Sebelum ini, saya ada menyatakan bagaimana menggunakan pendekatan metafora dalam menulis entri. Penulisan dengan ayat2 metafora juga sesuai untuk membuat entri bersifat nasihat dan teguran. Ia tidak direct, lebih santai, lebih lembut. Tapi tak semua menggemari cara berkenaan.

Jika anda perasan, kebanyakkan dari kita - pembaca2 blog lebih tertarik dengan tajuk entri panas, yang ada aura negatif, kisah2 buruk .. benda ni memang selalu dan sering dipraktikkan dalam blog-blog yang ada cerita sensasi lagi panas. Tidak dinafikan.

Cara Tulis Entri Teknik Psikologi Terbalik

Cara Tulis Entri Teknik Psikologi Terbalik
Psikologi Terbalik? Benda apakah itu? Psikologi Terbalik atau dalam bahasa inggerisnya - Reverse Psychology. Dek kerana hati tertanya-tanya apakah maksud sebenar di sebalik tajuk, mereka akan klik. Cara ini secara naturalnya akan memikat pembaca, malah hampir semua pembaca. Dan cara ini terbukti boleh memberikan trafik yang mendadak ke blog. Tak percaya ...anda cubalah buat entri sepertinya.

Tapi awas ... ada awasnya bila nak tulis cara ni.

Secara sejarahnya, psikologi terbalik (reverse psychology) ini digunakan pertama kali oleh dua rakan karib iaitu Adorno dan Horkheimer tahun 1970-an. Ianya merupakan satu teori yang mengatakan pada orang lain sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ingin mereka lakukan atau percaya. Teori ini mempercayai bahwa orang akan memberi respon berlawanan atau berkebalikan dari perintah yang diberikan kepada mereka.

Selalunya pendekatan ini dibuat kepada kanak-kanak, ia salah satu cara buat kanak-kanak memahami sebab dan akibat sesuatu perbuatan salah yang mereka lakukan.

Sahkah Dari Segi Moral?

Namun timbul juga persoalan samada pendekatan ini sah dari segi moralnya. Ada pendebatannya, kerana ahli-ahli yang berdebat ini risau dan khuatir pendekatan seperti ini boleh silap dimanipulasi oleh mereka yang lainnya, tambahan lagi pendekatan ini disifatkan sebagai kadangkala mengelirukan, ia boleh menyesatkan seandainya tersalah langkah.

Dalam membuat entri yang berbentuk begini, adalah penting adanya entri counter atau entri backup untuk menerangkan tujuan sebenar. Sebabnya entri2 sebegini perlukan penjelasan jitu yang boleh memadamkan atau melengkapkan maksud sebenar yang cuba disampaikan.

Teknik Padam Api

Dari pengalaman saya sebagai salah seorang yang pernah belajar mengenai api .... dalam teknik memadamkan kebakaran contohnya, tak semestinya anda memadamkan api dengan air atau bahan pemadam api yang lain. Katakan ada satu kebakaran berlaku di tempat A, untuk elakkan ia lebih memberikan lebih kemusnahan, anda ujudkan api di tempat lain agar api di tempat A itu dapat beralih. Ohhh ini mungkin contoh yang tak berapa bagus. Motifnya agar bahan bakar habis - oksigen.

Alamak .. saya tak dapat nak fikirkan contoh yang tepat. Anda mungkin?

Tetapi sebagai kesimpulannya, anda boleh sahaja menggunakan pendekatan ini dalam penulisan entri berbentuk nasihat dan bertujuan menegur, namun perlu pastikan anda tidak terlalu beremosi, dan pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan. Jangan buat orang lain terlalu buruk sangka dengan anda, sebab bila anda undang perkara begini, anda seolah membolehkan perkara lain - iaitu fitnah singgah tanpa anda sedar. Bila anda sendiri penyebab fitnah kepada diri anda .... maka jangan nanti anda terpekik mengatakan ia adalah tidak benar.

Bahaya Tapi ...

Sungguh bahaya, namun dalam satu aspek lain, jika anda bijak, ia pasti akan menjadi entri yang akan dikenang sampai bila-bila .... dan tentunya apa yang anda ingin sampaikan dah pun sampai, baik buat mereka yang bersetuju mahupun tidak dengan pendapat anda.

Semoga bermanfaat.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam HH,
    Ini antara entri paling menarik yg saudara ketengahkan. Satu teknik yang jarang2 dipraktikkan dan rasanya ramai blogger tidak mengetahuinya. Rasanya juga, ianya suka diguna pakai oleh Bro Titan. Ianya memang berjaya menarik perhatian kerana mengundang rasa ingin tahu yg tinggi kerana berbeza dari kebiasaan.

    Lihatlah tajuk entri beliau : 7 Sebab Aku Tak Nak Joint Tone Excel. Orang semua suka bisnes ni dan sibuk promosi tapi beliau sebaliknya... Artikel itu tidak sedikit pun menunjukkan keburukan Tone Excel tapi sebaliknya beliau hanya nak menyatakan; kenapa nak lakukan perkara yg kita tahu itu kelemahan kita, bukankah lebih baik kita fokus kpd perkara yang menjadi kekuatan kpd kita.

    Thanks krn berkongsi ilmu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlupa pula nak bagi tahu,
      Teknik ini juga akan memberi kesan yang buruk berikutan salah faham dan kurangnya penelitian terhadap keseluruhan artikel oleh pembaca. Seperti juga entri Bro Titan tersebut yang telah diserang bertubi2 sehingga terpaksa beliau menerbitkan entri untuk menangkis serangan tersebut!

      Oleh itu teknik ini memang bahaya jika disalah tafsir tetapi sebaliknya ia juga dapat memberi maksud yg jelas dan tepat kepada yang memahaminya.

      Padam
    2. Nak guna teknik ni memang kena kuatkan hati dan jiwa. ramai yang tak tau dan tak faham cara kerja blogger

      Padam
  2. Reverse Psychology? Dah lama tak dengo perkataan ni...tapi idea yang diberikan di atas oleh tuan admin adalah sungguh bernas..InsyaAllah akan dipraktikkan nanti...terima kasih sifu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement