Alhamdulillah, satu permulaan yang cukup baik. Saya berjaya dapat komisen kali kedua dari KlikJer.com. Komisen kali pertama saya dapat dari program affiliate KlikJer.com adalah pada 11 September 2014. Tahukah anda, bahawa saya ambil masa bertahun juga untuk akhirnya terima komisen affiliate dari KlikJer.com ini?

Benarlah kata orang tua-tua lama, jangan sesekali putus asa, teruskan usaha sehingga ia membuahkan hasil. Maka itulah yang telah saya lakukan. Walaupun saya dah berjaya jana beberapa komisen lumayan dari program affiliate yang lain, tetapi saya tetap tidak hentikan usaha promosikan produk-produk affiliate berkualiti daripada KlikJer.com ini. Alhamdulillah, usaha yang berterusan akhirnya berbaloi.

Komisen Kedua Affiliate KlikJer.com

Komisen Kedua KlikJer.com

Ok. Komisen yang dijana mungkin nampak kecil, sebanyak RM25.90 tetapi cuba bayangkan, siapa nak bagi RM25.90 tu di kala anda tengah dok melayan mimpi atau sedang bercuti bersama keluarga di Bukit Fraser? Haaa .. inilah yang best mengenai affiliate. Anda masih boleh jana komisen walaupun anda tidak berada di depan komputer!

Saya berjaya buat duit online hanya dengan menggunakan blog sahaja. Dan anda juga boleh menerima komisen seperti saya jika anda tahu cara dan kaedah yang betul untuk promosikan produk affiliate ini di blog anda.

Komisen Pertama Pencetus Untuk Dapat Lagi dan Lagi ...

Betul kata rakan blogger saya +Encik Titan , bila dah dapat komisen pertama dari satu-satu program affiliate, in Sha Allah ia akan jadi berterusan selagi kita tetap yakin dan usaha ke arah itu. Itulah yang berlaku pada program affiliate saya bersama dengan Ashadee.com dan juga AgenAffiliate.com, dua platform affiliate ini telah secara dengan konsisten menjana income untuk blog saya walaupun saya tak buat promosi secara menggila di blog.

Promosi Hanya Dengan Blog

Promosi saya buat hanya dengan letakkan banner affiliate di blog dan tulis sedikit sebanyak mengenai produk. Ada tu saya tulis pasal produk affiliate di blog tahun 2011, dan sehingga sekarang produk affiliate itu jana income untuk saya.

Sikit komisen tetapi ia jadi penyelamat juga tak kala nak bayar bil elektrik, bil air mahupun bil internet. Syukur dengan apa yang dikurniakan, kecil tetapi tetap rezeki dari Allah S.W.T.

Anda juga boleh berjaya dengan program affiliate.

Dan salah satu cara nak berjaya adalah mengetahui ilmu, kaedah dan teknik untuk jana income menerusi affiliate. Percaya atau tidak, dengan ilmu inilah saya saban minggu peroleh income menerusi affiliate yang saya sertai.




6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah..sedikikt bukan soalnya...syukur itu lebih utama untuk aktif lagi promosi klikjer

    BalasPadam
  2. Klik jer mcm best jer..heheh

    share artikel funny sini ye.

    http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/3-perkara-yang-boleh-menjatuhkan-sebuah.html

    BalasPadam
  3. saya pun dah join..blum ader komisyen

    BalasPadam
  4. Tuan admin memang hebat...sememangnya awal2 penglibatan dalam dunia blog ni kena banyak bersabar...InsyaAllah tuan blog dah menunjukkan contohnya utk kita ikuti...saya ucapkan terima kasih pada tuan kerana banyak ilmu dalam blog ni yg baru sy pelajari..budi tuan akan sentiasa dikenang..terimakasih sifu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih atas komen ini. Saya sangat menghargainya. Dan tercapailah hasrat saya di tahun 2014 ini.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement