30 September 2014

Jiwa Kental Seorang Blogger

Jiwa kental seorang blogger. Benda ni memang perlu. Awal-awal berblog mungkin tak rasa sangat, tapi bila sudah mula dikenali segala ceruk, awas-awaslah. Bermula dari tahun 2010, apabila ramai blogger mula mendapat perhatian umum, maka bermulalah satu fenomena yang sebelum ini tak pernah berlaku.

Perhatian diberikan kepada blogger yang lantang bersuara menerusi blog masing-masing. Dan perkara ini bermula bila satu satu naik kes ke mahkamah berkaitan blogger. Walaupun yang terbabit itu blogger yang dalam niche politik, tempias tetap juga dirasai blogger lain.

Kecelaruan Dunia Blog Malaysia

Kes blogger caci maki blogger lain, kes blogger jatuhkan dan busukkan nama blogger lain. Kes hasad dengki, kes menyamar, kes penipuan identiti, kes berbalas-balas entri penuh imarah ... mula menjebak. Jika mulanya hanya berlaku dalam blog yang berpaksi parti politik, ia kemudian menular ke blog-blog personal. Manakala blog-blog informasi ... menjadi 'orang tengah' menghangatkan situasi.
Jiwa Kental Seorang Blogger

Saban waktu ada sahaja nama blogger naik di dada akhbar atas kes-kes yang boleh saya sifat memalukan. Paling ketara kes blogger yang muncul dengan blog papar kisah seks mereka. Memang terkejut satu Malaysia.

Blogger Popular Mula Jadi Bahan

Blogger-blogger popular mula jadi target individu tertentu. Kes gambar blogger dijadikan cover buku seks. Kes blogger diceraikan menerusi blog. Kes blogger sindir-sindir blogger lain ....fuh ... kes itu kes ini, jika nak disenaraikan, nampak macam dunia blog ni dah banyak benda negatif dah. Banyak isu tersebut jadi highlight blogger lain.

Dan saya, tak terkecuali dalam menjadi agen merencana cerita. Kesalahan yang sangat saya kesali. Atas kerana mahukan trafik, ada cerita yang boleh jadi sensasi saya paparkan di blog walaupun corak penulisan saya sudah disaring tapis agar tidak bawa aib yang boleh membinasa.
Jiwa Kental Seorang Blogger

Tapi manusia, ibarat permainan telefon rosak. A kata jong jeng .. B dok sebut jeng jong .. sampai ke pengetahuan C... udah jadi jong jong ... jadi camner? Yang kasihan adalah pengunjung dan pembaca yang terbawa rasa dan emosi.

Hati Kena Tenang Bila Menulis Entri

Saya dah pernah berkata berkali-kali di dalam entri blog ini, amatlah perlu bila mahu menulis sesuatu bilamana hati, perasaan, emosi dan akal berada di dalam keadaan stabil. Bila dok marah, dan menulis .. pasti sekali ia akan didorong oleh emosi melampau sehingga membolehkan iblis dan syaitan curahkan lagi pemangkin membara.

Manusia ini mudah terlanjur dan terbabas. Saya akui, dalam perjalanan saya menulis blog, ia memang berlaku. Walaupun ia tidaklah sekerap mana, tapi ia akan berlaku. Percayalah, jika tidak hari ini, esok lusa .. mungkin hati yang sudah lama bersabar meletup juga... dan blog yang menjadi medium mudah luah rasa akan jadi pengantarnya.

Bukan apa, jangan sampai satu masa ... masyarakat sudah pandang rendah pada blogger. Nak percaya ke tak nak, nak baca ke tak, apatah lagi benda-benda lain yang berkaitan dengan blogger yang memang kerjanya buat blog sepenuh masa.

Hoho ... penat blogger-blogger kurun dulu berusaha naikkan nama blogger di persana online, sehinggakan menjadikan blogger satu kerjaya. Tapi bila dah sesama blogger main tikam-tikam ni .. tak seronoklah rasa.

Kita ingat pada Tuhan. Cuba-cubalah kita istifar.

Bila dah berada di dalam dunia blog, maka kentalkan jiwa, kerana jiwa blogger perlu kental untuk hadapi segala dugaan dan kemungkinan.

Lihat atas dan lihat bawah. Hari ni kita top, esok ke tak top dah ... 



29 September 2014

Langkah Bertatih Aku Dapat Income Dengan Blog

Ada blogger yang minta saya tunjukkan jalan bagaimana nak dapat income daripada blog. Bagaimana nak dapat job review, bagaimana nak dapat jemputan event, bagaimana itu dan ini ... yang boleh nampakkan blog itu sesuatu yang bermakna pada blogger tersebut. Ok. Saya tak mahu berikan langkah deras, tapi saya nak kongsikan kepada anda langkah bertatih saya dapat income dengan blog.

Ok. Begini. Apabila anda sudah ada blog, apa yang anda perlu buat ialah setkan matlamat anda dalam dunia blog. Sebab matlamat ini sangat penting dalam menjadikan sesuatu itu satu realiti.

Nak dapat income dengan blog? Maka, setkan minda untuk mulakan langkah untuk jana income pertama dengan blog. Dah setkan minda, maka ... sila tarik nafas dalam-dalam .. dan kata pada diri .. "Saya Boleh .. Saya Boleh .. Saya Boleh Jana Income Dengan Blog ..."

Langkah Bertatih Aku Dapat Income Dengan Blog

Sekarang, baca pengalaman saya ini bagaimana saya bermula bertatih untuk dapat income dengan blog. Ini kisah benar saya, jangan tiru kisah saya ini ye ... hoho ... :P

Bila saya dah ada blog, antara langkah pertama saya nak dapat income dengan blog ialah menerusi Adsense. Adsense mudah, dan ia membayar anda disebabkan trafik blog, dah tu dalam matawang USD pulak tu.

Buka Akaun Adsense Dari Dashboard Blogspot

Bagaimana nak letak Adsense di blog ini? Cuba buka dashboard blogspot anda ... anda akan nampak seperti di bawah ini. Jika tak ada, pergi ke settings, bahagian bawah tu dan tukar bahasa blog ke bahasa inggeris. In Sha Allah, anda akan nampak paparan seperti di bawah ini - iaitu earnings-adsense.

Dah nampak seperti di atas, jangan teragak-agak, terus klik Sign up ... dan lakukan arahan yang disediakan. Bila dah ada akaun sendiri, maka senanglah anda letakkan Adsense dalam blog anda seperti di bawah ini, hanya add Adsense di mana-mana tempat anda nak letak dalam blogspot anda. Jika tak pasti mana satu yang bagus, boleh rujuk entri ni - Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog


Adsense ni senang, sebab ia tak kesah letak platform pengiklanan lain. Katakan anda nak letak platform Nuffnang, atau mungkin Advertlets, atau Komli, atau H12 .. sama dengan Adsense ni, tak ada apa hal, sebab blogspot bawah Google, begitu juga Adsense. Status Glitterati Nuffnang pun tak hilang ...

Ketahui 101 Syarikat Pengiklanan di Blog


Saya letak Adsense agak lama juga, tetapi sebab trafik tak kencang, maka income dia lambat sikit naik. Jika nak masyuk .. jana sehingga USD100 setiap bulan, maka kena pastikan blog ada trafik tinggi setiap bulan.

Kemudian, saya telah melakukan satu kesalahan besar. Saya letak entri yang bukan original, ada unsur-unsur copy-paste dan salah tersilap telah langgar terma Adsense, lalu blog saya kena banned untuk letak iklan Adsense, tetapi akaun saya tetap wujud, jadi saya letak kat blog lain. Perkara sama saya tak buat lagi di blog lain.

Saya daftar Nuffnang, saya letakkan banner iklan Nuffnang di blog saya. Slow. Tapi alhamdulillah, saya dapat juga cash-out pertama kali. Saya ada ceritakan di sini - Akhirnya Berjaya Cash-Out Nuffnang

Nampak cam tak puas hati. Saya kena masukkan iklan Adsense, sebab ketika itu saya hanya tahu Adsense sahaja yang boleh berikan income yang berganda-ganda dalam blog menerusi pengiklanan sebegitu. Maka, saya buat permohonan rayuan untuk bolehkan blog saya letak iklan Adsense. Ok, berjaya sekejap, saya kena banned lagi .. saya ada ceritakan di sini - Tips Aktifkan Google Adsense Kena Sekat


Lepas tu .... nanti sambung .. hoho .. letih jemari dah ni ...

Tips terpenting nak berjaya buat duit dengan Adsense - Buat blog ada niche dan trafik mesti tinggi .. baru masyuk!

Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan

Pasar Kemboja makin terkenal seluruh Malaysia. Terbaru, saya dapat tahu di area Pendang, Kedah sudah muncul Pasar Kemboja yang baru. Ia baru sahaja dibuat sebagai tarikan di bahagian utara Semenangjung. Tapi, jika ditanya pada saya; Pasar Kemboja yang terbaik tentulah Pasar Kemboja Original yang terletak di Jalan Sempadan, Parit Buntar.

Pasar Kemboja original Parit Buntar dah lama wujud. Ia wujud disebabkan adanya penempatan orang Kemboja di situ. Kalau hari biasa, baru nampak kelibat orang-orang kampung warga Kemboja ini. Senang je nak kenal, muka putih dan orang perempuan memang lawa-lawa. Almaklumlah, mereka pandai jaga penampilan diri. Dengar cerita, ramai juga warga tempatan yang kahwini wanita-wanita Kemboja yang cantik-cantik, kawin dua pun ada .. hoho...
Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Wanita Kemboja Cantik Pandai Berniaga

Wanita Kemboja bukan sahaja cantik, tetapi pandai berniaga. Dek kerana itulah, Pasar Kemboja ini makin terkenal. Dan kerana itulah juga, banyak barangan yang dijual di Pasar Kemboja original merupakan pakaian wanita termasuklah tudung, telekung, kain batik, kain sarung, baju kurung, kebaya, kain ela dan macam-macam lagilah.
Pasar Kemboja Original Parit Buntar
Sekarang, bukan setakat kain je yang dah dijual di sini, sudah ada peniaga yang mula menjual permaidani, bakul anyaman, makanan, alat solek dan macam-macam lagi. Satu je yang kekal, anda takkan nampak peniaga cina atau bangsa lain yang menjual. Jika ada pun, mungkin mereka tak tahu bahawa tempat tu eksklusif untuk peniaga peniaga beragama Islam. Itu sebab ada peniaga Pakistan jual seni khat dan permaidani yang tempat niaganya jauhhh ke dalam.

Pasar Kemboja terkenal kerana harga barangan yang ditawarkan. Satu lagi ialah fesyen. Di sini dikatakan bermula fesyen tudung yang ada sekarang, di mana anda nampak fesyen tudung terbaru, di sini dah ada yang menjual fesyen yang sama, dengan harga jauh lebih murah. Jika online dijual dalam RM70-80 sehelai, di sini anda boleh dapat separuh harga tersebut.
Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Cara Untuk ke Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Untuk ke Pasar Kemboja Original.

Jika anda dari arah Selatan atau dari Ipoh, saya sarankan anda keluar tol Bandar Baharu, sebaik keluar tol, akan jumpa simpang tiga, sila ambil kiri ke arah Parit Buntar. Jalan terus sehingga anda menemui satu bulatan besar yang ada replika buah durian gergasi. Itu adalah pekan Bandar Baharu. Ambil kiri atau arah pukul 09:00. Anda akan melalui satu jambatan penuh sejarah, iaitu Jambatan Kerian. Anda terus sahaja sehingga jumpa lampu isyarat pertama, ambil kiri dan akan jumpa Stesen Shell di sebelah kiri. Ambil kanan di persimpangan lampu isyarat Shell tersebut. Kemudian, anda akan jumpa satu lagi simpang lampu isyarat, belok ke kiri dan terus ... in Sha Allah, selepas anda lalui jejambat, anda akan nampak lokasi Pasar Kemboja tersebut.

Oh ya, rumah saya di bawah jejambat tu .. kalau nak tahulah .. :P

Seandainya dari arah Utara atau Alor Setar, saya galakkan anda ikuti tol Jawi. Keluar tol ambil kiri dan terus sehinggalah anda jumpa satu pintu gerbang besar tertulis selamat datang ke daerah Kerian. Anda akan jumpa satu simpang lampu isyarat, ambil kiri. Dah tiba ke Pasar Kemboja.

Gunakan Waze atau Google Map

Nak lagi senang, jika anda ada aplikasi Waze, sila tetapkan destinasi anda ke Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat (S.K Permatang Tok Mahat) ataupun Hospital Parit Buntar. In Sha Allah, anda akan jumpa apa yang anda cari.

Jika nak tengok peta, boleh tengok entri ni - Peta Lokasi Pasar Kemboja Original Parit Buntar

Waktu Operasi

Oh ya, Pasar Kemboja Original ini dibuat setiap Sabtu dari jam seawal 7:00 pagi sehingga jam 2 petang. Jika ramai pengunjung, ia boleh berlanjutan sampai jam 4-5 petang. Dulu, ia dibuat setiap Jumaat dan Isnin, atas sebab ganggu lalulintas anak-anak sekolah, jadi ditukar ke Sabtu. Pasar Kemboja original memang terletak berhampiran sekolah.
Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan
Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan
Pasar Kemboja Original Parit Buntar


Please Pay Blogger ...

"Please Pay Blogger" gitulah kata-kata yang dinyatakan oleh blogger terkenal Malaysia, Redmummy.com. Siapa tidak kenal dengan blogger tersohor Malaysia ni. Pernah muncul jadi tajuk muka depan akhbar tempatan lagi, haaa jangan main-main. Blog Redmummy, antara blog pertama yang saya belajar mengenai cara dapat income menerusi Nuffnang.

Ya, saya dulu pun pakai platform Nuffnang, malah ada blog saya yang masih lagi menggunakan platform Nuffnang untuk pengiklanan. Adaaaaaa tapi saya tak nak bagitahu blog mana, pandai-pandai korang selidik sendiri.

Awal-awal berblog saya memang gunakan platform Nuffnang, dan saya dah pernah cashout dan merasa 'gaji' daripada Nuffnang. Seingat saya dalam 3 kali bayaran kot, semua menerusi cek. Untuk blog ini, saya dah tak gunakan Nuffnang, tapi saya tukar ke platform lain yang bayar saya dalam USD. Tapi, blog yang masih pasang iklan Nuffnang, masih lagi buat duit untuk saya, walaupun tidaklah selebat dan sehebat income Redmummy.
Please Pay Blogger ...
Kerjaya sebagai blogger samada sambilan atau sepenuh masa adalah satu pekerjaan yang memakan belanja, apatah lagi jika blogger itu adalah blogger yang sering menjadi perhatian pihak pengiklan. Ramai yang tidak tahu, kerjaya blogger bukan kerjaya percuma seperti dulu. Sekarang, nilai seorang blogger sudah naik. Blogger sudah ada pengaruh dalam masyarakat, apatah lagi dalam atmosfera dunia siber atau internet.

Baca nasihat Redmummy kepada blogger baru ...

Masih ada segelintir mereka yang cuba ambil kesempatan daripada blogger. Walaupun mereka tahu pengaruh yang ada pada blogger, tapi mereka langsung tidak mahu menilai kelebihan tersebut.

Saya tak mahu berleter lebih hal ini, sebab saya dah pun cerita sebelum ini panjang lebar. Anda mungkin nak kongsikan sesuatu, boleh sahaja tinggalkan komen dan bincang dengan blogger lain di post ini:

Please Pay Blogger ...





Segala apa yang diluah dan dikatakan oleh blogger Redmummy memang benar, dan saya setuju 100 peratus. Buat mereka yang mahu dapatkan khidmat blogger, tolong fikirkan segala apa yang telah ditulis dalam post di atas ini.

Please pay blogger ... kami pun cari makan macam anda, yang bezanya; anda akan dapat income berterusan hasil kerja kami, walhal kami hanya dibayar sekali sahaja .... maka, jangan terkejut jika ada blogger yang kenakan bayaran servis advertorial cecah ratusan ringgit ..  apatah lagi untuk banner iklan yang dipasang di blog.

Kami usaha untuk sampai ke tahap kami sekarang, bukan hari ni buat blog, esok lusa dah jadi dikenali.


p.s: Buat blogger baru, anda perlu tahu, Nuffnang bukan satu-satunya platform pengiklanan... ada lebih 100 platform pengiklanan blog yang boleh anda cuba. Jika blog trafik banyak, saya syorkan carilah yang lebih baik .... tapi untuk newbie bolehlah gunakan Nuffnang nie ...

Kak Ada Lagi Ke Barang Tak Sampai?

Amboi. Macam kena perli lak isteri saya oleh penghantar GDex ni. Hoho ... "Kak, ada lagi ke barang tak sampai?" ... hmmm kata isteri saya .."A'ah .. ada lagi .. " Tanda saya dan isteri masih lagi belum puas shopping online di Lazada Malaysia. Mana taknya, ada banyak tawaran giler kentang serba menarik. Setakat pengalaman shopping online di Lazada Malaysia, ini baru pertama kali beli barang online lebih daripada RM1K dalam masa sehari!

Banyak juga barang dapat dengan nilai tersebut. Semua dibeli dengan tawaran hebat yang ada sepanjang masa.

Lazada Malaysia Online Shopping Terbaik

Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia
Sebenarnya wife saya beli barang online menerusi Lazada Malaysia untuk dapatkan produk terbaik harga diskaun untuk buat cabutan bertuah sempena Hari Keluarga persatuan di Hospital Parit Buntar. Bajet tidaklah besar mana, tapi alhamdulillah, dapat beli dengan harga diskaun, jadi banyaklah dapat barang untuk cabutan bertuah nanti. Jadinya, in Sha Allah, takkan ada yang kecewa nanti bila hadir ke Hari Keluarga Hospital Parit Buntar.
Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia

Jimat Banyak, Shopping Depan Komputer Sahaja

Jadi, boleh jimat banyak. Dah la kena keluar bajet untuk tempah dewan tempat makan malam, pastu katering lagi, jadi bajet kena buat betul-betul supaya tidak terlajak lebih. Dengan kira-kira dibuat segala segi, dapatlah sedikit peruntukkan untuk buat cabutan bertuah.

Jika nak beli kat kedai biasa, memang tak cukup bajet yang ada, jadi isteri saya ambil keputusan untuk browsing atau window shopping dulu di Lazada Malaysia. Lebih 20 barang dapat cari, semua dengan harga potongan dan diskaun.

Mula ingatkan ambil masa lama la barang nak sampai sebab banyak beli. Tapi rupanya, sehari je dah sampai depan rumah. 3 hari berturut-turut barang dari Lazada Malaysia dihantar oleh GDex. Sedar-sedar, kena hon depan rumah .... dan kakitangan GDex siap turunkan dan angkat barang terus masuk dalam rumah. Saya cuma tandatangan tanda terima.

Pengalaman beli belah online Lazada Malaysia
Saya dah banyak kali beli barangan online menerusi Lazada Malaysia ni. Saya dah pun tulis beberapa kali dalam blog. Anda boleh godek sendiri dan baca. Saya pernah beli secara COD, beli dulu bayar kemudian. Dan saya pernah bayar guna PayPal. Jadi, ada banyak kemudahan pembayaran disediakan.

Nak lagi best, jika anda bayar guna kad debit/kredit dari CIMB, akan ada diskaun dan tawaran lain lak. Haaa .. ini memang satu kelebihan la buat pemegang kad CIMB ni.

Bila dah jadi pelanggan setia, akan adalah sampai email yang berikan vaucer khas Lazada Malaysia. Ada baucer potongan RM10, RM20, RM50 .. dan potongan diskaun 30 peratus, 40 peratus yang menjadi tambahan kepada potongan dan diskaun yang telah tersedia di laman web Lazada Malaysia.
Lazada Malaysia

Seandainya anda tanya saya .. "Boleh percaya ke Lazada Malaysia ni..." Tentulah saya kata boleh .. sebab pengalaman beli belah sebanyak lebih daripada 5 kali ... semuanya puas hati. Tak cuba takkan tahu, lagipun kalau rasa tak puas hati, hubungi sahaja customer servis yang ada. Apa ada hal, ye tak?

Buku Hartanah Mesti Beli

Mesti beli, inilah seleksi buku-buku hartanah terbaik di Malaysia. Jika anda tidak memilikinya sekarang, anda mungkin tidak akan dapat memilikinya langsung. Ilmu perlu dicari, pengetahuan mesti digali. Jika mahu berjaya dalam bidang hartanah, dan buat duit menerusi perniagaan yang semakin hari semakin mendapat sambutan gila kentang ini, maka buku-buku hartanah ini wajib anda dapatkan.

Di mana nak dapatkan seleksi buku-buku hartanah yang terbaik di Malaysia ini? Saya boleh katakan ia merupakan buku-buku hartanah mesti dan wajib beli jika mahu berjaya di dalam bidang ini.

Jika ditanya saya, tentulah daripada seseorang yang memang sudah punyai nama cukup gah dalam bidang hartanah ini. Jika anda pernah baca entri Seminar Hartanah Murah dan Berbaloi, tentu tahu siapa yang saya maksudkan ini.
Buku Hartanah Mesti Beli
AbangEnsem.com; blog yang paparkan segala macam tips untuk berjaya di dalam bidang hartanah. Bukan sekadar menganjurkan seminar hartanah yang paling laku keras di Malaysia, tetapi juga merupakan penulis banyak buku dan ebook berkaitan hartanah yang wajib dimiliki. Wajib dimiliki bukan untuk semua orang, tetapi untuk mereka yang mahu tahu selok belok hartanah di Malaysia - bagaimana nak jana income daripada industri yang berjuta ringgit ini.

Kali ini, pemilik AbangEnsem.com berikan peluang untuk semua untuk dapatkan koleksi dan seleksi buku-buku hartanah terbaik hanya menerusi blognya.

Tanya saya, dari mana nak dapatkan seleksi buku dan ebook terbaik tentang buat duit dengan hartanah ini? Tentulah saya akan kata .. sila rujuk pada pakar yang memang dah berjaya dalam bidang ini - AbangEnsem.com.

Jika orang yang berjaya dalam bidang ini rujuk buku-buku hartanah dan rekomen pada yang lain, tiada sebab anda yang lebih kacak dari AbangEnsem katakan tidak! Awek pun beli buku dan hadiri seminar hartanah AbangEnsem.com; anda pula nak tolak tepi ... malu sikit pada golongan yang ramai kata lemah tu .. sampai bila nak biarkan awek-awek ini jadi lebih pandai tentang hartanah dari diri anda yang dah macho selama ini?

AbangEnsem.com paparkan seleksi buku hartanah mesti beli dan anda hanya boleh dapatkan buku-buku hartanah terbaik itu menerusi pautan ini - Buku Hartanah Mesti Beli - Rekomen AbangEnsem.com

Awas. Ia tidak sesuai buat mereka yang telahpun jadi jutawan, tetapi sesuai untuk mereka yang berangan-angan nak jadi seorang yang boleh buat duit dalam bidang hartanah ini.

Tajuk-tajuk yang boleh anda dapatkan dari blog AbangEnsem.com:
    1. Buat Duit dengan Hartanah (Wan Infolelong) – RM35.00
    2. Panduan Lengkap Bisnes Sublet (Wan Infolelong) – RM35.00
    3. Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong (Wan Infolelong) – RM35.00
    4. Jejak Pelabur Hartanah (Dr Shah Razali) – RM35.00
    5. Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong (Shafie Bustan) – RM35.00
    6. Ikon Hartanah #1 More Round (Mohd Ali Majis) – RM50.00
    7. Majalah Prospek Hartanah – RM8.00
      Amacam? Pelaburan kecil untuk ilmu berkaitan hartanah. Sangat sesuai untuk newbie ... macam saya (saya dah beli seleksi ebook hartanah dari AbangEnsem.com).

      Apalah sangat RM35 yang perlu anda keluarkan, kerana ia nanti akan jadi motivasi dan gerak usaha anda mendapatkan sumber income (residual income) berterusan hanya dek kerana anda punyai 1-2 rumah yang boleh buat duit untuk anda!

      Pasaran hartanah di Malaysia bukan semakin lama semakin susut, malah semakin lama semakin tinggi nilainya.


      28 September 2014

      4 Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

      Bagaimana nak hasilkan sebuah blog peribadi bergenre atau niche masakan terbaik? Saya ada satu contoh blog terbaik untuk kategori ini, blog peribadi yang paparkan resepi. Kenapa terbaik? Sebab ia memenuhi segala keperluan dan kriteria untuk menjadi sebuah blog peribadi niche resepi atau masakan terbaik di Malaysia.

      Saya berani cakap, walaupun blog ini tak pernah nampak menang anugerah mana-mana, tetapi bila ada gambarnya yang kena cilok dan resepi diambil masuk dalam majalah dan buku resepi, kira memang dah layak jadi blog terbaiklah. Itu bab yang tak elok, tapi percayalah blog ini telah menjadi bacaan sampai ke luar negara.

      Yap, blog masakan terbaik ini dijadikan sumber rujukan untuk ramai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Saya akui, malah kawan-kawan saya yang belajar dan kerja di luar negara juga akui. Mereka siap bookmark blog ini, malah ada yang print out resepi dari blog masakan terbaik ini dan tampal di pintu petiais. Tak hebatkah?
      Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

      4 Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

      Ramai yang cuba nak hasilkan sebuah blog peribadi genre resepi dan masakan terbaik, tetapi gagal dalam beberapa aspek. Dek kerana itulah, saya cuba nak bantu blogger yang mahu wujudkan sebuah blog resepi sendiri dengan tips dan panduan cara buat blog peribadi genre ini. Jadikan ia sebagai satu panduan am, in Sha Allah ... boleh dapat tempat di dalam dunia blog Malaysia.

      Blog Simple

      Aspek paling penting sekali ialah blog masakan perlu simple dan tak sesak nafas nak tengok. Mesti mudah nak tengok resepi. Buka sahaja blog tersebut dah nampak resepi masakan terhidang. Ini sangat penting sebab bila susah nak dapatkan resepi masakan, pengunjung akan bosan dan beralih ke tempat lain.

      Blog simple, maka loading pun pantas. Tak susah nak skroll guna tetikus. Kalau layari ikuti telefon pintar pun senang, tak banyak songeh nak dapat apa yang ditulis.

      Gambar Menakjubkan dan Seksi

      Ini aspek yang juga memainkan peranan yang tersangat penting. Orang yang cari resepi masakan tentu sekali nak tengok gambar dulu. Jika gambar dah buat terleleh air liur, pasti resepi yang dikongsikan akan jadi tatapan dan ikutan.
      Tips Cara Buat Blog Peribadi Genre Masakan Terbaik

      Jadi, seandainya nak buat blog genre masakan terbaik, pastikan anda sediakan gambar resepi masakan dalam kualiti yang tidak terkalah. Nak tak nak, guna kamera yang boleh hasilkan gambar cantik, menarik, terbaik dan seksi.

      Saya tengok ada blog resepi dan masakan yang tak dapat menyerlah kerana kekurangan bab ini. Resepi dah ada, tapi gambar tak ada. Ada gambar tapi nampak kusam dan kelam. Tak seksi langsung ... kena kasik terliurlah .. baru ada ummmphhh!

      Bloglist Masakan

      Seperti yang pernah saya beritahu lama dah, untuk sebuah blog yang mahu berjaya dalam genre atau niche tertentu, kenalah kumpul atau ada satu bloglist yang genre sama, bukan main letak je. Kalau nak letak blog lain, pastikan beri keutamaan pada blog yang sama niche, kumpulkan dalam satu kumpulan sama.

      Apa yang anda buat bukan sekadar kongsi resepi anda, tetapi berikan panduan kepada pengunjung blog anda untuk melihat resepi blog lain juga. Dari satu blog, pengunjung boleh cari resepi di blog lain hanya dengan satu singgahan utama. Pasti blog yang pertama itu akan jadi sumber terunggul sebab di situ dah ada bloglist blog lain yang papar resepi dan masakan. Untung-untung kena bookmark dalam pelayar internet!

