Perjumpaan Bekas Pelajar Kelab Kembara Desasiswa Permai 96-99 USM

Perjumpaan bekas-bekas pelajar USM Desasiswa Permai. Saya sepatutnya bercerita kisah ini lama dah, tapi baru kali ini terasa ada kesempatan dan idea. Tentu rakan-rakan dan senior yang baca blog ini ternanti-nantikan apa yang hendak saya tuliskan (ada ke?).

Memang seronok bertemu kembali dengan rakan-rakan dan senior semasa belajar dulu. Mana taknya, dulu kacak, sekarang dah terlebih kacak. Dulu shantek, sekarang dah makin jelita. Dulu sorang, sekarang dah segerabak keretapi .. hehehe... tentunya perubahan-perubahan ini yang dinanti dan ingin sangat dilihat.

Itu baru cerita pasal penampilan fizikal, yang nampak di mata. Belum lagi mendengar cerita dan perkembangan dari mulut yang dulu pernah berbisa.

Reunion Ex-Desasiswa Permai Kelab Kembara 96-99

Perjumpaan Bekas Pelajar Kelab Kembara Desasiswa Permai 96-99 USM
Oh ya, saya dulu merupakan bekas pelajar di USM Kampus Minden, tinggal di hostel selama lebih dari 3 tahun. Saya merupakan penghuni tegar asrama, yang ketika itu dikenali sebagai Desasiswa Permai. Desasiswa Permai ada dua blok bangunan, iaitu blok H13 dan blok H14. Kalau student kat situ, lebih gemar menggelar sebagai Hilton (H13) dan Shangri-La (H14) disebabkan Desasiswa Permai mempunyai ciri-ciri tersebut.
Mohd Hanif
Perjumpaan Bekas Pelajar Kelab Kembara Desasiswa Permai 96-99 USM
Noreha
Ahmad Yusran
Perjumpaan Bekas Pelajar Kelab Kembara Desasiswa Permai 96-99 USM
Pada 14-15 Disember 2013, saya telah berpeluang untuk bertemu rakan-rakan senior yang sama-sama dulu aktif dalam Kelab Kembar Desasiswa Permai antara tahun 1996-1999. Ramai juga yang hadir. Saya cuma kesempatan bertemu sebahagian, sebab hadir pada hari kedua perjumpaan bekas pelajar USM Kelab Kembara Desasiswa Permai ni.

Memang seronok dapat jumpa balik, sambil ingat cerita lama, dan sesekali selit cerita terkini. Uhh perangai sama .... tak jauh beza ... hahaha.. masing-masing masih huha huha macam zaman muda remaja .... hahaha....
Perjumpaan Bekas Pelajar Kelab Kembara Desasiswa Permai 96-99 USM
Namun, ada sedikit kecewa di hati, sebab tak ramai rakan sebaya yang dapat hadir. Al maklumlah, masing-masing duduk jauh, dan komitmen lain yang membatasi.

Mungkin lain kali boleh bertemu.