Impianku Seorang Blogger

Segmen dari Ben Ashaari. Sebuah segmen dengan tajuk Impianku Seorang Blogger. Saya sertai sebagai tanda persahabatan saya sekian lama dengan Ben Ashaari sejak 2010. Dan bagi saya, segmen ini cukup menarik untuk disertai, paling tidak untuk anda semua kenal siapa saya dalam dunia blog Malaysia, dan impian saya sebagai seorang blogger.

Ok. Sesiapa nak join segmen Ben Ashaari Impianku Seorang Blogger, boleh je meriahkan dengan klik banner di bawah. Dan jangan lupa, baca dan komen sikit mengenai blog post saya ni ehh .. penat je tulis .. hehehe... hoho .... itupun jika rasa nak kenal siapa sayalah, terutama buat blogger baru yang saya pasti ramai akan join segmen ini. Pasti!

Segmen Ben Ashaari - Impianku Seorang Blogger

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 dan seorang House Husband yang mencari rezeki dengan blog. Saya seorang suami beristeri satu dan mempunyai 3 orang cahayamata. Dulu saya seorang staff kontrak, kerja sebagai penyelidik di USM Kampus Kejuruteraan USM Transkerian. Tinggal di Nibong Tebal, tetapi lebih suka bercerita mengenai Parit Buntar yang banyak keunikan dan kelebihan. Cuba anda Google mengenai 'Keistimewaan Parit Buntar'.... :)

Blog Ini Tentang?

Berkaitan blog saya. Blog ini secara puratanya bercerita dan berkongsi tips mengenai panduan menulis blog, ada lebih 2000 entri yang saya tulis berkaitan tips blogging, panduan blogger, tips SEO, petua dapat trafik dan hampir 70 peratus mengenai bagaimana nak menjadi seorang blogger berjaya. Saya juga kongsikan beberapa cara, teknik, panduan untuk jana income menerusi blog. Percaya atau tidak, saya sudahpun capai impian jana income 4 angka sebulan hanya dengan berblog. Dan paling terbaik, jana income 4 angka hanya dalam masa seminggu sahaja!

Maka, jika fikir nak tahu selok belok mengenai cara buat blog terbaik, jana income online, mengenai SEO, mengenai blogspot .. maka dipersilakan dengan segala rasa rendah diri dari saya untuk geledah kandungan blog ini.
Impianku Seorang Blogger

Impianku Seorang Blogger

Apa impian saya sebagai seorang blogger?

Impian saya tidaklah tinggi menggunung. Cukuplah agar blog ini menjadi panduan berguna untuk semua blogger tak kira baru mahupun lama. Saya mahu ramai blogger terutama blogger baru berjaya dengan blog masing-masing. Saya mahu bantu dengan upaya yang ada terutama blogger blogspot agar mereka tidak ketinggalan, paling tidak merasa dapat trafik tinggi dan jana income pertama dengan blog.
Impianku Seorang Blogger
Handphone, iPad, tiket wayang, dapat melancong, masuk majalah, menang pelbagai kontest dan giveaway; alhamdulillah, atas rezeki dan izin Allah S.W.T; saya dah merasa semua tu. Impian saya untuk melonjakkan jenama blog ini menjadi antara 200 terbaik trafik Alexa di Malaysia juga tercapai. Impian untuk blog capai pageviews lebih 4 juta juga telah tercapai. Impian untuk menjadi penyumpan projek peringkat Malaysia juga dah pun tercapai.

Pada yang sudi baca entri ini dari awal sehingga habis, saya doakan segala kebaikan dan manfaat buat anda. Penting untuk berjaya di dalam dunia blog ialah ilmu, paling tidak ilmu asas dalam berblog. Kena tahu cara berblog yang betul supaya kelak ... anda boleh tersenyum gembira. In sha Allah.

Tips untuk berjaya di dalam dunia blog Malaysia - Ingat Allah, ingat agama dan ingat mati.
Tips untuk dapat rezeki menerusi blog - Amalkan sedekah.
Tips untuk blog dekat di hati - Semarakkan ilmu. 



{ 57 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof September 11, 2014
insyallah..amin...Moga blogger2 di Malaysia terus success...
nor nazliana nor nazliana September 11, 2014
perkongsian yang super best..insyaallah..amin
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah September 11, 2014
bestnye jd full time blogger hehe
irdina ilham irdina ilham September 11, 2014
penulisan yang sangat best.,,rasa tersentuh kt hati..
doa kan kami semua agar terus menulis....
in sya Allah..tiba-tiba rasa berkobar-kobar nak menulis
farhana mohamad farhana mohamad September 11, 2014
amin.
bro HH antara blogger2 otai yang sy respect.
masih jauh perjalanan sy kalau nak jadi macam bro HH.
doakan sy juga. :)
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah September 11, 2014
Untuk apa yang dihajati oleh bro HH, amiiinnn wan ucapkan.
Semoga berjaya dalam berblog yer.
Berbaloi sudah apa yang bro HH usahakan selama ini walaupun adakalanya hasilnya tidaklah selaju air paip yang mengalir. Apapun, pengalaman bro HH tu yang tidak ternilai hasilnya.
permatabiru permatabiru September 11, 2014
sy suka singgah sini entry yg mmg byk info tq HH..good luck
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid September 11, 2014
terima kasih singgah blog mama! blog ni dah ternyata hebat, tidak dinafikan lagi... :)
Rosniena Rosniena September 11, 2014
banyak nak kena belajar dari abg hasrul ni
salim harmanain salim harmanain September 11, 2014
moga tercapai impian bro HH. :)
Yan Ty Yan Ty September 11, 2014
Hi Pakcik HH!

Boleh kenal? HAHAHA
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 11, 2014
Haha..Taiko dah tunjuk bunga dah. Terima kasih sifu HH. boleh jadi geng kita macam ni..hehe :-) Selamat maju jaya..
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ September 11, 2014
InsyaAllah.. ena always support abg HH.. ena doakan suatu hari nanti boleh jadi macam abang HH.. ehhhhh
Hanim Hashim Hanim Hashim September 11, 2014
Full time blogger perlukan komitmen yang tinggi, moga abg HH sentiasa diberikan semangat dan kesihatan yang baik untuk terus menyumbang pada komuniti blogger :)

http://rusukiri.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
najla mohayidin najla mohayidin September 11, 2014
terima kasih HH. sudi menerima kedatangan blogger yg tak aktif mcm saya. huhu
Azura Aziz Azura Aziz September 11, 2014
Amin... blog en Hasrul byk sy jadikan panduan utk menjadikan blog sy lebih berjaya... terima kasih di atas tunjuk ajar dan tips yg dikongsikan di blog ;)
Yatie Fizzy Yatie Fizzy September 11, 2014
semoga terus success dalam dunia blogging .... jika satu hari nanti saya bisa menjadi seperti abg HH .. perhaps ;)
Baiebaayah Baiebaayah September 11, 2014
Tahniah atas impian yang telah tercapai. Saya pun teringin nak jana income dari blog. Teruskan menyampaikan informasi berguna terutama untuk blogger baru macam saya.
nurulwahidah nurulwahidah September 11, 2014
Tahniah..tq ats ilmu yg diberikn dlm blog ni..
Semoga lbh berjaya dimasa akn dtg..
Akmall Razlan Akmall Razlan September 11, 2014
wah hebatnya!!!! tahniah,, nak jadi macam encik jugak lah...
Cik Fafa Cik Fafa September 11, 2014
terima kasih atas perkongsian tips berblog. banyak berguna untuk saya.
ros_reeza ros_reeza September 11, 2014
Baru perasan yang Ros belum follow blog ni.. ok, sekarang dah follow.. sukanya baca kisah kejayaan En Hasrul.. moga terus maju.. Bagusnya berkongsi ilmu dengan blogger yang lain.. terima kasih yer :)

http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz September 11, 2014
Semoga Bro HH terus maju dan berjaya ... InsyaAllah ...Always Support !!!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
In Sha Allah, mari sama-sama berusaha ke arah itu. Dah lama yang skeptikal dengan kerja blogger ni. Ada orang masih lagi anggap blogger ni suka buat citer fitnah dan gossip je.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
Terima kasih Farhana, Terharu dengan apa yang Farhana komen. In Sha Allah, tiba masa .. Farhana akan ambil alih pula dunia blog ni.
Anizz Annisa Anizz Annisa September 11, 2014
semoga terus maju jaya.. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
Alhamdulilah. Mama Hasniza pun boleh jadi hebat juga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
Nak singgit ke nih? Meh datang umah .. jangan segan lak.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 11, 2014
Terima kasih Hanim, mudah-mudahan. Doa dari rakan-rakan memang saya perlukan.
Zee Suhaini Zee Suhaini September 11, 2014
tips yang sangat berguna..memang kena gali banyak dari sini..tengs
Erra Kyra Erra Kyra September 11, 2014
salam kenal dari segmen..follow you yeahh!^^
http://www.errakyra.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impianku-seorang.html
Fuza Musa Fuza Musa September 11, 2014
1st time kat sini.
semoga banyak lagi dapat di manfaatkan. InshaAllah

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal September 11, 2014
Assalammualaikum... datang daripada segmen yang sama, suka dapat berkenalan dengan anda : Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

mselim3
ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH September 12, 2014
Assalam,
salam perkenalan..
saya blogger baru..
jemput singgah yer :
http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
kamil salleh kamil salleh September 12, 2014
Wow... hebat blogger kita sorang ini. Semuanya sudah beliau kecapi. Beliau ni boleh buat ikon untuk kita semua.
acik watie acik watie September 12, 2014
Selama ini Acik jadi silent reader kepada blog HH ni.alhamdulillah...ada sebab untuk Acik rapat dengan penulis. Selamat berkenalan.

http://acikwatie.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid September 12, 2014
abang hh farah datang singgah dari segmen yang sama
deno deno September 12, 2014
jalan jalan

www.dayangdeno.com
alin alin September 12, 2014
semoga sukses sebagai blogger.. Salam kenal dari alin :)

http://alindanblog.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
Bimbingan Belajar29 Bimbingan Belajar29 September 13, 2014
Salam ukhwah fillah
Ade singgah melawat...
Semoga semakin sukses n salam kenal....

http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
AyuInsYiraH AyuInsYiraH September 17, 2014
ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu ye... boleh nanti follow sekali blog ayu...tq..

semoga impian awak tercapai...

http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Terima kasih, in Sha Allah. Doakan yang terbaik buat saya dan keluarga. Moga Allah berkati apa yang saya lakukan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Hmm memang best, paling best sbb nampak anak-anak membesar depan mata.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Ok. No problem. Agak2 blur, tanya saya di FB atau wasap saya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Tak perlu jadi seperti diri saya, sbb saya tak punyai apa2 pun. Jadilah diri sendiri sbb diri sendiri ada banyakkkkkk benda orang lain tak ada. Pasti. Allah itu mencipta dengan kelebihan yang diberikan pada setiap insan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
In Sha Allah, saya juga dulu impikan nak jadi seperti blogger A .. blogger B ... yang penting kena usaha sendiri dan bantu orang lain berjaya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
in Sha Allah. Hanya doa dari anda semua boleh realisasikan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 20, 2014
Terima kasih kerana sudi singgah blog yang tidak seberapanya ini.
Eyma Balkish Eyma Balkish September 22, 2014
Tak jemu-jemu saya masuk ke blog ini. Pelbagai ilmu dan maklumat yang diperolehi. Jadi tidak hairanlah mengapa blog ini berjaya mencapai pendapatan yang tinggi. Tahniah diucapkan pada Encik Hasrul Hassan. Semoga terus berjaya dimasa akan datang. Amin..
Frau Lisa Frau Lisa October 13, 2014
Salam perkenalan..sy pun sedang bertatih utk menjadi seorang blogger walaupun terdengar bunyi2 cengkerik diluar sana. Semoga terus berjaya n terima kasih kerana share ilmu. Tunjuk ajarku sifu:)
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 25, 2014
bukan semua blogger buat crita fitnah,,, yang buat tu hanya nk populariti jer,, tp sy tgok blog abg HH mmg tkde bnda2 mcm tu, good ! - kedaionlinemy.com
fadhil eda fadhil eda December 26, 2014
singgah sini

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.