Acapkali saya tanyakan pada diri, adakah apa yang saya tulis dan kongsikan menerusi medium blog ini ada keberkatannya tersendiri? Bagaimana nak dapatkan keberkatan menulis blog? Atau blog menjadi salah satu fitnah besar akhir zaman yang memungkinkan kita semua berada jauh daripada keberkatan? Kita tidak sempurna, tetapi bukan bererti kita perlu mudahkan diri menyerah kepada khilaf sendiri.

Keberkatan menulis blog perlu dicari supaya medium ini menjadi satu yang positif untuk diri dan untuk pembacanya. Siapa mahu menjadi manusia yang membawa mudarat ye tak? Saya sendiri berasa kesal seandainya ada yang singgah di blog ini, baca dan kemudian memberikan impak negatif pada dirinya. Jadi, mana tanggungjawab sebagai manusia terbaik memberikan manfaat pada orang lain?

Mencari Keberkatan Menulis Blog

Keberkatan Menulis Blog
Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang telah mengambil benda positif dari blog ini. Saya terharu apabila ada rakan blogger yang mula sudah hilang rasa pada blog kembali bangkit hanya membaca kekesalan blogger Malaysia. Adakah ini makna keberkatan menulis blog?

Kena Tahu Bila Perlu Peka dan Bila Tidak Perbesarkan Isu

Sebagai blogger, apatah lagi menjadi seorang yang tahu selok belok SEO mudah bagi blogspot, memang penting untuk berikan sesuatu yang terbaik buat orang lain. Ada masa, blogger perlu tahu bila masa untuk menjadi peka, dan masa untuk tidak perbesarkan sesuatu hal. Peka dalam sesuatu kontek yang ada kaitan memang bagus, seperti dikatakan rakan blogger kepekaan itu perlu selari dengan pengertian berblog zaman ini. Teknologi sudah semakin canggih, dulu pengunjung blog hanya dari kalangan orang yang kita kenal, dan menerusi capaian komputer desktop biasa.

Perlukah Bertukar dari Blogspot ke Wordpress?

Kata rakan blogger saya, jika mahu maju dalam dunia blog, mesti beralih dan bertukar platform. Beralih bermaksud dari adanya blog yang platform percuma, berpindah ke platform berbayar - nama domain sendiri (dot com atau dot my), hosting sendiri. Selalunya bila bercakap platform berbayar kepunyaan sendiri, pastilah berkait dengan Wordpress. Namun, tidak perlu terburu-buru kerana blogger blogspot seperti saya dan kebanyakkan pembaca blog ini mesti ada panduan blogger untuk bertukar ke wordpress.

Tak kiralah apa jua platform berblogging. Hebat mana sekalipun blogger itu dalam dunia blog, jika blog tidak boleh dijadikan satu platfrom memberikan kebaikan, apalah gunanya. Keberkatan menulis blog boleh dibuat dalam apa jua jenis platform blog, tak kiralah ianya dari blogspot mahupun wordpress.

Apa Blogger Baru Perlu Buat Sebagai Permulaan?

Blogger baru yang mahu dikenali di dalam dunia blog kena rajin mencari tapak sendiri. Apatah lagi bila bermula dengan blogspot seperti saya. Tak susah mana sebenarnya, boleh ikuti apa blogger baru perlu buat untuk permulaan sebagai cara paling mudah.
Keberkatan Menulis Blog

Saling Bantu Membantu Dengan Upaya Sendiri

Dalam dunia blog, anda boleh memilih untuk mempunyai network sendiri. Jalinkan hubungan yang baik, samada dengan blogger baru mahupun blogger lama. Masing-masing ada kelebihannya. Blogger yang dah lama tak perlulah merasa gah sangat, kena ingat bagaimana susahnya dulu nak bermula. Kena bantu blogger baru yang nak menapak walaupun secara tidak langsung. Jika ada kerjasama sesama blogger, masalah yang kadangkala rumit bagi sesetengah orang, in Sha Allah boleh diselesaikan dengan cara terbaik, dan blogger baru sentiasa menghargai; apatah lagi bila blog hadapi dugaan dan masalah seperti terkena malware dan 'virus'.

