Statistik Blog Mei, Jun dan Julai 2014

Lama juga saya tak kongsikan statistik blog ini untuk tatapan pengunjung dan pembaca blog ini. Statistik blog untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2014 blog www.hasrulhassan.com adalah dari Google Analytic yang saya fikir agak tepat untuk dijadikan sumber rujukan kekuatan sesebuah blog. Jika anda ada blog, dan masih belum dapatkan akaun Google Analytics, baik daftar percuma dan masukkan kod analitik untuk dapatkan cerapan dan bacaan statistik untuk blog anda.

Untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2014, ada nampak sedikit kenaikan berkala dalam jumlah pageviews. Walaupun, kalau ikutkan, nilai-nilai yang diberikan sedikit jatuh dengan perbandingan bulan yang sama pada tahun 2013.

Statistik Blog Bulan Mei, Jun dan Julai 2014

Statistik Blog Mei, Jun dan Julai 2014
Statistik Blog Mei, Jun dan Julai 2014
Statistik Blog Mei, Jun dan Julai 2014

Saya analisis, mengapa agaknya statistik kali ini sedikit kurang - yang selalunya lebih dari 100K pageviews sebulan. Hmmm .... garapan kasar saya, mungkin tak banyak isu panas dan entri kontroversi saya tulis dalam blog. Jika dulu, ada gak la sesikit kisah selebriti yang selalunya menjadi bahan carian dalam Google, tetapi mungkin sebab dah ramai blogger yang dok cerita benda sama, saya dah jadi boring nak kongsikan.

Ada memang ada la dua tiga entri yang saya kongsikan dalam bulan Julai 2014. Tetapi tak sekerap macam dulu dah.

Untuk masa akan datang, saya mungkin akan lebih bercerita soal kisah yang lebih peribadi, berkaitan cuti-cuti Malaysia, berkaitan tempat penginapan dan juga kisah seharian saya yang mungkin boleh dijadikan panduan, in Sha Allah.

Namun, jangan risau pada blogger baru.... saya tetap akan kongsikan tips, panduan menulis blog kepada anda, pasti mengenai cara nak tulis entri berkualiti, mengenai SEO, mengenai cara nak dapatkan trafik, serta sesekali saya akan kongsikan mengenai widget-widget menarik untuk digunakan dalam blogspot.

Saya juga akan kongsikan kepada pengunjung dan pembaca berkaitan tips buat duit dengan blog, serta berikan segala lubuk peluang untuk buat duit secara online, yang tentunya saya dah tapis, buat, praktik dan dapat hasil.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi support blog ini, dari tahun 2010 sehinggalah sekarang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang iktiraf saya sebagai guru .. sifu blogger blogspot, pakar SEO Malaysia dan juga sebagai rakan baik dunia maya ini.

Syukur alhamdulillah.

Kepada yang mungkin baru nak kenal saya, bolehlah jadi rakan saya di Facebook atau ikuti saya di laman-laman sosial lain:


Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua ....