nanti sambung .. hoho .. letih jemari dah ni ...

Tips terpenting nak berjaya buat duit dengan Adsense - Buat blog ada niche dan trafik mesti tinggi .. baru masyuk!

34 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hahhahhaa cam ada sambungan je kekdahnya,,,,

    BalasPadam
  2. adsense memang best.

    macam makan beger bakar rasanya. hehe

    BalasPadam
  3. Thanks sifu HH atas tips yang zumal tercari-cari ^_^

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas tips yang ohsem ni!

    BalasPadam
  5. dah bersambung plak...pastikan happy ending bro

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Yup. Mana-mana blog yang ada Adsense memang best ... saya dok tunggu je masa untuk cashout ni ... rasa lambat bebenor ..

      Padam
  7. Tapi blog bahasa melayu boleh ke bro? Sbb application aku baru je kena reject..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Tukar dulu bahasa dalam setting tu ke Bahasa Inggeris. Semua blog saya yang ada adsense adalah dalam BM

      Padam
  8. Sama la..ingatkan blog niche sukan senang approve..rupanya kena reject juga sbb language not supported

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar kat bahagian bahasa tu ... kan saya ada beritahu kat dalam entri ni .. hoho .. ishh

      Padam
  9. dah byk kali kena reject ... huhuhuuu . ada yg kata kena buat entry dlm bhs inggeris .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm tak juga, sebab blog saya yang dok running Adsense skang ni semua blog Bahasa Melayu.

      Padam
  10. owh.. selama ni ingatkan status gelihati hilang if pasang adsense... thanks for sharing...

    BalasPadam
  11. hurm, akaun adsense dah lama kena ban..sekarang ni hanya pakai nuffnang jer..

    BalasPadam
  12. Hahaha... ade sambungan pulak dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasik chance aa saya nak rest mata .. hoho .. kedip2 je

      Padam
  13. alah tgh best2 baca ada sambungan plak. mcm cerekarama pun ade .nice entry btw, sy baru apply adsense pas baca entry ni. tp blog saya mainly tulis in BM tp saya letak language english mcm yg HH cadangkan n tgh tunggu approval. tp bleh ke blog bm letak bi.bukan google boleh auto detect ke language sesuatu web tu? takut kene banned sbb klentong google lak haha

    BalasPadam
  14. BEST BACA ABANG PUNYA BLOG HARI HARI NIE

    BalasPadam
  15. cabaran seterusnya nak dapatkan trafik yang tinggi pulak

    BalasPadam
  16. heheh..tetiba ada sambungan daa..ahaha

    BalasPadam
  17. knapa cik nor buat xblh iklan adsense tu...dia tulis not support your language..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagian setting dashboard tu dah tukar english tak?

      Padam
  18. Kalau blog pakai platform selain blogspot boleh apply tak tuan? blog saya pakai wordpress..dan ia adalah blog bahasa melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau camtu baik minta akaun penuh, tapi kena ada satu blog yang berbahasa inggeris lah .... yang ada lebih dari 10 post pun dah cukup, saja untuk cukup syarat. Untuk akaun penuh, gi je kat Google Adsense punya laman web.

      Padam
  19. Oh kena ader blog berbahasa inggeris ye...

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    BalasPadam
  20. banyak info dari abng bagi suka baca,,sekarang hari hari baca sini

    BalasPadam
  21. Terima kasih pada tuan punya blog sebab share pengalaman dan ilmu berguna kat sini. MP memang takde pengalaman dengan nufnang, dan adsense. Sekarang adsense pun xdapat nak iklankan lagi sebab ralat, dengan panduan ni. Insyaallah, MP akan cuba betulkan kekurangan tu satu2.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Salam. Nak tanya, blog sy dah tukar bahasa inggeris, tetapi kenapa tak boleh sign up adsense yer? Dia tulis "Your blog doesn't currently qualify for AdSense". Nape yer? Terima kasih ye.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement