Apa Guna Ada Fanpage Jika Tak Update!

Saya nak ajak sembang blogger mengenai satu perkara biasa yang boleh jadi luarbiasa jika bijak gunakan sebaiknya. Saya nak cerita mengenai Fanpage yang ramai blogger dah buat untuk blog mereka mahupun diri mereka. Ok. Fanpage bukan untuk artis dan selebriti sahaja ye, ia merupakan satu branding untuk mudahkan orang yang ada akaun FB, ketahui benda baru yang berkaitan dengan blog anda (jika fb fanpage tu adalah fb fanpage blog).

Sesiapa sahaja yang ada akaun Facebook, boleh ada sebuah fanpage sendiri. Terpulang nak buat untuk tujuan apa. Dalam fanpage Facebook ini, ada banyak kategori. Jika anda lihat sendiri apa yang saya tunjukkan di bawah ini... banyak tu ...

Apa Guna Ada Fanpage Jika Tak Update!

Blogger bajet retis ada fanpage sendiri

Anda boleh cipta dan reka fanpage bersandarkan lapan kategori yang ada. Ia bertujuan untuk bantu apa yang anda usahakan mendapat reaksi dari pengguna Facebook. Jika anda ada bisnes boleh buat fanpage untuk bisnes anda, atau anda mewakili satu pertubuhan atau persatuan, contohnya Alumi sekolah, boleh buat fanpage untuk Alumni.

Atau anda seorang usahawan yang sudah ada jenama sendiri. Seperti +Ejam Othman yang ada jenama HEYdotMY untuk bisnes Pelikat Pants.

Atau anda ada servis berikan sewa kereta di Sabah seperti Kereta Sewa Sabah yang ada kemudahan tempah online untuk menyewa kereta di Sabah yang boleh anda buat tempahan mudah menyewa kereta pandu sendiri samada di portal atau di Facebook.

Atau anda ada komuniti atau tujuan murni seperti Projek Iqra yang merupakan FB fanpage untuk bantu anak-anak yatim peroleh pendidikan sempurna.

Banyak kemungkinan .... saya sendiri ada fanpage untuk blog ini di mana saya kongsikan tips-tips berkaitan blog dan blogger Malaysia yang ditulis secara ringkas dan padat. Malah, saya selitkan sedikit hiburan dalam page berkenaan, selain anjurkan giveaway mudah untuk pembaca blog ini.

Dah ada fanpage sendiri, jadi tanggungjawab dan prihatin anda untuk update dengan sebaik mungkin. Jangan hanya wujudkan dan biarkan sepi. Rugi anda nanti.

Saya ada satu fanpage, dek kerana saya kerap update ... dalam masa singkat fanpage tu dah dapat lebih 20 ribu likes; tanpa perlu saya promosi pun ... kalau ada pun saya cuma share apa yang patut. 20,000 likes ... perghh saya pun terkejut, kalah page blog ini yang lebih dahulu wujud dari fanpage tu.

Blogger Bajet Retis Ada Fanpage Sendiri

Saya nak kongsikan beberapa pandangan rakan blogger untuk jadi tatapan dan pedoman semua, yang sudah tentu mengenai apa guna ada fanpage jika tak update ... anda boleh baca sendiri di bawah ini:

"akak tak de fan page..tapi kan akak tegok ramai blogger tak reti nak manfaat kan fanpage dia.,..post kat fanpage dia semuanya artikal2 blog dia je..padahal macam2 vbenda dia boleh letak..bukan semata2 citer2 kat blog dia je..tu yang buat fanpage macam hidup segan mati tak mau sebab blog pun jarang2 update.patutnya bila blog tak update pun apa salahnya share2 la video ke,artikal2 yang bermanfaat dari mana2 laman web dan sebagainya.." - Diana Rashid

Ini merupakan salah satu komen yang telah ditinggalkan dalam entri blog ini - http://goo.gl/N1ozfY

Dah ada fanpage sendiri, bajet retis .... tapi tak update. Hoho .... sentap saya dibuatnya ... adakah saya ada fanpage yang ntah apa-apa dan bajet popular macam artis?

Jika anda ada fanpage tak kiralah apa tujuannya, pastikan ia tidak bersawang dan dibiarkan lalai tanpa ada update baru. Kasihan mereka yang berikan Like padanya .... hargai sedikit ok.

Hoho .. kalau anda tahu ... ada fanpage ni boleh jadi sumber lubuk buat duit online, leh jana income sehingga ribuan ringgit seandainya anda bijak menggunakannya....




{ 29 comments.. read them below or add one }

Bro Framestone Bro Framestone September 24, 2014
Gua ada fanpage, tapi biasa je...

Yang power-power pun selebriti yang punya. Gua tukang jaga je dan monitor sahaja he..23x
reezluv reezluv September 24, 2014
mmg betul..tak update, tak guna gak, mcam fanpage aku tuh..ahaha
Tengku Syukri Tengku Syukri September 24, 2014
memang boleh buat duit dgn fanpage ni.. setahu st TAT kene seiring jgk lah
EjamOthman EjamOthman September 24, 2014
aduh terasa...
memang ada benarnya.
tengok saya fanpage bisnes tu hidup segan mati kalau boleh jangan ler...hehe
kena buat sesuatu ni, cari idea set auto publish siap2.
Khairil Mazri Khairil Mazri September 24, 2014
Yeop rasa benda tu perkara biasa. Kalau tak berupdate dalam page pun tapi update dalam blog pun sama juga. Kan kan kan?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 24, 2014
Rugi Yeop, nanti FB akan pinggirkan Fanpage .. dan tak muncul di feed mereka yang LIKE.
Umi Nazrah Umi Nazrah September 24, 2014
page boleh schedule sepertimana blog, jadi ianya bukan alasan untuk tidak update :)
AMIR AMIR September 24, 2014
dulu fanpage ni ok sebab sekali pos beratus orang tengok sekarang fb dia nak untung lebih segala pos kita untuk sell online hanya dilihat oleh beberapa orang sahajja..like beratus ribu pun yg reach hanya berpuluh orang sahaja....kena guna trik tertentu untuk bagi penglibatan lebihbramai
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins September 24, 2014
Kena hidupkan kembali fan page ni..hihi dah agak nk naik sawang la
Nadia Johari Nadia Johari September 24, 2014
nad pun sentap bila akk tu bagi komen..hehehe..ok pasni kene update
sabree hussin sabree hussin September 24, 2014
alamak... dah lama betul saya tak update fanpage. Adeh macam-macam nak kena update ni
ZiraZin ZiraZin September 24, 2014
Terima Kasih sbb sgt berguna ilmu nie...
Shida Radzuan Shida Radzuan September 24, 2014
hehee..sentap juge tkena kat btg hidung hehee ^_^ lepas ni kena rajin lg..adehhh ^_^
Fazrol Amer Fazrol Amer September 25, 2014
Betul juga, share dari artikel orang lain pun kira ok gak...
next time aku buat...
Nak hidupkan fan page aku yang kurang like tue...
ha haa h
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Hehehe.. minta maaflah andai terasa, tak niat pun nak buat terasa .... :) jadi dah terasa ni .. leh la buat apa yang perlu ye tak? hehehe
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Hmm lu jaga, lu dapat bayaran ke bro?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Hahaha.... sila terasa .. jeng jeng jeng ....
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Hmmm kan.. FB pun tau benda tu boleh buat duit ... jadi rugilah mana yang ada fanpage tak rebut peluang ..... hoho .. trik apakah itu? boleh share dengan kawan2 tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
takpe .. sentap membina .. jangan sentap buat diri rasa down .... kena usahalah tu bila dah tersentap ye tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Buat. Jangan tak buat. Boleh je tgk page orang lain camner mereka handle nak naikkan like tanpa paksa ....
TunSha Ayunie TunSha Ayunie September 25, 2014
ehhh macam penah baca je blog tu... hahahhaa.... tapi sokong apa yang ditulis... sha ada fanpage dibiarkan kosong je, sebab dah lama buat tapi tak tahu apa fungsi.... lebih suka guna personal FB untuk update apa2... sebab yang tu je Sha kasik on... agagaga

Nik Khazami Nik Aziz Nik Khazami Nik Aziz September 25, 2014
saya ada fanpage, tapi tak aktif dan takde org like pun. sadis betul
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN September 25, 2014
Nanti saya kongsikan cara mudah dan percuma untuk dapatkan like fb, mahupun follower fb, instagram, twitter ... tunggu... :)
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad September 26, 2014
Benar apa yg dikatakan tu. Terima kasih sifu membuka minda ^__^
deno deno September 28, 2014
Ha'ah betol2.. jangan link blog je...

Deno selalu update kat fanpage, tak kisah org like ke tak.. hihi...Ada je update.. Setiap hari... hihik^^
aniza ghazali aniza ghazali September 28, 2014
Terima kasih tuanHasrul Hassan, memang ramai yang ada fan[age facebook, tulah tak update. inilah yang menyebabkan ramai terasa malas nak like page mereka. moga lepas baca artikel ini, sama-sama kita manfaatkan fanpage yang ada.
KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com December 28, 2014
saya pun ada,, tapi post reach tu yang tk best,, sikit sangat - kedaionlinemy.com
Ajiez- IT Ajiez- IT December 05, 2015
Saya ada page....himpunan gambar lawa..ada la dalam 8k lebih likers..huhu..sy tgh pk cm ne nk buat duit..mcm blog boleh guna nuffnang buat duit..huhuuu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.