Bongkak bila rank blog tinggi. Mohon dihindarkan daripada sifat tidak baik ini. Ada yang salah faham bila ada blogger yang tunjukkan rank blog yang baik untuk tatapan pembacanya, sehingga ada yang berikan tanggapan negatif mengatakan apa yang diperlakukan oleh blogger tersebut sebagai menunjukkan kebongkakan.

Saya secara jujurnya terasa terkena sedas dua dengan kenyataan ini. Mana tidaknya, benda yang dikongsi untuk memberikan motivasi dianggap sebagai menunjuk membangga diri. Kepada yang membaca blog saya ini mungkin pernah melihat dan membaca beberapa entri saya yang ada singkap di sebalik tabir mengenai kejayaan blog ini berada di ranking terbaik.

Mohon dijauhkan dari sifat bongkak dan bangga diri. Saya tidak bermaksud begitu. Doakan.
Bongkak Bila Rank Blog Tinggi!
Saya juga seperti anda semua, bermula dari kosong. Dulu mana ada ranking pun, tapi bila dah mendapat ranking yang bagus, saya kongsikan kepada semua, mahu buktikan bahawa blogger yang bermula kosong pun boleh berjaya dan atasi banyak blogger-blogger dan blog lain yang hebat.

Saya dulu jaki juga tengok blogger lain kongsikan ranking blog mereka. Jaki juga tengok ada blog papar jumlah pageviews yang berjuta-juta sebulan. Saya tahu mereka cuba memperlihatkan kejayaan blog mereka yang dikongsi kepada semua.

Fikirkan Positif

Saya suka fikir positif. Saya suka anggap tujuan blogger itu paparkan kehebatan blognya adalah untuk zahirkan kejayaan. Saya suka. Sebab saya lihat mungkin satu hari nanti saya juga boleh menjadi seperti blogger tersebut. Saya lihat mungkin akan tiba waktu, saya dapat kongsikan kejayaan yang serupa. Dan alhamdulillah, itulah yang saya usahakan siang dan malam, tanpa jemu saya tingkatkan kualiti blog, saya belajar soal teknikal, saya belajar soal SEO, saya kaut ilmu-ilmu mereka yang berjaya, saya praktikkan segala tips dan panduan. Saya tunjukkan kejayaan blog ini adalah untuk bukti bahawa dengan segala kerja dan usaha dibuat, in Sha Allah, sesiapa pun di dalam dunia blog Malaysia boleh berjaya. Bukan mahu bongkak dan meninggi diri. Tidak, itu bukan tujuannya.

Saya isikan kandungan blog ini dengan segala ilmu yang saya ada untuk blogger Malaysia maju jaya. Dan saya tunjukkan bukti bahawa apa yang saya lakukan itu memang ada hasilnya. Saya tidak mahu dicap sebagai tong kosong yang diketuk hanya kuat bunyinya.

Ilmu Adalah Hak Allah, Siapa Kita Untuk Jadi Sombong Bongkak?

Ilmu yang saya ada bukanlah hak saya. Ia adalah hak Allah S.W.T; jadi apa gunanya mahu rasa bongkak takabur lagi meninggi diri? In Sha Allah, dosa pahala saya tahu beza.

Apapun, seandainya ada kandungan, penulisan dan entri blog ini yang membuatkan anda meluat dan memikirkan saya cuba mahu menunjuk-nunjuk dengan bongkak dan meninggi diri, saya mohon maaf banyak-banyak. Tegurlah saya jika saya salah. Jangan biarkan saya sesat sendiri.

In Sha Allah, saya akan terima teguran dengan hati dan minda terbuka. Tak perlulah anda dengki dengan apa yang saya capai ini, kerana kelak ia akan menjadi milik anda juga; seandainya anda berusaha untuk mencapainya.

Hari ini di atas, esok lusa mungkin di bawah. Yang hidup pasti mati.


28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terpulang masing2 utk muhasabah diri kan, dan dalam kita mencari salah orang lain jgn lupa dosa mengumpat dan memfitnah pula kan. Moga segala keburukan dijauhkan dari kita semua. Amiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah. Itulah yang kita semua harapkan.

      Padam
  2. Saya berpendapat tak ada salahnya atau sifat kebongkakan bila memaparkan prestasi blog. Selain memotivasikan diri serta org lain, secara tak langsung menjadi ibarat cv atau promosi utk blog kpd prospek dan sbgnya. Setiap sykt pun buat mcm tu, malah nak mintak kerja pun kena ada cv yg menunjukkan prestasi yg baik ttg diri individu tu... Siapa lagi yg nak buat klu tak dimulakan dgn diri sendiri dgn niat yg baik.
    Mungkin org yg beranggapan negatif mcm tu masih kurang faham dgn konsep tu kot HH... wallahualam. :)

    BalasPadam
  3. adeh..gua baru je buat entri pasal ranking alexa...sama macam bro cakap...bukan nak menunjuk nunjuk...jauh sekali nak bongkak...apa yang cuba gua sampai adalah kebekesanan tip dan teknik yang gua guna...kiranya tip yang gua tulis ada benarnya..bykan sekadar cakap kosong...banyak juga tips yang gua dapat dari blog HH

    BalasPadam
  4. Biasa la bro..manusia ni ada 2 jenis... 1 jenis positif dan 1 jenis negatif..... buat ler apa pun still akan dikritik... rasanya tak salah nak berkongsi ranking alexa di blog...sekurang-kurangnya..ada ler persaingan sihat kan... mesti semua nak tau bagaimana nak cecah ranking sebegitu kan.... tp untuk mendapat ranking yg hebat bukannya mengambil masa yg singkat... kena tunggu, buat tips yg diperlukan dan bersabar... tu ler yg aku tgh lakukan skrg ni...ekekekeke.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tapi itulah, kadangkala terfikir juga, adakah apa yang saya lakukan selama ini buat orang rasa tak suka dengan saya. Mohon ada yang baca ambil benda secara positif.

      Padam
  5. Menzahirkan kegembiraan dan memberi panduan serta contoh yg baik agar orang lain juga dapat mengetahui dan berusaha merasai nikmat yg sama... Tidak salah! Bongkak yg dimaksudkan mungkin sekadar berkongsi kebanggaan tanpa berkongsi pengetahuan yg membuatkan orang berasa cemburu...
    Asalkan Allah tahu matlamat kita cukuplah...sukar utk memuaskan hati semua orang.

    p/s: kenapa xaktifkan comment name/URL?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan. Ohh ada masa saya aktifkan, ada masa yang nyahaktifkan, dua hari saya tak monitor blog, email spam masuk bertalu2 ..jenuh nak delete je kerja. Kalau line internet ok, lain cerita.

      Jadi, kalau agak tak boleh ada komen name/url maknanya saya di luar kawasanlah tu .. :)

      Padam
  6. bukanlah tujuan menunjuk-nunjuk..tapi skadar perkongsian dan juga,pembakar semangat untuk terus berblogging...

    BalasPadam
  7. Niat kita yang penting, bagi yang ambil arah kebaikan semestinya banyak membantu.

    BalasPadam
  8. biasalah bro ,orang yang kata kita bongkak adalah dari kalangan mereka yang dengki,pemalas,looser

    nak tanya ni bro,komen aku ni masuk kotak spam tak ?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.Baru selesai artikel mengenai revie Alza bari yang mendapat reaksi tinggi.Terkesima juga artikel dalam blog tuan ini

    BalasPadam
  10. bilamana hati seseorang kotor, pelbagai tanggapan negatif akan keluar. Sama-sama kita muhasabah diri dan sentiasa berfikiran positif agar ummah kembali bersatu hati

    BalasPadam
  11. Berblogging ni sekadar mengisi masa terluang.. apalah sangat rank tu.. lainlah
    rangking tinggi boleh masuk 5-6 angka.. Mau semua ligan pulun kasi dapat.

    Artikel menarik bro Hasrul.. (y)

    P/S: Lama tak singgah blog hang.. ^_^

    BalasPadam
  12. setuju tu HH. kita share sebab nak pastikan ada perkembangan prestasi blog ni. samada turun ke naik ke..itu sebagai peringatan juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana bersetuju. Nama pun blog peribadi, tentulah tunjukkan stats itu adalah untuk beritahu kejayaan peribadi.

      Padam
  13. Nice sharing..
    hidup ni senang je..
    sentiasa fikir positif untuk diri dan pada orang lain..

    so takkan ada isu..

    BalasPadam
  14. Sha memang suka berkongsi, tapi kadang terperasan jugak ada yang ujub... semoga Sha jauh dari sikap macam tu...

    BalasPadam
  15. Saya rasa yang paling penting adalah niat bro HH. Manusia yang bersifat dengki ni memang akan terus menerus mencari salah kita walaupun sebesar zarah. Sabar je lah bro HH. Moga satu hari nanti kita semua akan ditunjukkan oleh yang Maha Esa, jalan yang benar-benar lurus. Maju terus bro HH!

    BalasPadam
  16. papepun blog HH ni memang idola aku..hihih

    BalasPadam
  17. pernah gak ada perasaan riak. kita ni manusia mesti ada dengki ngan org sikit2. tapi cuma jgn tunjuk je la..

    BalasPadam
  18. Ada jugak ke yg dengki..kan usaha masing2.

    BalasPadam
  19. Betul tu,cn blog personal,mestila entry pasal personal termasuk kejayaan peribadi,bkn nk menunjuk,cuma nk berkongsi dgn rakan3.. Semua terpulang pd pndpt masing2, kalau org tu jenis yg positive,pasti akan difikir positive dan sebaliknya..

    BalasPadam
  20. Setuju 200%........Tak salah berkongsi idea dan pengalaman untuk blogger2 baru agar segala teknik dan tip yang kita beri memberi manfaat kepada semua. Bagi pendapat saya... tuan HH tsk usah perduli apa org lain kata, mereka hanya mahu menjatuhkan kita.Teruakan usaha tuan.... agar kita di sini sama2 dapat menambah ilmu yg sedia ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dari fitnah yang nampak dan tidak nampak.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement