Dalam perjalanan nak hantar anak saya ke sekolah pada Sabtu 23 Ogos 2014 di Sekolah Permatang Tok Mahat, sempat juga saya snap beberapa gambar peniaga-peniaga tudung di Pasar Kemboja Parit Buntar. Snap snap ... saya perasan, ohh ada awek jual tudung mari-mari kat Pasar Kemboja ni. Dan dalam hati ..."Ada juga yang jual tudung tapi tidak bertudung ni".

Satu kepelikan? Tidaklah.

Jual Tudung Tapi Tidak Pakai Tudung

Memang biasa penjual tudung jual tudung tapi tidak bertudung. Tak caya? Pergi la ke kedai besar-besar, yang sah pemiliknya bukan muslim. Anda akan nampak beberapa staff tak pakai tudung pun, tapi ada produk tudung dan telekung yang dijual.
Pasar Kemboja Lubuk Bisnes Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Lagipun zaman sekarang, penjual tudung tidak lagi terhad di kalangan orang muslim dan muslimah sahaja. Orang bukan Islam pun tahu untuk kaut untung dari bisnes tudung ini. Dah banyak lubuk bisnes tudung didedahkan. Bisnes tudung mudah untung, beli borong murah, jual sehelai-sehelai mahal. Dah la bisnes paling mudah dan kos rendah kalau jual online. Hantar guna pos laju, berapa berat sangatlah tudung tu ye tak?
Pasar Kemboja Lubuk Jual TudungPasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Zaman sekarang, orang lelaki yang sah-sah tidak bertudung pun tahu ambil peluang dan kesempatan keghairahan wanita yang suka shopping tudung ni. Dan saya nampak, memang kebanyakkan peniaga di Pasar Kemboja yang menjual tudung tidak memakai tudung sebab mereka tu ramainya lelaki .. hoho ... :)

Sesekali nampak awek mari jual tudung tak bertudung, tu yang terbuat cerita ini dalam blog... hehehe...

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehe...terkena aku, sekali lelaki penjual tudung yg memang sah2 diharamkan bertudung.
    pernah tgk 1 video dulu peniaga tudung lelaki, dia siap bagi tutorial nak lilit2 tudung...lagi hebat pula tu, terkagum pelanggan dan bakal pelanggan dia :)

    BalasPadam
  2. yang jual tu lelaki tak mengapalah tak pakai tudung,
    kalau perempuan .... esok2 terbukanlah pintu hatinya pakai tudung... kan

    BalasPadam
  3. Zaman sekarang ni siapa yang pandai cari peluang, sambar dengan cepat, memang dia la untung. Sebab tu lelaki pun dah jual tudung. Jangan kata tudung, baju kurung pun laki yang jual. Hehe

    BalasPadam
  4. Tak segan ke penjual tu? Ada juga orang menjual produk nak kuruskan badan tapi penjual sendiri alahai..hehe

    BalasPadam
  5. alahai..rupanya lelaki yg jual..:)

    BalasPadam
  6. memang ramai sekarang yang bisnes tudung online ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement