Langkau ke kandungan utama

Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

Ramai blogger yang masih lagi tak tahu cara dan teknik untuk ajak orang baca entri blog, tanpa memerlukan ping sana sini, terutama di laman sosial seperti Facebook Group. Jika anda seorang pengikut setia blog ini, dan membaca blog ini secara konsisten, saya ada berikan tips ini untuk dipraktikkan. Tapi, tak mengapalah, mungkin ada yang terlepas pandang.

Bagaimana nak ajak orang baca entri blog anda tanpa susah payah nak ping sana sini? Ok, ada beberapa cara dan kaedah, yang berbahagi kategori, tapi biarlah saya ceritakan secara umum.
Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

Tajuk Memikat, Entri SEO

Ok, cara yang pertama ialah gabungan dua kaedah, iaitu teknik menulis tajuk entri memikat dan juga teknik menulis entri SEO. Anda perlu tahu bagaimana nak memilih tajuk yang sesuai dengan entri anda. Bagi menghasilkan sebuah entri yang bagus, dan pada masa yang sama patuh SEO (Search Engine Optimization), anda perlu menulis sebuah entri yang punyai kata-kata kunci power yang boleh memikat pengunjung.

Dalam teknik SEO, tajuk entri memang sangat penting, sama penting dengan cara kita menulis entri. Tajuk mesti power, dan entri pula mesti berkualiti. Anda tidak boleh harapkan setakat tajuk sebab kalau tidak ada kandungan yang baik, esok lusa anda akan kehilangan pembaca blog anda.

Like Entri Sendri

Ramai blogger Malaysia tak buat benda ni. Mereka harapkan orang lain untuk like entri yang ditulis dan diterbitkan, walhal mereka sendiri tak buat. Jadi, perlu untuk anda selepas terbitkan entri blog, sila Like entri anda sendiri. Jika anda pun dah tak suka, bagaimana nak harapkan orang lain?

Cara ini tidak libatkan anda kongsikan entri tersebut di group Facebook atau nak kena ping sana-sini, cukup anda like, in Sha Allah, dengan teknik tajuk memikat yang saya katakan di awal tadi, akan ada orang baca blog dan entri yang anda telah like itu. Nak bagi lebih umppphh .... buat ayat tambahan lain selain tajuk entri semasa anda like entri anda (selalunya akan muncul satu pop up skrin dinding Facebook anda).


Bloglist

Ambil peluang untuk masukkan blog anda di dalam bloglist orang lain. Ini merupakan teknik lama yang saya sendiri masih gunakan, dan ia memberikan trafik yang cukup baik untuk blog ini. Bila anda sudah dapat peluang untuk berada di dalam bloglist orang lain, gunakan teknik menulis tajuk memikat supaya tajuk entri blog anda diklik dari bloglist tersebut.

Tinggalkan Komen Pada Blog Yang Ada Sistem CommentLuv

Cara ini banyak saya gunakan ketika blogwalking ke blog-blog blogger profesional yang gunakan platform WordPress, serius memang menjadi. Saya banyak dapat trafik dari blog Denaihati.com yang ada sistem ini, dan kadangkala dapat trafik dari blog seperti MelastikBintang.com, Shakiddo.com, HazmanFadzil.com dan ramai lagi. Anda perlu rajin sedikit untuk dapatkan trafik cara ini. Rajin komen blog mereka, in Sha Allah akan dapat trafik ke blog tanpa perlu nak ping sana sini.

Anda boleh lihat contoh yang diberikan di bawah ini, salah satu komen saya tinggalkan di blog Shakiddo.com, penggunaan sistem CommentLuv digunakan.
Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping


Ok, rasanya cukup untuk anda hadam teknik dan cara dapat trafik ke blog tanpa ping yang saya fikir mudah untuk dipraktikkan. Mahirkan diri perlahan-lahan, jangan cuba paksa diri .... sebab bila paksa ni, mudah sangat diri rasa kecewa.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. tips yang berguna... terima kasih abg hasrul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, jika mencuba menjadi, saya ucapkan tahniah .. :)

      Padam
  2. Tips yang sangat awesome.. Semoga terus maju.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ... sha dhira pun boleh maju juga.

      Padam
  3. tips penting hujung entri, jangan paksa diri nanti kecewa

    BalasPadam
  4. Sistem CommentLuv ni kan sifu ada kat wordpress je ke? blogspot xleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogspot boleh, tapi kena guna cara lain, kena guna intensedebate, saya ada ceritakan dalam blog ni .. boleh cuba search

      Padam
  5. Terima kasih tuan di atas perkongsian yang menarik dan sgt penting bagi blogger beginner seperti saya...nape tuan tak letak commentluv..?

    BalasPadam
  6. Like sendiri entri. Sebelum ni rasa macam pelik je nak like sendiri. Pas ni nak cuba. Betul jugakan kalau bukan kita sendiri yng like siapa lagi...

    BalasPadam
  7. bgs lah HH ni..blog dipenuhi dgn tips2 jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana yang tetiba terlintas di kepala, saya kongsikan ... mana yang dah kena peram tu .. memang susah nak keluarkan. Almaklumlah dah tua.

      Padam
  8. terima kasih banyak tuan..sangat membantu newbies seperti saya. ^_^

    BalasPadam
  9. untuk pertama kalinya komen blog HH. terima kasih. tips yang sangat berguna :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog ini ....

      Padam
  10. Thanks for da tips Mr. HH :)

    BalasPadam
  11. Jika inginkan tips berkenaan blog, Jm mesti akan tjah sini cari ilmu. So hari ni dpt satu then nk apply lah, thanks bro HH :-)

    BalasPadam
  12. wahhh cara alternative yang berkesan ^_^

    BalasPadam
  13. Saya bookmark blog HH sebab saya byk 'curi' ilmu kat sini..terima kasih HH..halalkan ye...banyak belajar tips blogging dari sini..

    BalasPadam
  14. terima kasih atas perkongsian tips ni abg HH :)

    BalasPadam
  15. Ada gak like entri sendiri. Lepas tu suruh member2 like dan share. Haha

    BalasPadam
  16. Perasan gak teknik yg bro share ni...tapi jarang praktik.. malas sgt gamaknye..hehehe

    BalasPadam
  17. Padan muka kau Fauzi Blues..siapa suruh kau malas...hahaha

    Taiko SEO dah share teknik yg proven..elok kita praktikkan je..insyaAllah meletup la tu nanti

    BalasPadam
  18. Kesemua cara ini saya turut gunakan :-) alhamdulilah memang tak perlu susah payah nak ping entri susah susah sana sini

    BalasPadam
  19. wah patut di coba... bermanfaat banget nih tips nya...

    BalasPadam
  20. bro hh, kalau like post sendri nnt dikatakan syok sendiri.
    tapi benda yang remeh ni yg selalu diabaikan

    BalasPadam
  21. Terima kasih di atas perkongsian yang menarik... Ia merupakn ilmu yg penting buat blogger beginner seperti saya

    BalasPadam
  22. CommentLuv tu menjadi, cuma part bloglist tu, sejak saya ada domain sendiri, memang tak dapat nak buat bloglist..Yelah, kalau nakkan orang listkan blog kita, kita kenalah listkan blog orang kat kita kan?

    Great tips.

    BalasPadam
  23. nampak macam kecil rupanya impak besar ye..memang jarak like entry sendiri. ok sudah sedar diri sekarang...

    BalasPadam
  24. terima kasih bagi tips.. tengah mencari ilmu camner nak tingkatkan viewer :))

    BalasPadam
  25. Assalam....
    Setiap Kali akak Google bila ada nama saudara...owahh..nama ni lagi!
    Begitulah bila nama dah terkenal...
    Banyak manfaat yg akak dapat utk orang baru seperti akak ni!
    Moga ia menjadi amal jariah untuk saudara!

    BalasPadam
  26. ohh baru tahu kelebihan disebalik CommentLuv

    BalasPadam
  27. tips yang sangat keren , dan bermanfaat . teruskan menulis blog yang informatif dan bermanfaat seperti ini :)

    BalasPadam
  28. tips yang bagus..terima kasih!

    BalasPadam
  29. terima kasih... bloh entry HH ni banyak saya jadikan pandun dlm memulakan blog saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …