Setelah bertahun. Alhamdulillah, sesunguhnya Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Saya dah sertai affiliate dengan KlikJer.com ni dah lama, bertahun jugaklah; rezeki Allah nak bagi, akhirnya saya dapat juga sale pertama dan komisen pertama dari KlikJer.com ini.

Komisen pertama saya menerusi program affiliate KlikJer.com ni tak banyak, cuma RM25.90. Tetapi ia sudah cukup membuktikan bahawa produk affiliate dari KlikJer.com boleh buat duit, walaupun kena ambil masa sedikit menyusun strategi, tetapi alhamdulillah, ia satu permulaan yang baik.

Komisen Pertama KlikJer.com



Memang saya tak sangka sekali. Apabila pertama kali diberitahu ada jualan terhasil, dan saya layak terima komisen, saya teruja sekali. Kenapa?

Sebabnya ialah, saya amat jarang sekali promosikan produk-produk KlikJer.com ini. Tetapi alhamdulillah, walaupun promosi kurang, dapat juga RM25.90 .... haaa siapa nak bagi? Lepas juga nak beli lauk pauk buat makanan seminggu sebagai House Husband. Ye tak?
Bagaimana nak berjaya dengan program affiliate, jana income online menerusi blog? Ok, pertama-pertama sekali ... anda jangan cepat putus asa. Sentiasa ada sikap bersabar dan elak diri dari punyai sifat tamak haloba. Lihat statistik KlikJer.com dalam akaun affiliate saya ni.... hits lebih 5k tapi cuma dapat 1 sale sahaja.

Tak mudah pada awalnya, tetapi bila anda dah mula dapat satu sale, in Sha Allah, akan hadir banyak lagi sale menerusi komisen affiliate ini.

Sale yang saya jana, komisen yang saya dapat itupun disebabkan oleh banner setempek yang ada saya letakkan di blog ini. Tak seperti teknik-teknik affiliate lain yang saya gunakan untuk AgenAffiliate.com dan Ashadee.com; yang sehingga ke saat entri ini ditulis pun masih lagi menjana komisen. Alhamdulillah.
Anda juga boleh jana income online seperti ini jika anda ada iltizam kuat nak belajar dan cedok ilmu berkaitan.

Tahukah anda bahawa saya melabur lebih dari RM1K untuk beli ebook online dan praktikkan ilmu berkaitan menjana komisen menerusi affiliate ini? Haa... saya tak banyak cerita benda ni, tapi itulah ... nak berjaya kena ada ilmu, nak lebih berjaya kena ada sifu dan guru, macam saya ceritakan di dalam konsep M.E.S.T.I.

Walaupun rezeki agak slow dalam program affiliate KlikJer.com; tapi Allah lorongkan rezeki saya ikut lain. Anda juga boleh dapat apa yang saya dapat. Singkirkan rasa 'tak boleh' dalam diri, kerana Allah dah berikan kita keupayaan terhebat apabila berjaya 'berenang' dari berjuta yang kemudian diberikan roh untuk lahir dari perut seorang ibu ....

Anda manusia terpilih. Dan telah ditetapkan rezeki untuk anda sejak azali, semakin anda berusaha, in Sha Allah, pintu rezeki akan terbuka buat anda. Jika bukan wang ringgit, mungkin bab lain yang anda tak sangka-sangka!

Do not lost hope. Do not stop to learn. Believe you can do more ....


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah bro..In Syaa Allah lepas ni akan menyusul yang kedua, ketiga dan yang seterusnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, mungkin nak guna teknik seo merah jambu lak .. hoho ..

      Padam
  2. Tahniah...

    dan terima kasih di atas komen yang diberikan di blog Alycia.. appreciate it ;)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki dari Allah S.W.T .. sesiapun boleh dapat, asalkan tahu cara dan berusaha untuk peroleh

      Padam
  4. Semangat dan Usaha Keras Abang Hasrul Hassan memang patut dicontohi dan diteladani. terima kasih abang HH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Saya ni kira manusia desperate aa ni .. hahaha

      Padam
  5. saya tak ada blog tapi dapat la komisyen terkumpul dari klikjer hampir rm400 dari tahun 2013-2014 ni bersamaan 20 sale.nak cuba beriklan di blog hasrulhassan pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Hehehe.. boleh mencuba .... saya baru je try klikjer ni .. alhamdulilah ada sales masuk. Kadangkala di hari yang tak sangka ada sales dan komisen dari KlikJer.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement