Salah satu teknik baru iaitu kongsi status Facebook di blog, ramai yang mungkin tak berapa tahu ianya boleh dibuat dan bantu naikkan jumlah like Facebook Fanpage mahupun like status di wall FB. Maka, dengan sedikit pengetahuan ini, saya berikan panduan cara-cara untuk kongsi status Facebook di blog. Mudah je, hanya ikuti langkah demi langkah yang diberikan.

Cara kongsi status Facebook di dalam entri blog adalah salah satu teknik yang boleh anda cuba untuk dapatkan Like Facebook, samada untuk Fanpage mahupun untuk status di dinding FB. Ia bukan sahaja akan meningkatkan jumlah Talking-About-This (TAT) untuk Fanpage tetapi juga satu teknik yang boleh menambah bilangan follower di Facebook.

Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog

Pertama sekali, anda perlu pilih mana-mana satu status Facebook samada di dinding personal mahupun di Fanpage untuk melakukannya. Lihat contoh yang saya berikan di bawah ini.
Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog
Dah pilih mana yang sesuai untuk diketengahkan, klik bahagian atas hujung seperti di atas, dan pilih Embed Post. Anda akan diberikan kod HTML seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog

Salin kod HTML tersebut dan kemudian letakkan di dalam entri blog yang mahu anda terbitkan, seperti yang saya tunnjukkan di bawah ini:
Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog
Kemudian, terus save dan publish entri anda. Hasilnya akan jadi seperti di bawah ini.



Jadi bagaimana? Kelihatan menarik tak? Ia akan mempelbagaikan cara anda menyampaikan sesuatu di dalam blog anda. Tidaklah pengunjung nampak boring je tak .. hoho ...

Ok. Selamat mencuba.

p.s: Barang saya pesan dari Lazada Malaysia baru sampai, boleh jenguk kat Google Plus milik saya, apa barang saya beli ... 


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

20 Komen

menarik sangat..tak pernah lagi mencuba atau mengetahui cara tu HH...next boleh try..

Reply

Terima kasih untuk tips ni bro..boleh cuba nanti..

Reply

Terima kasih HH. Tips dan panduan yang boleh diguna pakai..:)

Reply

Bestnya ilmu bari ni..selalu saya copy paste ayat dr fb@fanpage je..terima kasih berkongsi👍

Reply

memang best entri ni. panduan yang lengkap ;)

Reply

Oh.status dlm blog tu boleh di like ye?

Reply

Ya, silakan mencuba ... :) saya dah lama guna benda ni dalam penulisan di blog.

Reply

Ya, memang boleh. :) boleh komen pun rasanya.

Reply

Tak jumpa perkataan embed post pun...

Reply

hurm HH nak tanya, macam mana nak copy video di fanpage atau personal acebook & kemudian publish di fanpage sendiri tanpa backlink ke original fanpage?

Reply

dah laam tau ada embed tu..tapi tak pernah terfikir unutk masukkan dalam entry blog

Reply

wah..info baru untuk saya. terima kasih kerana berkongsi ya =)

Reply

Saya masih ingat lagi awal-awal dulu, merata-rata saya cari cara macam mana nak masukkan status fb masuk ke blog selain guna kaedah printscreen

Reply

Pembelajaran dengan sifu Hasrul sgt senang difahami...Sy dah banyak belajar dari Tuan Admin ni...moga Allah merahmatimu tuan admin..

Reply

Thanks. Sebelum ni terfikir jugak macam mana nak buat macam ni Tuan. Hee

Reply

thanks tips yang menarik. nak cuba lah nanti,hihi =D

Reply

Rasa susahlah kena buat secara manual setiap kali buat entri. Tetapi ini juga nampak menarik. TQ bro...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.