Makanan Percuma Mc Donalds pada 8 Ogos Adalah Satu Scam

Makanan percuma Mc Donalds yang dikatakan akan diberikan pada 8 Ogos adalah merupakan satu scam. Ia dipercayai dilakukan oleh individu-individu tertentu yang cuba untuk menangguk di air yang keruh selepas kecoh bahawa satu boikot sehari besar-besaran akan dilakukan ke atas produk antarabangsa ini pada 8 Ogos 2014.

Hebahan bahawa makanan percuma akan diberikan kepada pelanggan Mc Donalds seluruh Malaysia menerusi masjid-masjid tersebar luas baru-baru ini sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama sekali mereka yang percaya bahawa Mc Donalds adalah penyumbang kepada keganasan puak zionis Israel ke atas penduduk Palestin dan Gaza.

Makanan Percuma Mc Donalds pada 8 Ogos Adalah Satu Scam

Ramai umat Islam di Malaysia sangat tersinggung dengan 'promosi' yang kononnya didakwa dilakukan oleh Mc Donalds Malaysia ini untuk meredakan kemarahan atas isu pengeboman Gaza dan pembunuhan ramai kanak-kanak dan wanita Palestin.
Makanan Percuma Mc Donalds pada 8 Ogos Adalah Satu Scam

Sementelaah itu, ramai yang tanpa usul periksa telah menempelak pihak Mc Donalds sehinggakan terbawa-bawa emosi dalam setiap tindakan dan ulasan. Semua menyatakan rasa tidak puas hati samada di Facebook, di blog-blog dan juga media sosial lain seperti Twitter.

Hakikatnya, pihak Mc Donalds Malaysia tidak pernah mewar-warkan atau memberi keizinan pada mana-mana outlets mereka untuk memberikan makanan percuma seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak pada 8 Ogos 2014. Setidaknya bukan di Malaysia, mungkin makanan percuma itu di negara dan tempat lain.

Saya kongsikan kenyataan rasmi berkaitan pemberian makanan percuma Mc Donalds Malaysia pada 8 Ogos 2014 seperti ramai dakwa.

Free McDonald's Food Scam

Dear Valued Customers,

We would like to clarify that the announcements regarding “FREE McDONALD’S FOOD” posted on Facebook and unreliable social media sites were NOT issued by McDonald’s Malaysia, and as such we are unable to honour them. It is a hoax produced by irresponsible parties.

Please visit our official website at www.mcdonalds.com.my or Facebook fan page at www.facebook.com/My.McDonalds for all our official promotions.

Thank you for your support and understanding.
The Management of McDonald’s Malaysia

Makanan McDonald's Percuma yang Tidak Benar

Para pelanggan yang dihargai,

Kami ingin menerangkan bahawa berita mengenai “McDONALD'S AKAN MENGEDARKAN MAKANAN SECARA PERCUMA”seperti yang disebarkan melalui Facebook dan media sosial adalah TIDAK BENAR sama sekali, dan BUKAN daripada McDonald’s Malaysia. Oleh yang demikian, kami tidak akan menunaikan apa-apa makanan percuma. Ia merupakan khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

Silalah kunjungi laman web rasmi kami di www.mcdonalds.com.my atau laman Facebook kami di www.facebook.com/My.McDonalds untuk maklumat yang sah perihal promosi kami.

Terima kasih atas sokongan anda.
Pihak Pengurusan McDonald’s Malaysia
Saya dan keluarga setakat ini dah lama tak makan produk-produk dari Mc Donalds Malaysia ni, dah masuk hampir 4 tahun rasanya. Anda boleh katakan saya boikot, itu terpulang. Cuma saya nak beritahu, makanan-makanan segera ni, bukannya elok pun untuk kesihatan. Tambahan lagi, untuk orang seperti saya, kemampuan nak beli seketul burger saiz kecil dengan harga RM3.00 adalah nampak kurang berbaloi kalau nak dibandingkan dengan makanan lain.

Jujurnya, dulu saya memang penggemar burger Big Mac dan Prosperity Burger Mc Donalds, tetapi selepas beberapa kali fikir, soal nilai wang ringgit dengan makanan yang saya dapat, saya kemudiannya ambil keputusan untuk tidak lagi makan produk Mc Donalds Malaysia.

Ya, memang sentimen berkaitan dakwaan Mc Donalds antara penyumbang dana kepada Israel sedikit sebanyak mempengaruhi, tapi dari sudut kesihatan ... nyata jelas, produk-produk Mc Donalds bukanlah pilihan tepat untuk kehidupan sihat dan cergas rakyat Malaysia.

3 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid August 08, 2014
salam jumaat bro... bila MekDi menjadi tumpuan utama... ^_^
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 08, 2014
Hehehe.. saya blogger ambil kesempatan kah Farah? Hoho ...
yang baik Ishak yang baik Ishak August 08, 2014
agaknya ramai ke yang teroengaruh dengan makanan percuma nie.. :D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.