      Resepi Lengkap Serba Serbi

      Kena lengkap. Penting jika nak pikat pengunjung pertama kali. Jika anda tulis setakat sekadar nak tulis anda tahu resepi dan masakan tertentu, baik tak yah buat. Nak memberi, berikan secara total dan lengkap, ceritakan dari A sampai Z. Sebuah blog personal atau peribadi genre ini kena selitkan elemen bercerita .. barulah nampak real dan terbayang di kepala otak pengunjung yang baca.

      Cukup.

      Ini adalah teknik dan cara untuk hasilkan blog peribadi genre masakan terbaik. Percayalah, semua ini ada dalam blog ini (klik) yang telah terima lebih 44 juta pageviews dan semakin berkelip setiap masa hatta waktu penulis blog ini sedang lena diulit mimpi.

      Saya kagum dengan blog ini sejak saya kenal 2010 lagi. Dan pastilah ketika itu saya seorang house husband yang cuba cari resepi nak hidangkan masakan terbaik buat keluarga tersayang.

      Bookmark blog masakan terbaik di Malaysia ini, walaupun tak ada sapa nak bagi anugerah, tapi percayalah, ramai suami isteri yang hidup rukun damai aman sentosa dek kerana resepi yang sedap dari blog masakan terbaik Malaysia ini.



      Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

      Tahniah kepada rakan blogger yang ambil langkah mendaftar dengan Advertorial.MY. Saya percaya ramai blogger mahu dapatkan peluang untuk menulis advertorial, mahu mendapat peluang job reviews. Job reviews bagus untuk dijadikan sumber income blog, kerana ia berkaitan minat blogger yang memang suka menulis sesuatu.

      Menulis sebuah entri advertorial atau buat job reviews bukannya mudah. Banyak aspek kena fikirkan kerana ia melibatkan kepuasan pelanggan, iaitu orang atau organisasi yang memberikan tugasan review kepada anda. Mereka perlu rasa berbaloi dengan nilai yang mereka bayar pada job reviews yang diberikan.

      Dalam menulis sebuah entri berbentuk advertorial, apa yang perlu anda tulis mestilah berdasarkan pandangan dan pendapat peribadi anda, seandainya pelanggan mahukan sesuatu aspek tertentu ditambah di dalam penulisan, anda kena pastikan apa yang anda tulis bukan sekadar menurut kehendak mereka semata, perlu ada sentuhan peribadi yang menunjukkan bahawa entri itu ditulis berdasarkan amatan dan apa yang anda fikirkan.
      Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

      Tips Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik

      Baiklah, saya cuba berikan sedikit tips tentang cara menulis sebuah entri advertorial yang baik. Anda boleh jadikan ia satu panduan apabila menerima tawaran job review menerusi Advertorial.MY.

      Guna Gaya Bahasa Sendiri

      Tulis mengikut gaya bahasa anda, walaupun pengiklan sudah tetapkan sekian sekian perkara yang perlu dimasukkan di dalam entri tersebut, pastikan anda tidak nampak seperti pembaca berita yang baca skrip depan kamera (pembaca berita pun ada lenggok bahasa sendiri).

      Cuba elakkan ubahan pada gaya bahasa anda. Jika sebelum ini anda tulis guna kata ganti diri 'aku' maka gunakan 'aku'; jangan tetiba jadi saya. Jika sebelum ini memang menulis secara santai, maka teruskan dengan gaya santai tersebut. Jika fikir anda perlu skema sikit dalam penulisan, cuba selitkan dalam perenggan lain ayat-ayat anda yang imbangkan ayat-atau perenggan yang nampak seperti template entri daripada pelanggan. Cuba anda lihat contoh yang saya buat ini - Kesedaran Mengenai Ejakulasi Pramatang - Kempen Be Brave

      Mesti Ada Gambar

      Sebuah post advertorial yang baik perlukan gambar. Dan gambar tersebut mestilah relevan dengan tajuk, kandungan dan tujuan review itu ditulis. Selalunya job review yang melibatkan pemakanan, event, percutian, produk dan servis, mesti nak kena ada gambar yang tunjukkan bahawa anda melibatkan diri secara benar dalam penulisan review tersebut.

      Contoh seperti anda review mengenai servis sebuah portal yang sediakan lokasi dan tempat untuk mendapatkan burger bakar dan juga nasi Arab; maka kena ada gambar portal atau laman web tersebut, kena ada gambar burger bakar, dan kena ada nasi Arab yang nampak sedap. Bukan sekadar gambar yang lepaskan Batok di tangga sahaja. Carilah gambar atau dapatkan gambar tersebut daripada pengiklan, saya pasti mereka pasti akan berikan gambar terbaik untuk bantu hasilkan sebuah job review yang bagus. Cuba lihat contoh ini - Saji.MY Portal Mudahkan Cari Burger Bakar dan Nasi Arab Sedap

      Nyatakan Ia Sebuah Entri Advertorial

      Ramai blogger Malaysia tak buat cara ini. Mungkin kerana mahu nampakkan bahawa entri tersebut adalah entri pengalaman sebenar. Namun tidak salah anda meletakkan sedikit pemberitahuan di hujung entri menyatakan bahawa ia merupakan satu entri advertorial.

      Ia bukan sekadar beritahu kepada pengunjung blog anda; tetapi ia juga memberikan peluang untuk anda dapatkan lagi job reviews. Manalah tahu ada usahawan atau syarikat yang nak dapatkan servis anda menulis advertorial, mungkin akan rujuk entri-entri tersebut. Dan pengunjung yang mungkin usahawan yang berduit nampak anda ada skill menulis sebuah entri review yang bagus jika mereka tahu ia merupakan sebuah advertorial yang anda tulis sendiri.
      Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
      Oh ya, jangan lupa untuk labelkan entri anda dengan advertorial, supaya mudah untuk anda rujuk kemudian, manalah tahu kot-kot apa yang anda review tu nanti salah di sisi undang-undang, mudahlah anda nak buang... ye tak? Contohnya seperti anda review produk makanan kesihatan, tup tap .. ia merupakan produk makanan yang ada sumber terlarang ... hoho .. takkan nak terus biarkan dalam blog, naya je nanti kena cekup dan masuk dalam lokap sebab promosi benda salah.

      Letak Link Pada Sumber

      Sebuah entri advertorial yang bagus kenalah bagi backlink kepada sumber. Jika anda menulis job reviews, anda mesti bertindak untuk nyatakan sumber anda. Tulis penulisan berbentuk begini perlukan fakta, jadi hati-hati, jangan silap tulis .... kerana ia bukan sahaja berikan impak buruk pada anda, malah terhadap pengiklan yang berikan job reviews itu.

      Nyatakan laman web pengiklan, jika ada nombor contact lagi bagus. Ada gambar tuan punya bisnes lagi- lagilah bagus. Dengan kata lain, pastikan entri advertorial itu memberikan maklumat mengenai pengiklan.

      Buat Research

      Benda ni sebetulnya dibuat sebelum anda kata setuju dengan pengiklan yang berikan job review. Bukan apa, anda kena tahu apa yang akan anda tulis sebelum anda setuju untuk menulis. Anda kena lihat dan baca sumber-sumber tentang servis dan produk yang dinyatakan. Anda kena ingat, bukan semua produk dan servis itu bagus. Silap cerita di dalam blog, nanti kena tempias pada anda.

      Buat kajian, buat semakan. Jangan kerana mahu dapatkan job review yang membayar cukup lumayan, anda lupa bahawa ramai yang dah terkena dan jadi mangsa.

      Berhubungan Dengan Pengiklan

      Menjadi tanggungjawab anda untuk bertanya kepada pengiklan, apa yang mereka mahukan di dalam penulisan anda. Kena tanya setiap aspek, kena berhubung dengan pengiklan. Lagi smart kalau anda jalinkan satu persahabatan dengan pengiklan tersebut.
      Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
      Ini adalah pengalaman saya. Saya dapat job reviews, saya berhubungan dan tanya segala kehendak. Saya berikan kelebihan untuk mereka lihat dan baca hasil job review yang telah dibuat, jika ada penambahan atau pembetulan, lakukan segera. Elakkan bertangguh kerana ia akan beri kesan kepada mereka yang bayar anda sehingga RM500 hanya untuk berikan review kepada servis dan produk mereka.

      In Sha Allah, anda akan terkejut bila esok lusa mereka cari anda lagi, jika bukan untuk tulis review pun pasti akan kembali untuk dapatkan servis yang lain - contohnya sewa tapak iklan banner, buat banner untuk produk, jadi affiliate produk eksklusif dan macam-macam lain. Mungkin anda akan dijemput oleh mereka untuk promosikan blog anda di kalangan rakan niaga mereka yang lain!
      Cara Menulis Entri Advertorial Terbaik
      Semoga entri ini beri manfaat kepada blogger yang ingin jana income menerusi job reviews yang kini sudah terbentang luas bila daftar dengan Advertorial.MY. Jika anda seorang blogger, mahu dapat peluang job review dan dibayar sehingga RM100-300 untuk satu post (malah leh dapat sehingga RM500 satu post) maka pastikan blog anda telah mendaftar dengan Advertorial.MY.











      Blog Peribadi Dedah Tips Rahsia Blogger Berjaya

      Ya. Ini adalah merupakan blog peribadi yang paparkan tips blogging yang ada dalam dunia blog Malaysia. Banyak tips blogging yang saya kongsikan adalah tips yang popular dan banyak blogger popular dah buat. Cumanya, mungkin penyampaian itu tidak secara menyeluruh dan ada blogger yang tidak tahu, termasuklah blogger baru.

      Jadinya, saya lakukan inisiatif untuk tulis entri yang berkaitan tips blogging, tips SEO, cara menulis blog dan macam-macam lagi termasuklah perkongsian saya mengenai widget blogspot yang boleh digunakan oleh blogger Malaysia.

      Blog Peribadi Dedah Tips Rahsia Blogger Berjaya

      Blog peribadi?

      Kira peribadilah sebab ia merupakan tips blogging yang saya sendiri gunakan. Mungkin ada blog lain yang buat atau papar entri yang sama; samada tuan punya blog praktikkan, itu di luar bidang pengetahuan saya. Jika mereka beritahu dan tunjukkan bukti, mungkin mereka dah buat cara tersebut.

      Memang benar, kebanyakan tips dan panduan blogging yang saya kongsikan, saya dah cuba. Mungkin ada beberapa entri yang saya cuma kongsikan, tetapi saya tengok dulu samada ia berbaloi atau tidak saya tulis dan berikan pada anda yang mencari entri sebegini.

      Cuba Untuk Tidak Menulis Tentang Tips Blogging

      Saya nak cerita perkara lain sebenarnya dalam blog ni, termasuklah kisah saya gi sana sini, pergi bercuti, makan-makan, tapi nampaknya yang banyak sambutan adalah entri-entri yang berkaitan dunia blog dan tips blogging. Jadi macamana?

      Mungkin saya berhenti cerita pasal tips blogging, panduan blogger, kongsi widget blogspot dan sebagainya. Lepas tu, saya buat kelas belajar blogging .. saya caj RM100, RM200 untuk hadir; agaknya ada yang nak pergi tak?

      Ok. Bagi blogger yang berduit tu mungkinlah akan pergi. Jadi, bagaimana dengan blogger baru yang cuba nak tempatkan diri dalam dunia blog ni? Takkan selamanya nak suruh mereka follow blog-blog yang dah memang terkenal sana sini? Peluang mereka bagaimana?

      Nak belajar untuk kejar impian jadi blogger berjaya, kena bayar sekian-sekian harga. Alamatnya, blogger baru akan terus jadi blogger baru. Terus jadi pengikut dan pembaca blog-blog yang dah berjuta-juta pageviews tu. Peluang mereka ditentukan oleh blogger senior .... hmm ....

      Blog ini adalah untuk dijadikan panduan bagi blogger baru yang nak bertatih, nak dapat tempat dalam dunia blog, nak tahu cara dapatkan trafik, nak tahu bagaimana nak ada orang baca tanpa perlu jadi popular dan ada ramai pengikut; itu yang saya tampilkan dalam blog ini.

      Bayar nak jadi blogger profesional .. oklah, belajar cara menulis yang boleh datangkan income, ok ... boleh masuk kelas, bayar sekian-sekian .. sebab bila keluar kelas, dah boleh jana income sendiri dengan menulis blog; maka perlu untuk pelaburan untuk ilmu tersebut.

      Blog ini saya tulis untuk dedikasikan pengetahuan yang ada untuk bantu blogger kecil, blogger picisan, blogger sekadar di pinggiran yang dok tulis macam-macam di dalam blog tetapi mereka tak dapat tempat. Nak dapat tempat, kena buat itu dan ini .. bukan semua orang ada masa seperti itu.

      Saya yang blogger sepenuh masa pun tak terkejar, apatah lagi blogger yang buat blog di kala waktu lapang .... 

      Benda ni saya fikir lama dulu...

      Memberi Lebih Baik Dari Menerima

      Kemudian, tinggggg ... rezeki dari Allah S.W.T; bagi saya kesempatan untuk muncul dalam dunia blog Malaysia, sampai ada yang berikan title kat saya yang sememangnya tak layak pun pegang. Jadi, sebagai kenangkan waktu susah nak naik dan wujudkan jenama sendiri dalam dunia blog ni, saya sedikit demi sedikit relakan diri setiap hari tidur jam 3-4 pagi, cuba pelbagai teknik berblog. Tujuannya cuma satu, saya nak berikan ilmu pengetahuan tentang blogging ini kepada orang lain, secara percuma.

      Tips blogging yang sering orang cakap ialah menulis kena ikhlas, kena dari hati ... tapi realitinya, ramai dah blogger yang tulis macam tu .. .. tapi ... mana kedudukan blog mereka? Masih lagi perlu jadi pengikutkah?

      Blogger itu dapat itu ini, dapat buat duit online, dapat tajaan macam-macam, blogger lain?

      Saya pun bukannya akan terus terusan berikan tips blogging. Saya dah tua, esok lusa tak siapa yang tahu kerana ajal itu boleh datang bila-bila masa.

      Terima kasih pada semua orang yang baca blog saya ni, yang geledah segala macam ilmu pinjaman Allah S.W.T berikan pada saya, saya syukur .. saya boleh menulis dan berkongsi tips blogging kepada semua orang. Semoga apa yang diberikan ini akan bantu saya dilapangkan kubur, dan diberikan redha oleh Allah S.W.T.

      In sha Allah.



      p.s: Dalam dunia blog ni, trafik memang sangat penting. Dari trafik itulah, anda boleh sulam entri-entri blog anda supaya dikenali dan dapat tempat; tak ada trafik maka esok lusa matilah blog tersebut. Semua orang kagum dengan blog yang ada trafik tinggi .... tak percaya? Tanya diri sendiri ..

      Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

      Sindrom ini memang semua orang akan rasa. Semangat berblog akan jadi luntur. Saya dah banyak perhatikan, ramai rakan blogger yang tewas meneruskan hobi menulis blog ini dek kerana lunturnya semangat. Dan saya, akui ia juga berlaku pada diri sendiri. Bila semangat menjadi luntur dalam dunia blog Malaysia ... aku cuba cari balik ... adakah anda juga lakukan seperti itu?

      Semangat jadi luntur bila rasa usaha menulis itu yang dibuat dengan rasa tekanan dan beban, yang akhirnya tidak nampak impaknya. Tulis penat-penat, tak ada orang baca. Ada blogger kata, ala .. menulis untuk diri sendiri je .... cerita nak kongsi untuk anak-anak .... tapi dalam pada masa sama, dok tulis entri .."Kenapa blog aku tak ada orang baca..."  tak pun .... "Kenapa blog aku tak buat duit .." dan macam-macam lagi.

      Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

      Percayalah.

      Saya pun banyak kali kata begitu. Benda yang dah luntur, dilunturkan lagi; seolah menyerah kalah dah.

      Ramai blogger yang pernah saya kenal dulu, dah tutup blog. Sedih juga, tapi nak buat macamana, itu keputusan yang mereka buat. Ada desakan atau tidak, itu kisah dan sebab yang mereka sendiri tahu.
      Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

      Semangat berblog ini ... macamana saya nak cakap ehh, jika tidak dari rakan blogger sendiri yang berikan semangat, mungkin saya sendiri dah lama berhenti menulis.


      Dulu, saya menulis blog lebih personal, saya tulis cerita mengenai hidup saya, kongsi gambar macam-macam, tapi tak ramai baca .. "Who you?" .... tiada siapa nak baca kisah lelaki kulit gelap yang tinggal ntah mana daerah pun tak siapa tau.

      Tau pageviews blog saya ketika tu berapa? 50 pun tak cecah dalam sebulan! Sadis tak? Tengok statistik ni yang pernah satu ketika dulu saya dapat untuk blog ni.
      Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

      Ok, dapatlah juga 400 sebulan .... leh congak sendiri untuk 24 bulan saya ada blog masa tu. Puratanya dalam 800 pageviews sebulan. Tak menentu. Ada bulan dapat trafik banyak, ada bulan trafik bawah 100 .. bawah 50. Masa dapat banyak tu, selalunya sebab saya join segmen-segmen blogger. Kejap je naik .. pastu?

      Saya pasti ramai blogger pun dapat trafik yang lebih kurang camni, turun naik. Naik bila join segmen atau buat segmen, join giveaway dan segala bagai. Tapi lepas tu .. mana nak dapat dah trafik gitu, nak harapkan dapat 10 hits sehari pun gila payah.

      Saya dah hilang semangat ... semangat berblog saya jadi luntur macam dah kena clorox dah.

      Sampai Bila Nak Harap Pertolongan Blogger?

      Sampai bila saya nak harapkan orang baca blog melalui segmen?

      Sampai bila saya nak harapkan blogger lain bantu saya dapatkan trafik. Dah la tak ada kelebihan apa-apa pun, kacak? Tentu tidaklah. Terkenal .. haha .. jauh sekali. Masuk TV? Masuk majalah ... of course tak ada yang sudi. "Lu sapa? pengikut blog pun tak sampai 5 ribu .. kata blogger otai dah lama ada blog ... poyo je lebih"

      Saya tukar. Saya kaji entri yang jadi penarik. Kenapa ada entri yang tak buat apa-apa, ada trafik sendiri. Saya belajar tentang nak bolehkan entri masuk Google. Saya belajar cara nak tulis entri yang bagus.

      Terima kasih pada blogger-blogger yang bantu berikan trafik ke blog ini masa awal saya nak berblog. Terima kasih banyak-banyak, jasa anda memang sukar saya nak balas. Bila nak balas, ada pula yang pandang serong, kata saya asyik naikkan nama blogger tu je ...  kenapa? salahkah saya balas balik apa yang blogger-blogger ini berikan pada saya sewaktu dulu?

      Dalam hati tak siapa yang tahu.

      Saya juga pernah kecewa, saya pernah hilang semangat dalam dunia blog ini.

      Salam,
      Saya dah banyak study tips-tips yg ___ bagi dlm blog ___ ni. Terima kasih byk2, sbb tak sampai dua mingggu saya baru setup blog, google analytic dah show 3,350 pageviews. Nuffnang pulak ada 1500+ UV dan 2300+ visitors. Hardcore tak hardcore lah tips2 yg __ share-kan bersama kami. Itu pun saya x habis study lagi tips2 lain yg __ bagi dlm blog tuan ni.

      Terima kasih,
      shafrizal,
      http://serbaalah.blogspot.com

      Dan semangat untuk berblog saya kembali .....


      Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur


      27 September 2014

      Cara Tulis Entri Teknik Psikologi Terbalik

      Sebelum ini, saya ada menyatakan bagaimana menggunakan pendekatan metafora dalam menulis entri. Penulisan dengan ayat2 metafora juga sesuai untuk membuat entri bersifat nasihat dan teguran. Ia tidak direct, lebih santai, lebih lembut. Tapi tak semua menggemari cara berkenaan.

      Jika anda perasan, kebanyakkan dari kita - pembaca2 blog lebih tertarik dengan tajuk entri panas, yang ada aura negatif, kisah2 buruk .. benda ni memang selalu dan sering dipraktikkan dalam blog-blog yang ada cerita sensasi lagi panas. Tidak dinafikan.

      Cara Tulis Entri Teknik Psikologi Terbalik

      Cara Tulis Entri Teknik Psikologi Terbalik
      Psikologi Terbalik? Benda apakah itu? Psikologi Terbalik atau dalam bahasa inggerisnya - Reverse Psychology. Dek kerana hati tertanya-tanya apakah maksud sebenar di sebalik tajuk, mereka akan klik. Cara ini secara naturalnya akan memikat pembaca, malah hampir semua pembaca. Dan cara ini terbukti boleh memberikan trafik yang mendadak ke blog. Tak percaya ...anda cubalah buat entri sepertinya.

      Tapi awas ... ada awasnya bila nak tulis cara ni.

      Secara sejarahnya, psikologi terbalik (reverse psychology) ini digunakan pertama kali oleh dua rakan karib iaitu Adorno dan Horkheimer tahun 1970-an. Ianya merupakan satu teori yang mengatakan pada orang lain sesuatu yang berlawanan dengan apa yang ingin mereka lakukan atau percaya. Teori ini mempercayai bahwa orang akan memberi respon berlawanan atau berkebalikan dari perintah yang diberikan kepada mereka.

      Selalunya pendekatan ini dibuat kepada kanak-kanak, ia salah satu cara buat kanak-kanak memahami sebab dan akibat sesuatu perbuatan salah yang mereka lakukan.

      Sahkah Dari Segi Moral?

      Namun timbul juga persoalan samada pendekatan ini sah dari segi moralnya. Ada pendebatannya, kerana ahli-ahli yang berdebat ini risau dan khuatir pendekatan seperti ini boleh silap dimanipulasi oleh mereka yang lainnya, tambahan lagi pendekatan ini disifatkan sebagai kadangkala mengelirukan, ia boleh menyesatkan seandainya tersalah langkah.

      Dalam membuat entri yang berbentuk begini, adalah penting adanya entri counter atau entri backup untuk menerangkan tujuan sebenar. Sebabnya entri2 sebegini perlukan penjelasan jitu yang boleh memadamkan atau melengkapkan maksud sebenar yang cuba disampaikan.

      Teknik Padam Api

      Dari pengalaman saya sebagai salah seorang yang pernah belajar mengenai api .... dalam teknik memadamkan kebakaran contohnya, tak semestinya anda memadamkan api dengan air atau bahan pemadam api yang lain. Katakan ada satu kebakaran berlaku di tempat A, untuk elakkan ia lebih memberikan lebih kemusnahan, anda ujudkan api di tempat lain agar api di tempat A itu dapat beralih. Ohhh ini mungkin contoh yang tak berapa bagus. Motifnya agar bahan bakar habis - oksigen.

      Alamak .. saya tak dapat nak fikirkan contoh yang tepat. Anda mungkin?

      Tetapi sebagai kesimpulannya, anda boleh sahaja menggunakan pendekatan ini dalam penulisan entri berbentuk nasihat dan bertujuan menegur, namun perlu pastikan anda tidak terlalu beremosi, dan pastikan anda tahu apa yang sedang anda lakukan. Jangan buat orang lain terlalu buruk sangka dengan anda, sebab bila anda undang perkara begini, anda seolah membolehkan perkara lain - iaitu fitnah singgah tanpa anda sedar. Bila anda sendiri penyebab fitnah kepada diri anda .... maka jangan nanti anda terpekik mengatakan ia adalah tidak benar.

      Bahaya Tapi ...

      Sungguh bahaya, namun dalam satu aspek lain, jika anda bijak, ia pasti akan menjadi entri yang akan dikenang sampai bila-bila .... dan tentunya apa yang anda ingin sampaikan dah pun sampai, baik buat mereka yang bersetuju mahupun tidak dengan pendapat anda.

      Semoga bermanfaat.

      Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

      Ramai blogger yang masih lagi tak tahu cara dan teknik untuk ajak orang baca entri blog, tanpa memerlukan ping sana sini, terutama di laman sosial seperti Facebook Group. Jika anda seorang pengikut setia blog ini, dan membaca blog ini secara konsisten, saya ada berikan tips ini untuk dipraktikkan. Tapi, tak mengapalah, mungkin ada yang terlepas pandang.

      Bagaimana nak ajak orang baca entri blog anda tanpa susah payah nak ping sana sini? Ok, ada beberapa cara dan kaedah, yang berbahagi kategori, tapi biarlah saya ceritakan secara umum.
      Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

      Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping

      Tajuk Memikat, Entri SEO

      Ok, cara yang pertama ialah gabungan dua kaedah, iaitu teknik menulis tajuk entri memikat dan juga teknik menulis entri SEO. Anda perlu tahu bagaimana nak memilih tajuk yang sesuai dengan entri anda. Bagi menghasilkan sebuah entri yang bagus, dan pada masa yang sama patuh SEO (Search Engine Optimization), anda perlu menulis sebuah entri yang punyai kata-kata kunci power yang boleh memikat pengunjung.

      Dalam teknik SEO, tajuk entri memang sangat penting, sama penting dengan cara kita menulis entri. Tajuk mesti power, dan entri pula mesti berkualiti. Anda tidak boleh harapkan setakat tajuk sebab kalau tidak ada kandungan yang baik, esok lusa anda akan kehilangan pembaca blog anda.

      Like Entri Sendri

      Ramai blogger Malaysia tak buat benda ni. Mereka harapkan orang lain untuk like entri yang ditulis dan diterbitkan, walhal mereka sendiri tak buat. Jadi, perlu untuk anda selepas terbitkan entri blog, sila Like entri anda sendiri. Jika anda pun dah tak suka, bagaimana nak harapkan orang lain?

      Cara ini tidak libatkan anda kongsikan entri tersebut di group Facebook atau nak kena ping sana-sini, cukup anda like, in Sha Allah, dengan teknik tajuk memikat yang saya katakan di awal tadi, akan ada orang baca blog dan entri yang anda telah like itu. Nak bagi lebih umppphh .... buat ayat tambahan lain selain tajuk entri semasa anda like entri anda (selalunya akan muncul satu pop up skrin dinding Facebook anda).


      Bloglist

      Ambil peluang untuk masukkan blog anda di dalam bloglist orang lain. Ini merupakan teknik lama yang saya sendiri masih gunakan, dan ia memberikan trafik yang cukup baik untuk blog ini. Bila anda sudah dapat peluang untuk berada di dalam bloglist orang lain, gunakan teknik menulis tajuk memikat supaya tajuk entri blog anda diklik dari bloglist tersebut.

      Tinggalkan Komen Pada Blog Yang Ada Sistem CommentLuv

      Cara ini banyak saya gunakan ketika blogwalking ke blog-blog blogger profesional yang gunakan platform WordPress, serius memang menjadi. Saya banyak dapat trafik dari blog Denaihati.com yang ada sistem ini, dan kadangkala dapat trafik dari blog seperti MelastikBintang.com, Shakiddo.com, HazmanFadzil.com dan ramai lagi. Anda perlu rajin sedikit untuk dapatkan trafik cara ini. Rajin komen blog mereka, in Sha Allah akan dapat trafik ke blog tanpa perlu nak ping sana sini.

      Anda boleh lihat contoh yang diberikan di bawah ini, salah satu komen saya tinggalkan di blog Shakiddo.com, penggunaan sistem CommentLuv digunakan.
      Cara Ajak Orang Baca Entri Blog Tanpa Ping


      Ok, rasanya cukup untuk anda hadam teknik dan cara dapat trafik ke blog tanpa ping yang saya fikir mudah untuk dipraktikkan. Mahirkan diri perlahan-lahan, jangan cuba paksa diri .... sebab bila paksa ni, mudah sangat diri rasa kecewa.

      Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.


      2 Teknik Mudah Percuma Tingkatkan Facebook Like

      Ada yang tanya saya, apa teknik yang mudah dan percuma untuk tingkatkan like pada Fanpage Facebook? Hmm .. sebenarnya memang ada. Saya dah pernah ceritakan banyak cara dan kaedah untuk dapatkan dan tingkatkan Facebook Like ini. Salah satu cara yang saya gunakan ialah menerusi widget Facebook Fanpage latar gelap. Malah ada beberapa lagi versi cara yang lebih kurang sama dengan widget tersebut.

      Namun, awas ... ada beberapa widget yang seperti itu boleh mengundang padah. Ada widget Facebook Fanpage Like terkandung script yang membahayakan blog, dan ada yang mengandungi automatik pop up iklan-iklan yang anda tidak ingini. Jika anda dah cuba, dan tetiba mendapat masalah seperti yang saya katakan ini, cepat-cepat anda buang dan cari teknik lain.
      2 Teknik Mudah Percuma Tingkatkan Facebook Like
      Serius. Memang ada banyak teknik mudah untuk tingkatkan Facebook Like ini. Namun, bukannya semua sesuai dengan blog anda. Elakkan melakukan sesuatu yang akan buat anda menyesal, namun sebagai seorang yang ingin mencuba dan lihat kesannya sendiri, saya galakkan ... supaya nanti anda boleh belajar sesuatu dari kesilapan anda itu .. hehehe... bila rasa sedas dua macam apa yang saya rasa, barulah akan serik tak buat lagi. Amacam? Ada berani?

      2 Teknik Mudah Percuma Tingkatkan Facebook Like

      Ok. Berbalik dengan tajuk, apakah 2 teknik mudah yang percuma untuk tingkatkan like yang saya maksudkan? Adakah ia melibatkan penggunaan widget seperti awal entri ini?

      Oh tidak, ini merupakan satu teknik outsource, iaitu melibatkan pihak ketiga untuk bantu anda tingkatkan Facebook Like - dan yang menariknya, bukan setakat like FB Fanpage, tetapi juga status FB, tingkatkan jumlah follower di Facebook, dapatkan lebih banyak share untuk satu-satu status dan banyak benda lain yang meliputi media sosial lain.

       

      Mendapatkan Servis FB Like Percuma Dari AddMefast

      Caranya ialah dengan membuka satu akaun percuma dengan AddMeFast. Apabila anda mendaftar, anda akan mendapat 50 points. Points inilah yang anda akan gunakan untuk mendapatkan apa yang diperlukan - samada jumlah like untuk fanpage, jumlah like pada status, dan macam-macam lagilah. Terpulang pada anda untuk pilih mana satu yang anda mahukan.
      Cara tingkatkan like secara percuma dan mudah
      Point ini walaubagaimanapun akan habis, jadi sebagai tricknya, anda kena beli points. Atau dengan kaedah percuma, anda gunakan servis untuk anda like Fanpage atau like status lain, atau share .. atau apa sahaja yang diminta untuk mendapatkan points percuma.

      Berminat nak mencuba? Boleh dapatkan akaun percuma anda di sini - AddMeFast

      Haa ... nampak tak? Dah daftar, dapat 50 points untuk dapatkan lebih kurang 50 likes, pastu nak dapatkan lebih, anda kena like status atau fanpage pengguna lain. Kira macam "hang klik aku, hang dapat point, lepas tu aku klik hang, aku dapat points" .. gitulah. 
      Cara tingkatkan like secara percuma dan mudah

      Mendapatkan Servis Percuma FB Like Daripada AsiaCube

      Sama dan lebih kurang macam cara AddMefast, cuma bezanya ialah ia guna istilah coins di sebalik points. Itu sahaja. Ia juga percuma selagi anda ada coins, nak dapatkan coins ini sudah pastilah anda kena buat macam orang lain buat .. hoho ...

      Cuma yang bestnya dengan AsiaCube ni, anda boleh jana income tersendiri dalam USD. Wohooo .... what the fish, boleh jana income? kachinggg ... hoho ...

      Anda boleh daftar dan dapatkan akaun percuma anda di sini - AsiaCube
      Cara tingkatkan like secara percuma dan mudah
      Itulah dua teknik mudah dan percuma yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan like, mahupun untuk dapatkan follower bagi akaun-akaun laman sosial milik anda. Dan bukan tingkatkan like sahaja, boleh juga anda gunakan servis ini untuk bolehkan ramai lagi share apa yang anda tulis di Facebook, atau mungkin dapat retweet ... dan macam-macam lagi .... anda boleh lihat sendiri nanti.

      Sekali lagi, jika nak cuba perkhidmatan ini, boleh buka akaun anda - AddMeFast dan AsiaCube.

      Selamat mencuba dan semoga berjaya.

      "Bro cuba tak?" .. saya cuba takat lima minit, pastu dah .. malas nak godek ... hoho .. :P



      25 September 2014

      Pembayaran Pertama Income RevenueHits

      Dapat income daripada platform pengiklanan RevenueHits. Saya tak pasti bila saya daftar dan kat mana saya gunakan platform pengiklanan ini. Tergaru-garu kepala saya dibuatnya. Mungkin di salah satu blog saya yang lain.

      Tak banyak yang saya dapat, tapi alhamdulillah, bertambahlah sikit pendapatan dari menulis blog ini. Lagipun dah lama saya tak isikan modal dalam akaun PayPal saya. Manalah tahu kot-kot nak beli belah secara online, bolehlah guna akaun PayPal saya nanti. Pada mereka yang belum mempunyai akaun PayPal, segeralah daftar dan buka satu akaun percuma PayPal.

      Boleh rujuk entri ini - Cara Buka Paypal Terima Bayaran untuk buka akaun PayPal anda sendiri, atau anda boleh terus daftar di sini - Daftar Percuma PayPal Malaysia. Anda boleh gunakan akaun PayPal itu, samada untuk terima bayaran dan juga membuat bayaran. Dan jangan risau, ianya adalah selamat 100 peratus. Saya dah sekian lama guna sejak 2008 lagi.

      Pembayaran Pertama Income RevenueHits

      Dapat USD5.46 income dari RevenueHits.com. Ianya adalah salah sebuah medium pengiklanan yang membayar anda dalam USD. Cukup USD5, ia akan terus masukkan income ke dalam akaun PayPal. Anda tidak perlu mohon untuk keluarkan income. Lihat seperti apa yang saya dapat, sampai tak sedar dan tak tahu macamana boleh dapat.... hoho.

      Pembayaran Pertama Income RevenueHits
      Tiada sebarang bayaran untuk anda daftar dengan RevenueHits ini. Segalanya percuma. Anda boleh buka akaun, dan terus gunakan kod HTML pengiklanan yang disediakan di RevenueHits.com ini. Ada beberapa pilihan banner iklan yang boleh anda gunakan bagi mendapat income blog menerusi platform pengiklanan ini.

      Berminat nak jana income blog menerusi RevenueHits? Daftar terus di RevenueHits.com



      Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog

      Salah satu teknik baru iaitu kongsi status Facebook di blog, ramai yang mungkin tak berapa tahu ianya boleh dibuat dan bantu naikkan jumlah like Facebook Fanpage mahupun like status di wall FB. Maka, dengan sedikit pengetahuan ini, saya berikan panduan cara-cara untuk kongsi status Facebook di blog. Mudah je, hanya ikuti langkah demi langkah yang diberikan.

      Cara kongsi status Facebook di dalam entri blog adalah salah satu teknik yang boleh anda cuba untuk dapatkan Like Facebook, samada untuk Fanpage mahupun untuk status di dinding FB. Ia bukan sahaja akan meningkatkan jumlah Talking-About-This (TAT) untuk Fanpage tetapi juga satu teknik yang boleh menambah bilangan follower di Facebook.

      Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog

      Pertama sekali, anda perlu pilih mana-mana satu status Facebook samada di dinding personal mahupun di Fanpage untuk melakukannya. Lihat contoh yang saya berikan di bawah ini.
      Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog
      Dah pilih mana yang sesuai untuk diketengahkan, klik bahagian atas hujung seperti di atas, dan pilih Embed Post. Anda akan diberikan kod HTML seperti ditunjukkan di bawah ini:
      Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog

      Salin kod HTML tersebut dan kemudian letakkan di dalam entri blog yang mahu anda terbitkan, seperti yang saya tunnjukkan di bawah ini:
      Cara Kongsi Status Facebook Dalam Entri Blog
      Kemudian, terus save dan publish entri anda. Hasilnya akan jadi seperti di bawah ini.



      Jadi bagaimana? Kelihatan menarik tak? Ia akan mempelbagaikan cara anda menyampaikan sesuatu di dalam blog anda. Tidaklah pengunjung nampak boring je tak .. hoho ...

      Ok. Selamat mencuba.

      p.s: Barang saya pesan dari Lazada Malaysia baru sampai, boleh jenguk kat Google Plus milik saya, apa barang saya beli ... 


      Apple iPhone 6 Serendah RM2799 Lazada Malaysia

      Harga Apple iPhone 6 serendah RM2799 di Lazada Malaysia. Ini bermakna anda mendapat diskaun lebih 35%. Harga terendah setakat ini yang saya jumpa, yang dijual secara online. Jika anda seorang peminat produk-produk berkualiti daripada Apple, tentu boleh check-it-out di Lazada Malaysia.

      Oh, dengar cerita pihak Lazada Malaysia akan membuat jualan diskaun dan potongan hebat besar-besaran pada hujung bulan ini. Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah secara online di Lazada Malaysia.

      Harga Telefon Pintar Terendah Lazada Malaysia

      Apple iPhone 6 Serendah RM2799 Lazada Malaysia

      Saya sudah beberapa kali membuat pembelian atau beli belah online di Lazada Malaysia. Dan alhamdulillah, setakat pengalaman beli belah menerusi Lazada Malaysia, tiada masalah yang timbul. Barangan pun cepat sampai, dalam masa sehari sahaja dah tiba depan pintu rumah.

      Beli di Lazada Secara COD, Kad Debit Mahupun Kad Kredit

      Saya pernah beli produk barangan elektronik, dan juga tablet daripada Lazada. Percaya atau tidak, ada produk yang saya beli tak perlu pun buat pembayaran awal, malah kos penghantaran juga percuma. Saya cuma bayar setelah barangan yang saya beli tiba depan rumah, iaitu kaedah pembayaran COD atau Cash-on-Delivery. Tak ada tunai semasa produk sampai, jangan risau, perkhidmatan penghantaran ada sediakan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit secara mobile!

      Setakat yang saya tahu, Lazada Malaysia menggunakan servis dua syarikat penghantaran produk - iaitu syarikat TA-Q-BIN dan juga GDex. Selalunya jika produk yang dibeli ada kemudahan bayaran COD, ia akan gunapakai TA-Q-BIN, dan jika dah siap bayar, akan guna servis dari GDex. Ini berdasarkan pengalaman saya sendirilah. Orang lain tak pasti pula saya.

      Info Pembelian Terus ke Email

      Jika anda membeli di Lazada, ia akan beritahu info dan maklumat terperinci pembelian anda terus ke email. Dan apabila produk sudah dalam proses penghantaran, ia akan maklumkan anda samada menerusi email mahupun SMS di telefon anda. Jadi, anda boleh pantau ke mana halanya produk yang telah anda beli di Lazada Malaysia.
      Lazada Malaysia

      Banyak tawaran menarik disediakan di laman beli belah Lazada Malaysia, dan terkini termasuklah Apple iPhone 6 yang dijual serendah RM2799 sebuah. Malah, ada produk-produk lain yang hot dijual di Lazada Malaysia seperti telefon pintar Xiaomi Redmi 1S yang dijual serendah RM419.00.

      Anda juga akan menerima rebat tertentu sehingga RM50 jika membeli menggunakan kad debit atau kredit daripada CIMB. Ohh bertuahnya pelanggan CIMB ... dapat rebat lagi.

      Peminat gajet, peminat produk Apple iPhone 6, termasuk iPhone 5s; jangan lepaskan peluang dapatkan harga terendah produk Apple terhangat ini di Lazada Malaysia.

      Tak nak shopping pun tak apa, jamu mata dulu, buat window shopping cara baru, tak perlu ke shopping complex lagi dah ... tak ke seronok? Hoho .. meh layan dan jamu mata di sini - Lazada Malaysia Online Shopping Mall

      Ada pengalaman beli belah? Kongsi dengan saya ... hoho.

      Teruja Melihat Gambar Video Review Perodua Axia

      Melihatkan gambar-gambar Perodua Axia, model baru kereta keluaran Perodua ini memang mengujakan. Mana tidak teruja, melihatkan rekabentuk .... ada satu kelainan dengan model Perodua sebelum ini. Bagi saya, model baru 2014 Perodua Axia ini nampak kemas dan mantap buat sebuah kereta kompak nasional.

      Teruja melihat gambar-gambar Perodua Axia dari Paultan.org, saya kongsikan sebahagiannya kepada anda. Nak tengok lebih lagi, boleh singgah ke blog automotif nombor satu Malaysia ini.

      Gambar kereta model baru 2014 daripada Perodua ini iaitu Axia merupakan foto untuk model Perodua Axia versi Standard dan versi Advance. Agak-agak, anda boleh cam tak mana satu yang standard, mana satu yang advance?

      Gambar Perodua Axia Versi Standard dan Advance

      Gambar Perodua Axia
      Gambar Perodua Axia
      Gambar Perodua Axia
      Gambar Perodua Axia
      Amacam? Nampak menarik tak? Bagaimana dengan harganya? Spesifikasinya? Ok, jika anda berminat nak lihat spesifikasi Perodua Axia dan buat perbandingan versi standard dengan advance, boleh baca entri sebelum ini - Spesifikasi dan Harga Perodua Axia 2014

      Jika tengok pada harga yang ditawarkan, memang menarik untuk mereka yang berbajet rendah. Mungkin boleh dijadikan perbandingan untuk lebih pilihan dengan Proton Iriz yang juga sudah boleh terima tempahan.
      Gambar Perodua Axia

      Video Review Perodua Axia 2014




      Wow 20 Ribu Follower Twitter ... Opps ...

      Nampak sangat saya sudah berada di kedudukan umur yang lelah untuk disebut. Dipandang sekali, ingatkan ada 20 ribu follower di Twitter, tetapi rupanya angka tersebut merujuk bab lain. Hoho .. baru nak mulakan senyum sampai ke gusi, rasa tak menjadi ... hahaha...

      20 ribu followers di akaun Twitter. Hoho .. "Kau ingat kau siapa? Artis? Ahli politik?" ... no no, saya bukanlah sesiapa pun. Saya lelaki berkahwin satu beranak tiga tinggal berdekatan dengan sebuah pekan kecil bernama Parit Buntar yang kedudukannya mampir sekali dengan Bali, Indonesia ... errkkk ... bukan, dekat dengan Nibong Tebal, yang sememang terkenal dengan Pasar Kemboja dan juga Udang Galah sepitnya biru.

      Wow 20 Ribu Follower Twitter ... Opps ...

      Twitter hasrulhassan.com panduan blogger pakar seo sifu blogger

      Sudah lebih 20 ribu tweet dikongsikan menerusi laman twitter saya. Saya jarang tweet secara peribadi, tetapi banyak tweet di situ terhasil disebabkan auto-tweet entri blog saya, seandainya ada entri baru diterbitkan. Tweet saya juga meliputi entri-entri lama yang mungkin saya perlu paparkan kembali pada mereka yang ingin tahu soal blog - panduan menulis, tips SEO, tips blogging termasuklah kisah blogger Malaysia yang menarik untuk dikongsikan.

      Jadi platform twitter saya gunakan untuk .....

      • Kongsikan tajuk entri berkaitan dunia blog - tips blogging - panduan blogger dan SEO blogspot.
      • Kongsikan kisah rakan blogger yang menarik pada pembacaan saya.
      • Kongsikan gambar-gambar yang saya post di akaun Instagram saya terutama tatkala pergi bercuti atau melihat sesuatu perkara menarik berlaku di depan mata.
      • Juga informasi menarik yang dirasakan sesuai untuk pengikut twitter saya.


      Dah follow? Jika sudah, saya ucapkan terima kasih .....

      Pastikan jangan terkeliru antara jumlah tweets dengan jumlah follower yang ada, walaupun angka seakan nampak sama (samalah sangat).... hoho.

      Terasa macam nak follow? Jangan segan silu, boleh follow di sini - http://www.twitter.com/hasrulhassan ... nak unfollow pun boleh, saya tiada masalah.... sebab saya menerima anda secara rela, dan anda berhak untuk tidak menerima saya secara rela. Tak mahu paksa ... sebab bak kata orang bercinta, jika dipaksa takkan kekal lama ... esok lusa putus jua...


      24 September 2014

      Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

      Usahawan kecil perlu ada blog, penting jika mahu bersaing di zaman serba teknologi ini. Lagipun buat blog adalah mudah, dan percuma jika menggunakan platform blogspot. Tak tahu buat blog percuma? Boleh rujuk entri ini - Cara Buat Blog Sendiri ; hanya dalam masa 10-30 minit sudah boleh ada blog sendiri yang simple.

      Impak ada blog sendiri untuk bisnes dan perniagaan ini tidak terbatas. Macam-macam boleh usahawan kecil jayakan dengan adanya blog sendiri. Daripada blog, bukan setakat bercerita mengenai jenama dan produk, malah menerusi blog, usahawan boleh ada platform mudah untuk menjual. Dengan sedikit ubahsuaian, seorang usahawan boleh transformasikan sebuah blog biasa menjadi sebuah blog niaga atau blogshop yang menjana income setiap bulan secara konsisten.

      Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

      Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

      Menerusi blog juga, seorang usahawan boleh bina portfolio sendiri untuk dapatkan kontrak serta tender kerajaan, jalan termudah untuk memperlihatkan kekuatan bisnes dan perniagaan anda. Mahu dapatkan tender kerajaan seperti membekal peralatan mencuci boleh jadikan blog untuk buktikan bahawa jenama dan bisnes usahawan kecil mampu lakukan terbaik.
      Usahawan Kecil Perlu Ada Blog

      Usahawan kecil perlu ambil peluang di mana semua orang boleh akses blog dengan mudah menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, ipad, iPhone5s dan macam-macam lagi. Jangan biarkan peluang membina jenama dan perluaskan pasaran produk hanya tertumpu dengan cara konvensional yang adakala memakan modal yang besar.
      Usahawan Kecil Perlu Ada Blog
      Usahawan seperti buat bisnes printing dari rumah tanpa modal misalnya, jana income ribuan ringgit setiap bulan hanya menggunakan blog dan juga media sosial. Tak mustahil usahawan lain juga boleh ikut jejak langkah yang sama.

      Usahawan kecil yang ada blog dengan sedikit prinsip asas SEO, boleh ketengahkan blog menerusi enjin carian, di mana mereka yang mahu dapatkan servis, perkhidmatan, produk, barangan boleh hubungi usahawan kecil dengan mudah, tak perlu nak belek akhbar harian, atau buka yellowpages.

      Dapatkan Servis Blogger Untuk Tingkatkan Jenama dan Lariskan Produk

      Jika anda seorang usahawan, ada bisnes, ada produk, mahu ia diketengahkan, maka buat blog sendiri, dan jadikan ia satu platform pemasaran percuma di media maya. Nak mahu yang lebih baik, dapatkan servis daripada blogger yang sudah mantap blognya, minta blogger-blogger ini buat job review untuk bisnes anda serendah RM50 untuk satu post!

      Dapatkan servis advertorial dari blogger Malaysia dengan cara termudah menerusi Advertorial.my, in Sha Allah, usahawan kecil yang ada blog akan nampak impak positif dalam jangkamasa panjang.