Langkau ke kandungan utama

Isu The Independent Perpindahan Makam Nabi Muhammad S.A.W

Berat nanang isu ini. Beberapa hari lalu, tersebar kisah bahawa kerajaan Arab Saudi mahu memindahkan makam Nabi Muhammad S.A.W. Berita tersebut bermula dari satu laporan oleh sebuah akhbar antarabangsa iaitu The Independent.

Dari sumber Utusan Malaysia Online, pihak kerajaan Arab Saudi telah menafikan laporan tersebut dan menyatakan ia merupakan satu fitnah yang amat besar, yang boleh memecah-belahkan umat Islam di dunia. The Independent telah menulis bahawa kerajaan Arab Saudi bercadang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad S.A.W bersandarkan kepada satu pelan cadangan warga akademik Arab Saudi.

Pelan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W menurut apa yang dilaporkan oleh media barat The Independent, adalah disebabkan oleh binaan yang dibuat di sekitar makam Nabi S.A.W dibina oleh Syiah Muslim.

Isu The Independent Perpindahan Makam Nabi Muhammad S.A.W

Isu perpindahan makam Nabi Muhammad S.A.W

Pelan tersebut juga dicadangkan atas sebab (antara lainnya) untuk mengelakkan umat Islam dari melakukan perbuatan yang boleh disamakan dengan perbuatan syirik. Warga akademik Arab Saudi meihat bahawa kebanyakan umat Islam datang ke Madinah seolah memuja berlebihan akan makam Nabi Muhammad S.A.W, yang dikhuatiri boleh menjejaskan keimanan dan membawa kepada perbuatan pemujaan.

Dr Alawi, director of the Islamic Heritage Research Foundation, told The Independent: “People visit the chambers, which are the rooms where the Prophet’s family lived, and turn towards the burial chamber to pray.

"Now they want to prevent pilgrims from attending and venerating the tomb because they believe this is shirq, or idolatry. But the only way they can stop people visiting the Prophet is to get him out and into the cemetery." - The Independent

Cadangan atau pelan tersebut merupakan dokumen 61 muka surat yang mengandungi cadangan untuk memindahkan apa sahaja (berkaitan tubuh dan anggota badan) Nabi Muhammad S.A.W ke perkuburan al-Baqi yang berdekatan dengan Masjid Nabawi, tanpa diketahui dan tanpa nama.

Serius isu ini boleh menimbulkan ketegangan umat Islam seluruh dunia.

Saya tak boleh nak ulas apatah lagi nak berkata lebih mengenai isu ini, tetapi penting sebagai umat Islam mengetahui akan adanya cadangan ini. Biar mereka yang mahir selok-belok hal ini membincangkannya seandainya wujud kebenaran akan cadangan perpindahan makam Nabi Muhammad S.A.W.

Saya melihat dan menyedari ada pihak-pihak lain yang cuba menyelit di sebalik isu ini. Amat penting sekali umat Islam dewasa ini memahami lebih lagi mengenai Islam, dan bukan sekadar hanya soal ibadah sahaja.



Komen

  1. Klu arab saudi dah kata ini fitnah besar, apa agaknya maksud tersirat mereka? Kenapa disebut syiah? Ahli akademik, adakah mereka termasuk ulama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu ini wujud (pindah makam) disebabkan oleh adanya kekhuatiran golongan akademik bahawa orang warga marhein (biasa) yang tidak faham sehingga menjadikan makam Nabi sebagai tempat pemujaan.

      Ziarah tidak salah, tetapi bila memohon doa itu seolah meminta pada Nabi Muhammad S.A.W adalah salah sama sekali. Yang patut hanya kepada Allah S.W.T sahaja.

      Padam
  2. Setuju. serahkan pada Ilmuwan islam untuk kupas isu seperti ini

    BalasPadam
  3. Semoga ada kebaikan kepada Umat Islam.

    BalasPadam
  4. emm... bila nawaitu ke Makkah disalah-erti.. memang ramai taksub sangat memuja makam2 nabi... astaghfirullahalazim...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…