Keberkatan menulis blog perlu supaya apa yang dicapai seperti kejayaan itu boleh disyukuri walaupun ada kalanya nampak kelakar seperti blogger ini yang berjaya mendapat gelaran worst blog of the year 2012! Worst? Tetapi akibat adanya keberkatan itu, blogger ini tidak cepat memperlihatkan aspek negatif tetapi menerima dengan penuh rasa hormat.

Ketahuilah, adakala benda kecil boleh berikan impak cukup besar kepada orang lain. Bukan semua orang seperti kita - ada pengetahuan lebih, ada pengalaman lebih. Tak salah berkongsi walaupun benda yang pada fikiran kita nampak remeh temeh.

Remeh pada kita, tetapi pada blogger lain tidak macam kes spam sudah tukar jadi scam. Nampak kelakar, tetapi hakikatnya jika kita mahu blog berikan keberkatan, perkara kecil ini sebenarnya ada impak besar pada orang lain.


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Itulah yang menjadi point wan sepanjang menulis blog. Keberkatan.
    Wan sedar bahawa setiap yang ditulis itu menjadi fitnah merbahaya sekiranya tidak benar atau berkongsi sesuatu yang boleh memburukkan orang lain.
    Wan selalu belajar dan merujuk kepada orang yang sepatutnya untuk menjaga etika dalam keberkatan itu. Selebihnya wan akan berdoa supaya Allah lindung supaya terhindar dari sebarang perkara yang tidak benar. Risau juga kadang-kadang.

    BalasPadam
  2. Ya, benar Tuan. Anggap sajalah blog ini medan untuk kita kongsikan ilmu dan nasihat dengan orang ramai, niat kerana Allah. Nanti ada lah balasan yg baik dari Allah untuk kita. Amiin. Saya doakan Tuan berjaya.

    p/s : Saya mohon izin Tuan untuk backlink boleh? Hehehe, mahu menumpang tuah Tuan juga.

    BalasPadam
  3. Kalau niat kita baik, maka ganjarannya baik jugak la... Semoga keberkatan ini boleh kita perolehi.

    BalasPadam
  4. sentiasa istiqomah , semoga apa yang kita beri adalah sesuatu yang berguna.

    BalasPadam
  5. LeYa menulis dr hati. Berkongsi pengalaman hidup dlm blog. Dan baca komen2 membuatkan leya terhibur. Dari situ kite boleh releasekan tension. Keberkatab leya dlm menulis blog selama lebih 6thun ni..leya seronok n dpt byk ilmu

    BalasPadam
  6. bab yg ini aku setuju bro.. macam penulis baru seperti akak ni.. mentok akak selalu ingatkan.. menulis dari hati.. niat kerana mahu membatu orang lain.. muda-mudahan kita semua mendapat keberkatan darinya. kebaikan walaupun sebesar zarah besar nilainya di sisi Allah swt.

    BalasPadam
  7. Aaaaa... terima kasih sebab featurekan blog saya dalam entri ni, tak sangka ada jugak orang baca blog picisan tu, terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  8. Penulisan yang jujur dan ikhlas serta tidak menyinggung hati pembaca dan org lain adalah rahsia kejayaan blogging ni...

    BalasPadam
  9. pada mak jemah yang penting tulisan kita jangan sampai menimbulkan fitnah atau dengan tujuan nak menghentam orang dengan sengaja..lebih baik memberi sesuatu bentuk informasi daripada nak karang sesuatu yang boleh menimbulkan perkara negatif. tp saya suka blog HH dan suka nak datang berkunjng setiap hari sebab banyak info.

    BalasPadam
  10. Saya suka info dari blog Tuan HH ni. Teruskan memberi inspirasi kepada semua :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement