Langkau ke kandungan utama

Kenali Orang Menerusi Kentut

Mengenali orang dengan kentut! Hahaha... macam kelakar la pulak. Tapi memang kelakar pun. Satu penulisan lama yang saya republished semula. Al maklumlah, dulu masa berkarya dengan blog, tak ada orang yang nak baca, dan tak tahu mengenai ilmu SEO untuk mudahkan entri ini berada di Google. Tapi sekarang, dah tahu, maka saya gunakan pendekatan republised supaya lebih ramai dapat gelak tawa dengan saya .. hehehe....

Kisah kentut. Sejak kebelakangan ni, sokmo saya bercerita perkara yang ada kaitan dengan kentut. Jangan anda semua beri gelaran Mat Kentut sudahlah.

Kentut ini sebenarnya satu anugerah Tuhan. Ia membuang gas tak baik dari berkumpul dalam badan. Gas ini, jika lama disimpan, maka semakin berbahaya kepada persekitaran. Buang angin tak elok, hiruplah angin segar, ye tak? Kasi ganti mana yang hilang.

Saya tak pasti mana saya dapat artikel ini, tetapi itulah ...kentut pun ada manusia nak kaji. Apatah lagi kajian itu melibatkan pedoman untuk mengenali orang. Tak ada benda lain ke nak kaji? Hahaha..

Peribadi Dari Jenis Kentut

Kenali Orang Menerusi Kentut
Gambar di atas, gambar anak kedua saya, umur masa ni kecil lagi, 2 tahun rasanya. Bukan gambar tahan kentut tu, saya cuma snap ketika dia dok geram pasal sesuatu yang saya pun dah lupa.

Oklah. Meh layan, entri sekadar suka-suka. Kalau ada yang dah post kat entri korang, saya minta izin kongsi ehhh ... tak tahu nak kredit kat sapa. Senang bai ... kredit buat mereka yang suka kentut! Hahahaa...

  • Orang tidak jujur - Orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.
  • Orang bangang - Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
  • Orang berwawasan luas - Orang yang tahu bila harus kentut.
  • Orang sengsara - Orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.
  • Orang misterious - Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
  • Orang gugup - Orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
  • Orang yang percaya diri sendiri - Orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.
  • Orang sadis - Orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
  • Orang pemalu - Orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.
  • Orang yang strategik - Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
  • Orang bodoh - Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.
  • Orang pelik - Orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
  • Orang sombong - Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
  • Orang ramah - Orang yang senang mencium kentut orang lain.
  • Orang yang tidak senang bergaul - Orang yang kalau kentut sembunyi.
  • Orang akuatik - Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".
  • Orang atletik - Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
  • Orang jujur - Orang yang mengaku habis kentut.
  • Orang pintar - Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...
  • Orang malang - Orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...
Dah baca satu persatu? Ada tak yang benar? Ke semua ni sekadar penulisan kosong hanya untuk lebarkan senyuman dan buat hati gundah jadi terhibur?

Kongsi sedikit rasa anda.... erkk bukan rasa kentut la .. jemmmm ooo.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wakaka...personaliti yg dinilai dari segi cara kentut...lucu pulak..hmm..tp mmacam ada yg betul juga..

    Entry Semasa:
    Kenapa Korang Suka Minum Milo?

    BalasPadam
  2. hehehehe..lawak gile kentut pon ade makna tertentu

    BalasPadam
  3. hahahahaha. . tp kan tade satu un kena kat maria. . mcm maner? ?

    BalasPadam
  4. hahahaha saya orang yg gugup!!!!!!

    BalasPadam
  5. tak sangka kentut pon boleh dikaitkan dengan sikap seseorang.hehehe

    BalasPadam
  6. kikikiki... sakit perut ku... yg last tu lawak....

    BalasPadam
  7. kalau tak bunyi memang tak boleh kenal la..

    BalasPadam
  8. haha...saya jenis misteri...confirm orang tak tahu...hee

    BalasPadam
  9. Hahahaha....ntahla tak tau nak gambarkan nad orang mana..kahkah

    BalasPadam
  10. aii bro, takkan dua tige menjak ni keyword kentut hangat lak?

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum... bro HH,

    kentot yang membawa seribu perngertian...

    mselim3

    pls: cara kentot dah mendedahkan personaliti seseorang tu... yer

    BalasPadam
  12. assalamualaikum hh....dr kentut pun kita boleh mengenali personaliti seseorang yer...terbaik la....

    BalasPadam
  13. dasyat cerita kentut ni, dapat kentut satu nikmat. kalau kentut dalam bas ekspress memang kurang asam.

    BalasPadam
  14. I am ChuaOgos 22, 2014

    Last one, the BEST.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks .. save THE BEST for last ... :)

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…