Langkau ke kandungan utama

Jiwa Kental Seorang Blogger

Jiwa kental seorang blogger. Benda ni memang perlu. Awal-awal berblog mungkin tak rasa sangat, tapi bila sudah mula dikenali segala ceruk, awas-awaslah. Bermula dari tahun 2010, apabila ramai blogger mula mendapat perhatian umum, maka bermulalah satu fenomena yang sebelum ini tak pernah berlaku.

Perhatian diberikan kepada blogger yang lantang bersuara menerusi blog masing-masing. Dan perkara ini bermula bila satu satu naik kes ke mahkamah berkaitan blogger. Walaupun yang terbabit itu blogger yang dalam niche politik, tempias tetap juga dirasai blogger lain.

Kecelaruan Dunia Blog Malaysia

Kes blogger caci maki blogger lain, kes blogger jatuhkan dan busukkan nama blogger lain. Kes hasad dengki, kes menyamar, kes penipuan identiti, kes berbalas-balas entri penuh imarah ... mula menjebak. Jika mulanya hanya berlaku dalam blog yang berpaksi parti politik, ia kemudian menular ke blog-blog personal. Manakala blog-blog informasi ... menjadi 'orang tengah' menghangatkan situasi.
Jiwa Kental Seorang Blogger

Saban waktu ada sahaja nama blogger naik di dada akhbar atas kes-kes yang boleh saya sifat memalukan. Paling ketara kes blogger yang muncul dengan blog papar kisah seks mereka. Memang terkejut satu Malaysia.

Blogger Popular Mula Jadi Bahan

Blogger-blogger popular mula jadi target individu tertentu. Kes gambar blogger dijadikan cover buku seks. Kes blogger diceraikan menerusi blog. Kes blogger sindir-sindir blogger lain ....fuh ... kes itu kes ini, jika nak disenaraikan, nampak macam dunia blog ni dah banyak benda negatif dah. Banyak isu tersebut jadi highlight blogger lain.

Dan saya, tak terkecuali dalam menjadi agen merencana cerita. Kesalahan yang sangat saya kesali. Atas kerana mahukan trafik, ada cerita yang boleh jadi sensasi saya paparkan di blog walaupun corak penulisan saya sudah disaring tapis agar tidak bawa aib yang boleh membinasa.
Jiwa Kental Seorang Blogger

Tapi manusia, ibarat permainan telefon rosak. A kata jong jeng .. B dok sebut jeng jong .. sampai ke pengetahuan C... udah jadi jong jong ... jadi camner? Yang kasihan adalah pengunjung dan pembaca yang terbawa rasa dan emosi.

Hati Kena Tenang Bila Menulis Entri

Saya dah pernah berkata berkali-kali di dalam entri blog ini, amatlah perlu bila mahu menulis sesuatu bilamana hati, perasaan, emosi dan akal berada di dalam keadaan stabil. Bila dok marah, dan menulis .. pasti sekali ia akan didorong oleh emosi melampau sehingga membolehkan iblis dan syaitan curahkan lagi pemangkin membara.

Manusia ini mudah terlanjur dan terbabas. Saya akui, dalam perjalanan saya menulis blog, ia memang berlaku. Walaupun ia tidaklah sekerap mana, tapi ia akan berlaku. Percayalah, jika tidak hari ini, esok lusa .. mungkin hati yang sudah lama bersabar meletup juga... dan blog yang menjadi medium mudah luah rasa akan jadi pengantarnya.

Bukan apa, jangan sampai satu masa ... masyarakat sudah pandang rendah pada blogger. Nak percaya ke tak nak, nak baca ke tak, apatah lagi benda-benda lain yang berkaitan dengan blogger yang memang kerjanya buat blog sepenuh masa.

Hoho ... penat blogger-blogger kurun dulu berusaha naikkan nama blogger di persana online, sehinggakan menjadikan blogger satu kerjaya. Tapi bila dah sesama blogger main tikam-tikam ni .. tak seronoklah rasa.

Kita ingat pada Tuhan. Cuba-cubalah kita istifar.

Bila dah berada di dalam dunia blog, maka kentalkan jiwa, kerana jiwa blogger perlu kental untuk hadapi segala dugaan dan kemungkinan.

Lihat atas dan lihat bawah. Hari ni kita top, esok ke tak top dah ... 


advertisement


Komen Pembaca ...

  1. betul sesangat tu..kalau dah ke lubang, memang takde dah update blog..:D

    BalasPadam
  2. Sebelum kita ke atas, kita dari bawah dulu.... hmm seronok jadi blogger picisan macam ni je... takde serabut nak fikir siapa nak dengki kat kita... siapa nak tulis blog tentang kita... yang penting happy :)

    BalasPadam
  3. Saya juga sedang belajar banyak untuk menjadi blogger.

    BalasPadam
  4. Terima Kasih. Peringatan yang sangat baik bagi Ani yang baru nak serious dalam berblogging. Terima Kasih :)

    BalasPadam
  5. Semoga Kita dijauhi perasaan hasad dengki... Amin.

    BalasPadam
  6. satu artikel yang menarik untuk dihadam... memang betul2 makan dalam...
    namun begitu...blogger juga manusia...tempat luahan perasaannya adalah blog...
    di sini rumahnya...di sinilah tempatnya mengungkapkan perasaan dan pandangannya...


    BalasPadam
    Balasan
    1. bila di jentik sudah pastilah dia akan terasa... sedangkan dia tak pernah jentik orang...

      itu satu contoh...

      Padam
    2. ada sesetengah blogger suka sangat mengutuk keji orang lain sejak dari zaman awal dia berblog sampai dah beranak pinak... hanya itu kerjanya...walhal orang lain itu tidak pun pernah kisah atau peduli tentang dirinya...

      namun dia suka pula mengusik orang lain... seperti dia adalah paling sempurna... paling hebat.. paling gah...

      mohon hasrul hassan tidak begitu...

      Padam
    3. lebih hairan lagi apabila dia di usik, dia tahu pula untuk melenting...cari populariti dengan jalan murah?

      tak ke mana...

      Padam
  7. selagi bernama manusia..masalah ini tetap akan ada punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak boleh tidak, kena juga terima hakikat bahawa akan ada masa, kita termakan pujuk rayu nafsu dan bisikan syaitan.

      Padam
  8. Pena umpama lidah setajam pedang apabila menghiris.

    BalasPadam
  9. Nak jadi blogger yang jiwa kental jugak,tapi perempuan jiwa tak kental sangat..kalau kena bahan.cepatlah rasa nak undur diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada je blogger wanita yang kekal maintain .. walaupun kena bahan ..

      Padam
  10. in sha Allah.. tulis yang baik-baik sahaja kerana blog juga merupakan platform untuk menjana pendapatan akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... tapi manusia, selalu lupa .... jadi kenalah sesama beringat dan beri ingatan.

      Padam
  11. Saya tak femes.. So tak rasa apa lagi... Koh koh

    BalasPadam
  12. Nak jadi blogger yang kekal ...keras, degil, teguh dan tak jemu2...ada lagi...?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …