#MalaysiaBerkabung

#MalaysiaBerkabung. 22 Ogos 2014. Lipatan sejarah kini menyaksikan bahawa tarikh 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H akan menjadi hari yang diingati dan dikenang sepanjang zaman. Ia hari menyedihkan buat Malaysia. Inilah hari pertama di mana Malaysia menerima ketibaan dan kepulangan kembali jenazah mangsa-mangsa tragedi malang MH17.

MH17 pesawat Boeing 777-200ER ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia pada Julai 2014 mengorbankan 283 penumpang berserta 15 anak kapal. Pesawat MAS MH17 ini terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Pesawat penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia berdasarkan bukti ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara.

Sebanyak 20 jenazah daripada 30 mangsa yang dikenal pasti dibawa pulang pada 22 Ogos. Dalam tragedi ini, 43 mangsa nahas adalah rakyat Malaysia. Jenazah yang dibawa pulang merupakan 9 kru MAS dan 11 penumpang MAS MH17.

Kepulangan jenazah diterbangkan dari Amsterdam, Belanda menerusi pesawat MAS MH6129. Pesawat ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 9.54 pagi. Pesawat khas tersebut diterbangkan oleh juruterbang MAS Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Bakr Othman dan Kapten Zaim Khalid serta dibantu pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong. Ketibaan penuh sayu ini melibatkan 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa.

#MalaysiaBerkabung

#MalaysiaBerkabung
Saya secara peribadinya mengucapkan salam Takziah buat keluarga, sahabat handai mangsa yang terlibat dengan tragedi malang ini. Tiada kata-kata yang boleh diucapkan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

“Sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti. Sayang akan temui Allah dan takkan kembali, ” itu SMS terakhir diterima Mohamed Affendi Khairuddin, 43, suami kepada pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Mastura Mustapha, 40, yang terkorban dalam tragedi pesawat penerbangan MH17 dihantar Mastura pada malam 17 Julai sebelum pesawat MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda. - Kosmo

Seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan tragedi ini. Seluruh rakyat Malaysia hiba. Ia catatan hitam dalam sejarah, apatah lagi selepas hilangnya MH370 yang sehingga kini masih lagi misteri.
#MalaysiaBerkabung
Tepat jam 10.54 pagi seluruh negara menunjukkan rasa sedih dan hiba dengan berdiam diri selama seminit untuk memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Gambar #MalaysiaBerkabung
Ketika #MalaysiaBerkabung, semua akhbar tempatan memaparkan muka surat hadapan tanpa warna tanda menghormati mangsa-mangsa dan keluarga yang terlibat. Manakala, Jalur Gemilang turut dikibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan. Bagi umat Islam, disarankan membaca Al Fatihah ketika saat perkabungan, dan kepada agama lain dikehendaki bertafakur selama seminit.

Begitu juga dengan beberapa blogger yang menzahirkan dukacita dan sedih akan peristiwa ini.

Mereka terkorban di hari jumaat, dikembalikan ke tanahair juga pada hari jumaat. Jumaat penghulu segala hari, punyai rahmat dan keberkatan sendiri. 

Doakan yang terbaik.
Blogger Malaysia berkabung MH17


{ 12 comments.. read them below or add one }

nOe suhaimi nOe suhaimi August 22, 2014
Takziah buat semua ahli keluarga mangsa...suram je hari ini..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
♥ Mrs. Secretary ♥ ♥ Mrs. Secretary ♥ August 22, 2014
#WelcomeHomeMH17...Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam..
Sentiasa Panas Sentiasa Panas August 22, 2014
Semoga roh para jenazah MH17 bersemadi dengan aman. Amiin...
Ali Wowberita Ali Wowberita August 22, 2014
Salam takziah buat keluarga dan waris penumpang yg terkorban.
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ August 22, 2014
Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi MH17
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 22, 2014
Ya. Di tempat saya pun suram.
Yatie Fizzy Yatie Fizzy August 22, 2014
Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi MH17 ... moga ditempatkan dikalangan kekasih2 Allah .. amin
puteraduyong puteraduyong August 22, 2014
seluruh rakyat Malaysia bersedih dan berkabung... bukti kita rakyat prihatin
Nadia Johari Nadia Johari August 22, 2014
Selamat kembali..Al-Fatihah
kamil salleh kamil salleh August 23, 2014
Salam takziah dan Sl-Fatihah utk semua mangsa tragedi MH17.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.