Pendedahan Model Muslimah Individu Mintak Beraksi Lentik

Kerjaya model memang glamor. Saya lihat sekarang memang menjadi trend anak-anak gadis memasuki bidang ini, tambah lagi dah semakin banyak jenama pakaian termasuklah fesyen bertudung diketengahkan. Adakah anda baca mengenai fenomena Jilboobs? Fesyen bertudung sekarang dah semakin trendy, alhamdulillah ramai pereka muda yang buat bisnes tudung telah tampilkan imej-imej fesyen tudung yang bukan sahaja menarik tetapi juga bebas fitnah.

Namun, sekarang terdapat satu gejala baru. Bukan zahirnya datang dari anak-anak gadis yang mahu jadi model, tetapi datang daripada mereka yang mahu ambil peluang tak senonoh pada gadis-gadis yang dahagakan kerjaya sebagai model.

Sebelum ini, rakan blogger dalam Kelab Blogger Belia dah tampilkan isu ini di mana terdapat individu tertentu yang mahu memancing anak-anak dara termasuklah juga ibu tunggal hatta isteri orang supaya ambil peluang dan tawaran menjadi seorang model muslimah. Itu katanyalah .. tapi hakikatnya .... perkara yang tidak elok berlaku.

Rakan blogger saya menerusi blog Buasir Otak pernah dedahkan mengenai individu ini di dalam entri - Model Pakaian Muslimah Disuruh Beraksi Ghairah yang telah diterbitkan pada 21 Ogos 2014 yang lalu. Dan terkini, saya dapati ada satu perkongsian di Facebook daripada seorang model muslimah mengenai tipu daya individu ini.

Pendedahan Model Muslimah Individu Mintak Beraksi Lentik

Agak panjang sebenarnya saya nak kongsikan perbualan daripada dua individu ini - model yang bernama Shafiqa Roslan dan juga lelaki yang menggunakan identiti Azmn Shrfdn. Mula-mula memang tak berapa nampak sangat, kemudian ....

Aishh .. apa punya fotografer suruh buat camni? Dah la approach seorang model muslimah, disuruh buat perkara yang agak bertentangan. Lagi-lagi pulak, bila diminta gaya melentik... erkkk ... kalau saya jadi model pun seriau gak nak pose gitu... hehehe.....
Uhh nampak tak dah silap tang mana? Individu ini konon nak bagi peluang atau job menjadi seorang model, tetapi diminta untuk hantar gambar-gambar dulu untuk penilaian. Dah la tu kena pose maut gedabak macam kat atas tu.

Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh individu ini kepada mangsa lain sebelum ini, lihat beberapa skrin shot diambil oleh rakan blogger berkaitan pendedahan ini.


Ok. Mungkin ada yang tanya kenapa saya dedahkan benda ni, apatah lagi terpampang nama individu Azmn Shrfdn ini? Sebabnya ialah pelaku sendiri mengaku bahawa akaun yang dimilikinya fake account dan cabar SKMM untuk ambil tindakan terhadapnya.

Hmm .... jadi camner?
Maka, berhati-hatilah ya, jangan sampai termakan pujuk rayu individu yang suka ambil kesempatan atas kecantikan yang ada pada anda sebagai gadis-gadis cun cantik belaka. Nyesal dulu tak mengapa, nyesal kemudian?

Semoga perkongsian ini dapat lindungi anak-anak gadis, mahupun ibu tunggal dan isteri-isteri jelita dari terkena godaan... auwww....

Oh ya, anda teringin nak baca 'rakaman' perbualan lengkap model muslimah ini yang diajak beraksi lentik? Boleh baca di sini - https://www.facebook.com/sha.iyka/posts/10204615540414188



{ 9 comments.. read them below or add one }

Bro Framestone Bro Framestone August 25, 2014
Selamat gua jadi model tak perlu sent gambar2 macam tue...

Kalau tidak.... terdedah perut gua yang menjadi igauan ramai jejaka he...23x
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 25, 2014
takut tau bila baca msg2 mat pervert camni...
KHAIRUL AMRAN KHAIRUL AMRAN August 25, 2014
stress dengan perangai manusia yang jadi bukan-bukan sekarang ni.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR August 25, 2014
ade baca ngk psal ni..giler tul..
silent talker silent talker August 26, 2014
Harap tindakan diambil ke atas beliau wpun menggunakan fake acc. Fake acc bukan alasan.
yang baik Ishak yang baik Ishak August 26, 2014
apabila moral dan etika disatukan dengan nafsu...beginilah jadinya.
AnonymousAnonymous August 26, 2014
Sakit hati dgn dia ni sudahlah amik kesempatan lepas tu berlagak gile takkan kene tangkap. Takpe dia takkan terlepas dari pandangan tuhan. Mmg bodoh betul.
Aishah Ahmad Aishah Ahmad August 27, 2014
Cemarkan maruah gadis melayu je.jijik

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.