Langkau ke kandungan utama

Bergambar Bersama Neelofa dan Fatin Liyana

Perghh, mesti ada jejaka terutama kawan-kawan kenalan rapat yang jeles tahap Power Rangers jika benarlah saya dapat bergambar dengan dua ikon cantik jelita Neelofa dan juga Doktor Fatin Liyana. Dua-dua ikon jelita ini ada ramai peminat, samada dari lelaki mahupun wanita.

Susah nak dapat bergambar bersama Neelofa dan Fatin Liyana. Yelah, mereka dah kira terkenal dan popular. Neelofa kerana beliau selebriti jelita, dan Fatin Liyana pula adalah blogger cantik dengan title doktor perubatan. Masing-masing ada karisma, masing-masing ada pengikut, dan dua-dua ada gugusan peminat yang berdoyon doyon .... jauh beda dengan saya ni yang sudah bergelar ayah 'beranak' tiga beristeri satu .. hoho.

Tak dapat bergambar realiti, dapat bergambar maya pun dah kira ok gak....hahahaa.. #kodahkenapa hasrul hassan? Desperate ke nak bergambar dengan ikon-ikon jelita ni? Erkk ..jangan marah saya naaa...

Gambar Selfie Neelofa

Bergambar bersama Neelofa

Gambar Selfie Famili Dr Fatin Liyana

Gambar famili Doktor Fatin Liyana Asri

Haa .. tu la anda tak tahu, ini teknik dan taktik penjenamaan. Tetiba saya terfikir bila nak adakan kontest selfie bersama blog ini ..... dalam otak ligat fikir ... yeah .. gimik ... gimik yang cukup menarik.

"Hmm kalau buat gimik ni sure pasti ramai nak join kontest aku nanti .... "
"Pastu hashtag nama derang, tag nama Neelofa dengan Fatin Liyana ... mesti akan ada peminat derang akan tengok gambar instagram aku ni ..."

Hoho .. tetiba idea bertubi ini muncul selepas malam tadi diberikan rezeki Allah S.W.T menerusi perjanjian pengiklanan di blog ini untuk 2-3 bulan selepas ini. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana, tapi seperti isteri saya kata di awal pagi tadi sebelum ke tempat kerja ...

"Bang, tak pe ... ada rezeki lebih, bersedekahlah lagi ...."

Jadi, dok tergerak hati nak buat kontest, seperti kontest ni - http://bit.ly/contestblackmores guna instagram. Yelah, lagipun instagram pun tak ramai lagi yang dok ikut. Jeles juga dengan lelaki bernama Mat Gebu yang dah ada lebih 14 ribu pengikut hanya dengan post dan kongsi gambar resepi je. Saya tengok tak ada pun gambar gebu-gebu, yang ada gambar leleh-leleh air liur dan kecor mulut je.

Teringin juga nak bergambar selfie dengan Neelofa dan juga Doktor Fatin Liyana ni... tak tahu bila ada kesempatan... hehehe...

Bergambar Selfie Bersama Neelofa dan Fatin Liyana



Harap dua ikon jelita ni baca la entri blog dan komen sedikit .... hoho .. manalah tahu kan kan ....

Terima kasih kepada anda yang baca entri ini, dan berharapkan sesuatu yang ingin bebenor nak lihat.... tak pe, tunggu saya masuk paper macam blogger Khairil Mazri yang dah terkenal dapat paparan muka surat penuh dalam akhbar harian ...

Oh ya, saya akan lancarkan satu kontest simple khas untuk follower blog dan juga instagram saya. Hadiahnya wang tunai, in Sha Allah, sebagai salah satu cara berkongsi rezeki berblog yang saya dapat.

Kredit Foto: Instagram Neelofa dan Fatin Liyana Asri


Komen

  1. ooo..ingat HH dapat bergambar dengan mereka...teruja i nak tengok..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah mengumpan la ni Siti Rohaida .. manalah tahu ... hoho ..

      Padam
  2. woww bestnya klu dapat berselfie bersama mereka..hehe

    BalasPadam
  3. wahhh dapat berselfie mcm tu pun dah ok..isteri tak lah cemburu sangat nnt..hihiii cepat la anjurkan conter yang super tu tak sabar nak join kan diri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ya teknik dan taktik supaya isteri tak jeles .. hoho .. :P

      Padam
  4. hahaha boleh la boleh la ...kasi warm up dulu yek abg hh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... adehhh ... jangan gelakkan saya banyak2 ... nanti senak.

      Padam
  5. untung la dapat selfie dengan mereka. dah mula jeless ni. kikiki

    BalasPadam
  6. LOL! Ingatkan betul-betul tadi,
    kene belajar mcm mana nk buat tajuk untuk tarik trafik ni :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. adoi..tertipu..igt real td..:)

    BalasPadam
  8. tajuk nya tu memang mengumpannnnnnnnnn. habis ikan sisik merah sumber collagen premium kat lautan dalam pun boleh terpancing dengan tajuk tu ^_^

    BalasPadam
  9. pemilihan tajuk yg terbaik hehe

    BalasPadam
  10. memang terbaikk...nak bergambar jgk la cmniii

    BalasPadam
  11. tak aci la...he heee. sekali berelfie dengan dua-dua sekali...

    BalasPadam
  12. haha..pandai la bro bergambar selfie macam tu. Tahniah dapat job lebih bulan ni.. cayok2.. :-)

    BalasPadam
  13. Semoga impian bro HH utk ber'selfie' bersama-sama Neelofa dan Fatin Liyana tercapai..Amiinnn

    BalasPadam
  14. title yang terbaik lah bro HH :)

    BalasPadam
  15. Salam... moga impian anda menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  16. terkena den oi..hahahaha
    semoga mimpi menjadi nyata

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.