Langkau ke kandungan utama

Kempen Be Brave - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang (PE)

Adakah anda biasa dengan istilah Ejakulasi Pramatang (PE)? Saya tahu mungkin blog post kali ini agak sensitif pada sesetengah pembaca dan pengunjung blog ini. Tetapi, ia sesuatu yang patut saya sampaikan kepada anda semua, kerana ia merupakan antara masalah yang kian membelenggu pasangan masa kini.

Kita biasa berbincang dan perkatakan mengenai mati pucuk atau dalam bahasa perubatan disebut sebagai Erectile Dysfunction. Walhal secara realitinya, Premature Ejaculation (PE) adalah masalah yang paling biasa berlaku kepada lelaki seluruh dunia. Malah, menurut satu kajian - 2013 Asia-Pacific Sexual Behaviours and Satisfaction Survey oleh Kantar Health, satu daripada 3 lelaki mengalami masalah PE ini.

Memahami Mengenai Ejakulasi Pramatang (PE)

Kempen Be Brave - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang (PE)
Daripada pembacaan saya, PE ini berlaku pada semua peringkat umur. Ada yang mengalaminya pada peringkat awal perkahwinan, dan tidak kurang juga mengalami selepas beberapa tahun berkahwin, walaupun sebelumnya lelaki itu tidak ada masalah tersebut.

Yang menjadi masalah semakin meruncing ialah perbincangan mengenai masalah PE ini masih lagi menjadi satu taboo dalam masyarakat Malaysia. Dek kerana kekangan kepada pemahaman mengenai PE inilah yang akhirnya menyebabkan peratusan lelaki yang hadapi nya meningkat berkali ganda. Didedahkan bahawa lelaki Malaysia berada di tangga teratas paling tidak tahu mengenai masalah PE di rantau Asia Pasifik.

Bagaimana PE boleh berlaku?

PE berlaku apabila seorang lelaki mempunyai kesukaran mengawal ejakulasi dan sering berejakulasi dengan rangsangan seksual yang sedikit. Masalah PE adalah melibatkan emosi dan fizikal. PE boleh dikaitkan dengan keyakinan diri yang rendah, kebimbangan, perasaan malu dan mengelakkan keintiman seksual.

Kalau dalam bahasa mudah nak faham, dalam bentuk sindiran yang selalu diucap masyarakat Malaysia, PE ini boleh diibaratkan ’tewas sebelum berperang’ atau ’belum apa-apa dah pancit’. Si isteri jadi hampa, si suami sudah terkulai layu.

Si isteri pula, yang menyedari akan masalah si suami agak sukar menyatakan rasa, takut nanti terguris hati si suami yang mungkin boleh menyebabkan keretakan rumahtangga. Namun, daripada kajian yang telah dilakukan, 62 peratus lelaki sanggup bertemu dengan doktor atau pakar kesihatan lelaki seandainya pasangan mereka (isteri) meminta mereka melakukannya!

Penting untuk lelaki mengetahui seandainya mereka hadapi masalah PE ini secepat mungkin! Sebagai lelaki, anda boleh cuba . Self Diagnosis (klik) sebagai satu permulaan

Kempen Be Brave

Menyedari akan keperluan ini, satu kempen telah dibuat oleh A. Menarini, sebuah syarikat antarabangsa dalam bidang biofarmaseutikal. Kempen yang dinamakan Be Brave ini adalah merupakan satu kempen kesedaran buat pasangan yang mengalami masalah PE dengan menyatakan bahawa masalah ini boleh dirawat jika bertindak sekarang.

“The campaign aims to educate and inspire men with premature ejaculation (PE) to speak up about their health condition and provoke women to advocate for their partners.”

Kempen Be Brave ini bolehlah saya anggapkan sebagai satu bentuk kempen motivasi yang telah direkabentuk agar dapat memecahkan benteng pantang larang atau taboo dalam masyarakat kita terutama sekali buat pasangan. Kempen ini merupakan landasan penting agar setiap pasangan itu bercakap dan berbincang sesame sendiri mengenai masalah PE ini, sebagai langkah untuk keharmonian dan kebahagian berpanjangan pasangan berkahwin.

Kuiz Be Brave

Sertailah kuiz Be Brave yang boleh anda akses menerusi www.bebrave.my. Menerusi kuiz ini, anda akan mengetahui mengenai ‘inner hero’ yang kena dengan diri anda. Jangan risau, semua soalan kuiz tidak mengandungi sebarang unsur yang dikatakan explicit content, malah soalan-soalan yang ditanya dalam bentuk yang lebih santai dan menyeronokan. Oh ya, pertama kali saya melihat kuiz ini, saya ingatkan ia hanya untuk menguji lelaki, tetapi sebenarnya wanita (pasangan) juga boleh menjawab bahagian kuiz ini yang dikhaskan. Bermakna, kuiz Be Brave bukan sahaja untuk lelaki, tetapi juga untuk wanita.

Serba oren, memang sesuailah dengan saya... hehehe.. dan ada dua karektor watak kartun yang saya gemari semasa kecil. Tanpa berlengah, saya mesti tahu apakah ’Inner Hero’ dalam diri saya.
Be Brave Campaign - Which Inner Hero Ara You
Memandangkan saya lelaki, pastilah karektor berwarna biru di atas menjadi pilihan untuk menjawab kuiz Be Brave. Pilih ’Take Quiz’ dan jawab soalan demi soalan yang dikemukakan.
Kempen Be Brave - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang (PE)
Selesai menjawab kesemua soalan, maka tampillah jawapan yang ditunggu-tunggu. Dan keputusan yang saya dapat ialah .....
Kempen Be Brave - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang (PE)
Ok. Saya dapati Inner Hero saya ialah Justice Sheild. Apa itu Justice Shield? Anda boleh baca sendiri keputusan kuiz Be Brave yang saya sertakan di atas. Sekarang, untuk lebih melengkapkan kuiz ini, pastinya saya perlu minta isteri saya untuk menjawab. Adakah keputusannya bakal sama? Haa .. ok, itu rahsia sayalah.

Selesai kuiz.

Jika anda perasan, di sebelah hujung atas kuiz Be Brave ini terdapat pautan ke laman web www.controlpe.com.my. Jika anda mahu lebih info lanjut mengenai masalah PE ini, jangan segan untuk klik. Ada banyak informasi mengenai masalah Ejakulasi Pramatang, termasuklah mitos berkaitan, diagnosis tools yang boleh anda gunakan, serta mengetahui apakah jenis rawatan yang ada untuk mereka yang bermasalah PE ini.

Jangan setakat lihat keputusan kuiz Be Brave saya, apakata anda pula mencubanya dengan melayari www.bebrave.my dan Be Brave MY Facebook. Kongsilah hasil keputusan kuiz ini bersama pasangan, rakan serta ahli keluarga. Jadikanlah diri anda bermanfaat kepada orang lain dengan menyebar-luas informasi ini supaya lebih ramai mengetahui mengenai PE dan menyelamatkan kehidupan rumahtangga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat.

Lakukan apa yang sepatutnya. Seandainya anda mahupun pasangan syaki ada kemungkinan PE ini hadir dalam kehidupan, sila lakukan diagnosis anda sekarang – PEDT TEST


[advertorial]

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. macam tak berani je nak buat kuiz tu..hahaha..bro dah try ke kuiz tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa.. dah try le .. kan ada result saya tu .. dey .. baca tak? Geram ni .. hehehe.. :P cubalah .. jgn risau .. benda rahsia tak siapa tau .. :P

      Padam
  2. bagus kempen ni, nak terus jumpa doktor mesti ramai yang malu-malu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ada kuiz ni paling tidak dah break the ice utk cerita soal 'kelemahan diri'

      Padam
  3. Wah! Siap ada kuiz lg,kempen yg bgs ni..hehe

    BalasPadam
  4. Ena dah cuba kuiz ni.. terbaiklah.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leh tau apa jawapan? Mana tau kita sama ke .. huhuhu.. lalalal .. :P

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…