Alahai, kasihan benar anak-anak yang ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014, sah satu lagi kertas peperiksaan UPSR bocor, kali ini kertas Bahasa Inggeris UPSR 014/1 dan 014/2 pula didakwa bocor. Berita ini saya dah terima sejak malam tadi lagi, cuma belum disahkan sahaja.

Siapa punya angkara sehingga kertas UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bocor ni? Belum pun hilang gelisah resah kertas Sains UPSR bocor, nah ditambah lagi dengan kebocoran kedua.

Saya ingin memetik beberapa laporan akhbar yang mengatakan bahawa kertas Bahasa Inggeris 014 UPSR 2014 telah disahkan bocor oleh Kementerian Pendidikan pada jam 11 pagi 11 September 2014. Ia berikutan maklumat yang telah diterima pada malam tadi sebaik sahaja kertas Sains sebelum ini disahkan bocor.

Menurut Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kertas Bahasa Inggeris bocor juga disebarkan melalui media sosial.

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bocor
Bagi pelajar-pelajar UPSR yang ambil kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, mereka akan jalankan peperiksaan semula. Dijangka tarikh untuk ambil peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeri ini juga pada 30 September 2014 sama seperti kertas Sains 018, 028 dan 038 yang telah disahkan bocor semalam 10 September 2014.

Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan peperiksaan UPSR kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, serta tarikh peperiksaan semula.
Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

aiyoyo kesiannye budak2 upsr this year :/

Reply

Salah guru atau kelemahan sistem pendidikan di Malaysia?

Reply

aduhai...semoga adik2 yang ambil UPSR tu tak patah semangat....

Reply

kalau nak bocor2 ni, lebih baik tak ada peperiksaan -_-

Reply

hurm... sedih la macam ni, tak bertimbangrasa betul ! kesian budak2 upsr kena repeat...

Reply

Aduhai...bila tiada sikap integriti...inilah kesannya pada golongan pendidik dan anak2 kita...

Reply

kesian dekat budak2 yang ambik UPSR tahun ni...tak pasal2 je dorang yang kena...kena tanggu peperiksaan...adehhh

Reply

Kesian kat budak-budak dan cikgu-cikgu

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.