Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

Tahniah kepada rakan blogger yang ambil langkah mendaftar dengan Advertorial.MY. Saya percaya ramai blogger mahu dapatkan peluang untuk menulis advertorial, mahu mendapat peluang job reviews. Job reviews bagus untuk dijadikan sumber income blog, kerana ia berkaitan minat blogger yang memang suka menulis sesuatu.

Menulis sebuah entri advertorial atau buat job reviews bukannya mudah. Banyak aspek kena fikirkan kerana ia melibatkan kepuasan pelanggan, iaitu orang atau organisasi yang memberikan tugasan review kepada anda. Mereka perlu rasa berbaloi dengan nilai yang mereka bayar pada job reviews yang diberikan.

Dalam menulis sebuah entri berbentuk advertorial, apa yang perlu anda tulis mestilah berdasarkan pandangan dan pendapat peribadi anda, seandainya pelanggan mahukan sesuatu aspek tertentu ditambah di dalam penulisan, anda kena pastikan apa yang anda tulis bukan sekadar menurut kehendak mereka semata, perlu ada sentuhan peribadi yang menunjukkan bahawa entri itu ditulis berdasarkan amatan dan apa yang anda fikirkan.
Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

Tips Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

Baiklah, saya cuba berikan sedikit tips tentang cara menulis sebuah entri advertorial yang baik. Anda boleh jadikan ia satu panduan apabila menerima tawaran job review menerusi Advertorial.MY.

Guna Gaya Bahasa Sendiri

Tulis mengikut gaya bahasa anda, walaupun pengiklan sudah tetapkan sekian sekian perkara yang perlu dimasukkan di dalam entri tersebut, pastikan anda tidak nampak seperti pembaca berita yang baca skrip depan kamera (pembaca berita pun ada lenggok bahasa sendiri).

Cuba elakkan ubahan pada gaya bahasa anda. Jika sebelum ini anda tulis guna kata ganti diri 'aku' maka gunakan 'aku'; jangan tetiba jadi saya. Jika sebelum ini memang menulis secara santai, maka teruskan dengan gaya santai tersebut. Jika fikir anda perlu skema sikit dalam penulisan, cuba selitkan dalam perenggan lain ayat-ayat anda yang imbangkan ayat-atau perenggan yang nampak seperti template entri daripada pelanggan. Cuba anda lihat contoh yang saya buat ini - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang - Kempen Be Brave

Mesti Ada Gambar

Sebuah post advertorial yang baik perlukan gambar. Dan gambar tersebut mestilah relevan dengan tajuk, kandungan dan tujuan review itu ditulis. Selalunya job review yang melibatkan pemakanan, event, percutian, produk dan servis, mesti nak kena ada gambar yang tunjukkan bahawa anda melibatkan diri secara benar dalam penulisan review tersebut.

Contoh seperti anda review mengenai servis sebuah portal yang sediakan lokasi dan tempat untuk mendapatkan burger bakar dan juga nasi Arab; maka kena ada gambar portal atau laman web tersebut, kena ada gambar burger bakar, dan kena ada nasi Arab yang nampak sedap. Bukan sekadar gambar yang lepaskan Batok di tangga sahaja. Carilah gambar atau dapatkan gambar tersebut daripada pengiklan, saya pasti mereka pasti akan berikan gambar terbaik untuk bantu hasilkan sebuah job review yang bagus. Cuba lihat contoh ini - Saji.MY Portal Mudahkan Cari Burger Bakar dan Nasi Arab Sedap

Nyatakan Ia Sebuah Entri Advertorial

Ramai blogger Malaysia tak buat cara ini. Mungkin kerana mahu nampakkan bahawa entri tersebut adalah entri pengalaman sebenar. Namun tidak salah anda meletakkan sedikit pemberitahuan di hujung entri menyatakan bahawa ia merupakan satu entri advertorial.

Ia bukan sekadar beritahu kepada pengunjung blog anda; tetapi ia juga memberikan peluang untuk anda dapatkan lagi job reviews. Manalah tahu ada usahawan atau syarikat yang nak dapatkan servis anda menulis advertorial, mungkin akan rujuk entri-entri tersebut. Dan pengunjung yang mungkin usahawan yang berduit nampak anda ada skill menulis sebuah entri review yang bagus jika mereka tahu ia merupakan sebuah advertorial yang anda tulis sendiri.
Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
Oh ya, jangan lupa untuk labelkan entri anda dengan advertorial, supaya mudah untuk anda rujuk kemudian, manalah tahu kot-kot apa yang anda review tu nanti salah di sisi undang-undang, mudahlah anda nak buang... ye tak? Contohnya seperti anda review produk makanan kesihatan, tup tap .. ia merupakan produk makanan yang ada sumber terlarang ... hoho .. takkan nak terus biarkan dalam blog, naya je nanti kena cekup dan masuk dalam lokap sebab promosi benda salah.

Letak Link Pada Sumber

Sebuah entri advertorial yang bagus kenalah bagi backlink kepada sumber. Jika anda menulis job reviews, anda mesti bertindak untuk nyatakan sumber anda. Tulis penulisan berbentuk begini perlukan fakta, jadi hati-hati, jangan silap tulis .... kerana ia bukan sahaja berikan impak buruk pada anda, malah terhadap pengiklan yang berikan job reviews itu.

Nyatakan laman web pengiklan, jika ada nombor contact lagi bagus. Ada gambar tuan punya bisnes lagi- lagilah bagus. Dengan kata lain, pastikan entri advertorial itu memberikan maklumat mengenai pengiklan.

Buat Research

Benda ni sebetulnya dibuat sebelum anda kata setuju dengan pengiklan yang berikan job review. Bukan apa, anda kena tahu apa yang akan anda tulis sebelum anda setuju untuk menulis. Anda kena lihat dan baca sumber-sumber tentang servis dan produk yang dinyatakan. Anda kena ingat, bukan semua produk dan servis itu bagus. Silap cerita di dalam blog, nanti kena tempias pada anda.

Buat kajian, buat semakan. Jangan kerana mahu dapatkan job review yang membayar cukup lumayan, anda lupa bahawa ramai yang dah terkena dan jadi mangsa.

Berhubungan Dengan Pengiklan

Menjadi tanggungjawab anda untuk bertanya kepada pengiklan, apa yang mereka mahukan di dalam penulisan anda. Kena tanya setiap aspek, kena berhubung dengan pengiklan. Lagi smart kalau anda jalinkan satu persahabatan dengan pengiklan tersebut.
Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
Ini adalah pengalaman saya. Saya dapat job reviews, saya berhubungan dan tanya segala kehendak. Saya berikan kelebihan untuk mereka lihat dan baca hasil job review yang telah dibuat, jika ada penambahan atau pembetulan, lakukan segera. Elakkan bertangguh kerana ia akan beri kesan kepada mereka yang bayar anda sehingga RM500 hanya untuk berikan review kepada servis dan produk mereka.

In Sha Allah, anda akan terkejut bila esok lusa mereka cari anda lagi, jika bukan untuk tulis review pun pasti akan kembali untuk dapatkan servis yang lain - contohnya sewa tapak iklan banner, buat banner untuk produk, jadi affiliate produk eksklusif dan macam-macam lain. Mungkin anda akan dijemput oleh mereka untuk promosikan blog anda di kalangan rakan niaga mereka yang lain!
Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
Semoga entri ini beri manfaat kepada blogger yang ingin jana income menerusi job reviews yang kini sudah terbentang luas bila daftar dengan Advertorial.MY. Jika anda seorang blogger, mahu dapat peluang job review dan dibayar sehingga RM100-300 untuk satu post (malah leh dapat sehingga RM500 satu post) maka pastikan blog anda telah mendaftar dengan Advertorial.MY.











{ 19 comments.. read them below or add one }

Ali Wowberita Ali Wowberita September 28, 2014
terima kasih kerana sudi berkongsi tips ini. :)
blogger lelaki blogger lelaki September 28, 2014
nak menulis advertorial ni pun nak kena ada skill..tips terbaik bro kongsikan
Hairul Azni Hairul Azni September 28, 2014
Tips yang baik bro Hasrul..terima kasih..
Yumida Huda Yumida Huda September 28, 2014
tips yg terbaik utk tulis advertorial. thanks berkongsi dgn kami
sha dhira sha dhira September 28, 2014
ini memang tips yang terbaik, sepatah pun tak miss baca.. terima kasih share bro Hasrul.. :D
JAWATAN KOSONG TERKINI JAWATAN KOSONG TERKINI September 28, 2014
Em...terima kasih di atas info diberikan...saya pun dah dapat advertorial ni tapi masih tak tahu nak buat camane...InsyaAllah saya akan cuba praktikkan sambil belajar tips2 advertorial yang tuan berikan...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2014
Sama-sama. Semoga ramai blogger Malaysia dapat kesempatan jana income menerusi advertorial.my ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2014
Sama-sama. Saya harap dengan apa yang saya tulis ini boleh berikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada blogger bagaimana nak tulis sebuah job review yang bagus.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2014
Terima kasih kerana saban hari singgah dan baca blog saya ni ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 28, 2014
Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana sudi baca ... dan terima kasih kerana sudi like entri ni.
Khir Khalid Khir Khalid September 28, 2014
In shaa Allah, akan sentiasa menitikberatkan perkara2 tersebut. T kasih atas nasihat HH.
sabree hussin sabree hussin September 28, 2014
Panjang jugak sesi berbalas balas emel sebelum persetujuan untuk terima job dicapai ya
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 29, 2014
tips yang berguna... sha ingat kena guna bahasa skema.... memang tak pandai sopan santun sangat dalam penulisah blog ni... hihi
Zayani Zulkiffli Zayani Zulkiffli September 29, 2014
Aah kan. Betul jugak tu. Lepas ni kene letak 'Advertorial post' kat bawah entry :D
Ismail Ahmad Ismail Ahmad October 02, 2014
terima kasih bro.. bagus sekali kupasan pasal advertorial ni.. mungkin satu hari nanti boleh ikut jejak langkah bro dalam menulis blog..
Julia Johari Julia Johari April 03, 2015
Terima kasih Encik HH, sebelum saya baca entri ini saya sudah aplikasikan perkara yang sama seperti encik uar-uarkan didalam blog...alhamdulilah, terima kasih bro berkongsi isu ini. Semoga murah rezeki kita semua
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 03, 2015
Alhamdulillah, terima kasih kerana ambil ilmu panduan blogger dan dipraktiikkan .. terima kasih pada Julia yang terus menyokong dan baca blog bro ini .. :)
Junaidy Jaimi Junaidy Jaimi July 28, 2015
kebanyakan enrti yang Jj google, pastikan akan terserempak dengan blog tuan HH..terima kasih kerana banyak ilmu yang dikongsikan..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.