Langkau ke kandungan utama

Kesan Template Blogspot Responsif

Kesan template blogspot responsif dan mesra SEO. Syukur alhamdulillah. Selesai dengan beberapa pembaharuan ke atas template blog ini. Dua malam saya habiskan masa untuk baiki template percuma dari CatatanInfo yang serba responsif ini. Jenuh. Segalanya kerana blog didapati ada malware bersembunyi selain beberapa koding khas untuk pengiklanan tak berfungsi dengan baik.

Ada dua masalah lain, yang masih lagi belum dapat diselesaikan ketika ini, iaitu masalah bloglist dan juga masalah ruangan contact form edisi blogger. Saya buntu akan kedua-duanya. Nampaknya dalam kelebihan menggunakan template serba responsif ini, ada juga kekurangannya. Saya akui, saya tak boleh tidak mahu gunakan template ini juga memandangkan ada beberapa kesan terbaik saya peroleh setakat ini.

Guna Template Blogspot Responsif Percuma

Saya pernah sertakan kepada pembaca blog ini bagaimana nak dapatkan template blogspot responsif yang saya gunakan dalam blog-blog saya, jika anda tak baca dan ambil kelebihan template percuma ini, boleh muat turun menerusi entri yang telah saya sediakan di sini - Dua Template Blogspot SEO dan Responsif Percuma

Dan sebenarnya ada banyak lagi template-template ujikaji yang telah saya guna pakai. Anda boleh gunakan kotak carian (search) yang saya sertakan. Penting untuk blogger blogspot ada template yang baik, terutama untuk bersaing dengan blog-blog hebat yang guna template premium dan juga dari blog platform wordpress hosting sendiri.

Tadi, saya ada kata mengapa saya masih menggunakan template yang sama, iaitu responsif dan mesra SEO walaupun ada kekurangan yang saya nyatakan. Mari lihat beberapa screenshot kejayaan menggunakan template dari CatatanInfo ini. Saya sendiri teruja!

Kesan Positif Guna Template Blogspot Responsif dan Mesra SEO

Itu sebahagian daripada kelebihan menggunakan template blogspot responsif dan mesra SEO ini. Dan secara tidak langsung ia juga memungkinkan blog ini menjana income menerusi affiliate, pengiklanan dan juga advertorial. Alhamdulillah, rezeki Allah S.W.T dimurahkan hasil guna template blogspot yang responsif.

Ada yang tidak berapa faham mengenai apa yang dimaksudkan dengan blog responsif ... ok, saya tunjukkan secara visualisasi kepada anda. Tak perlu saya nak terangkan, anda pun boleh cuba lihat bagaimana blog anda beroperasi.

Secara amnya blog yang responsif bermaksud ia boleh dipaparkan dengan segala kelebihan terbaik menerusi hampir semua gajet dan peranti moden masa kini, ini termasuklah iPad, Tablet, iPhone, PhonePad, malah untuk telefon android dan telefon yang boleh gunakan internet.

Ujian Responsif Blog Secara Online

Cuba lihat beberapa ujian ini.

Nak tengok paparan yang lain? Boleh ke sini - http://www.responsinator.com/?url=www.hasrulhassan.com

Buat juga ujian untuk blog anda, dengan gantikan url tersebut dengan url blogspot anda. Cuba lihat hasilnya. :)

Harapan saya, moga makin ramai blogger ambil prihatin untuk gunakan template blogspot yang bagus untuk memajukan diri dalam dunia blog Malaysia. Tak susah pun, guna template yang betul .. in Sha Allah .. anda boleh.




Lagi Komen Pembaca ...

  1. masih banyak yang blum saya pelajari tentang template ni..kekadang hanya ikutan..tapi disebaliknya ada kebaikkan untuk memajukan blog..syabas HH atas pencapaian itu...teruskan memberi tunjuk ajar kepada kami yang memerlukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuba seboleh mungkin cuba berikan yang terbaik hasil eksperimen .... jika ok, saya pasti akan beritahu ... mana tak ok, saya kurang nak cerita ... :P

      Padam
  2. Tahniah HH..memang template responsif memainkan peranan pentingkan..banyak pilihan yang ada cuma kena pandai customize. Kalau tak kesannya mungkin tak sebaik yang diharapkan..

    BalasPadam
  3. Template maskolis pun sangat baik..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap. Saya pernah cuba dalam salah satu blog saya.

      Padam
  4. Tahniah HH. Kalau saya nak aplikasi mau pening jugak kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tido kaw-kaw ... baru leh buat ni .. hoho

      Padam
  5. Salsm bro.... saya pun sekarang ini duk main dengan template, tapi satu saja yang tak pernah menjadi, iaitu dropdown laman/menu di header. Cuma yg asal saja ug boleh guna. Di sini saya nak tambah untuk laman/menu kedus. Cth spt SEO. Bila mousse letdk fi situ keluar senarai Tip SEO, Contest SEO.

    Saya dah cuba cara bro buat tutorial di blog bro... namun tsk menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salin je kod yang pertama tu ...

      Padam
  6. Perkogsian yang bagus ni sifu HH. Nak kena baik pulih juga blog-blog saya.

    BalasPadam
  7. kena banyak belajar lagi ni, sha ni blur banyak... huwaaaa

    BalasPadam
  8. jauh lagi perjalanan saya nak faham template. pening. Semoga HH terus berkongsi untuk manfaat blogger lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pening ke? Adeh.... saya sangat harap blogger yang baca tak pening ... camner ehh nak buat?

      Padam
  9. Dengan tip dari bro ni..aku pun nak renovate template blog aku juga

    BalasPadam
  10. So mmg tak ragu lagi guna lah template responsif....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yah... memang tanpa keraguan ... Mesti pilih template yang responsif!

      Padam
  11. mcm kna petir blog sifu sy tgk dr fon sy ni. sifu, blog sy dah tukar template ^__^

    BalasPadam
  12. Atas nasihat dari master sifoo, Stylo Sport sedang menguji template yang serupa dengan ini. Page speed dapat score A tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh tahniah tahniah .. alhamdulillah.

      Padam
  13. Saya baru try..memang template blog saya responsive..bestnya boleh apply ilmu ni..tima kasih yea

    BalasPadam
  14. Tahniah bro.... kenapa banyak template yang responsif tetapi iklan Nuffnang, iklan affiliate tak keluar tetapi yang template bro pun ada keluar iklannya. Bagaimana nak edit jadi betul2 responsif/

    BalasPadam
  15. Tahniah bro... tetapi kenapa kebanyakkan template responsif tetapi iklan Nuffnang, iklan affiliate tak keluar di smartphone tetapi template bro ada keluar iklan tu. Bagaimana mahu setting jadi betul-betul responsif?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.