Dapatkan Moto E terbaru dari Motorola, dengan hanya RM369 eksklusif di Lazada Malaysia. Tawaran menarik ini hanya akan diperoleh selepas jam 12 tengahari 13 Ogos 2014 di laman web Lazada Malaysia.

Telefon pintar Moto E adalah telefon pintar terbaru daripada Motorola dengan menggunakan versi terbaru Android 4.4, iaitu KitKat. Dilengkapi dengan paparan menggunakan Corning® Gorilla® Glass ia adalah tahan calar dan tahan lasak.
Moto E RM369 Eksklusif Lazada Malaysia
Harga pengenalan yang dijual di Lazada adalah RM369 dan merupakan harga yang sangat berbaloi dengan spesifikasi Moto E daripada Motorola ini. Mana nak dapat telefon sebegini dengan ciri-ciri terbaik dengan harga yang cukup mengancam.

Jadi, jika anda ingin memiliki sebuah telefon bimbit yang value-for-money, mungkin Moto E ini boleh menjadi antara pilihan yang menarik.

Spesifikasi Moto E Motorola

Moto E dilengkapi sistem operasi Android 4.4 KitKat, pemproses dual-core dilengkapi 1GB RAM dan internal memory sebanyak 4GB yang dapat dipertingkatkan sehingga 32GB. Moto E didatangkan dengan skrin sesentuh 4.3 inci 540 x 960 qHD 256ppi yang jelas untuk pengalaman paparan yang puas hati.

Menerusi Lazada Malaysia, anda boleh mendapatkan harga menarik RM369 mulai 13 Ogos 2014.

Lazada Malaysia
Dari sudut pengalaman saya, produk Motorola memang bagus, saya pernah pakai telefon motorola, dan dari segi ketahanan memang ia antara telefon mudah alih terbaik. Dan kalau tidak silap, telefon-telefon bimbit motorola pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu sebelum hadirnya telefon pintar.

Video Moto E daripada Motorola Lazada Malaysia




Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

tengok motorola ni ingat motorola arwah ayah dulu... huhuhu

Reply

motorola antara pelopor awal hand phone sebelum wujudnya smart phone canggih macam sekarang.

Reply

Macam menarik juga HP ini untuk dimiliki.

Reply

hp motorola ni macam menarik juga, dulu2 pernah ada 1 ketui. zaman nokia 3310. sekarang nampak samsung je.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.