Jual Tudung Tapi Tidak Bertudung

Dalam perjalanan nak hantar anak saya ke sekolah pada Sabtu 23 Ogos 2014 di Sekolah Permatang Tok Mahat, sempat juga saya snap beberapa gambar peniaga-peniaga tudung di Pasar Kemboja Parit Buntar. Snap snap ... saya perasan, ohh ada awek jual tudung mari-mari kat Pasar Kemboja ni. Dan dalam hati ..."Ada juga yang jual tudung tapi tidak bertudung ni".

Satu kepelikan? Tidaklah.

Jual Tudung Tapi Tidak Pakai Tudung

Memang biasa penjual tudung jual tudung tapi tidak bertudung. Tak caya? Pergi la ke kedai besar-besar, yang sah pemiliknya bukan muslim. Anda akan nampak beberapa staff tak pakai tudung pun, tapi ada produk tudung dan telekung yang dijual.
Pasar Kemboja Lubuk Bisnes Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Lagipun zaman sekarang, penjual tudung tidak lagi terhad di kalangan orang muslim dan muslimah sahaja. Orang bukan Islam pun tahu untuk kaut untung dari bisnes tudung ini. Dah banyak lubuk bisnes tudung didedahkan. Bisnes tudung mudah untung, beli borong murah, jual sehelai-sehelai mahal. Dah la bisnes paling mudah dan kos rendah kalau jual online. Hantar guna pos laju, berapa berat sangatlah tudung tu ye tak?
Pasar Kemboja Lubuk Jual TudungPasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Zaman sekarang, orang lelaki yang sah-sah tidak bertudung pun tahu ambil peluang dan kesempatan keghairahan wanita yang suka shopping tudung ni. Dan saya nampak, memang kebanyakkan peniaga di Pasar Kemboja yang menjual tudung tidak memakai tudung sebab mereka tu ramainya lelaki .. hoho ... :)

Sesekali nampak awek mari jual tudung tak bertudung, tu yang terbuat cerita ini dalam blog... hehehe...

{ 7 comments.. read them below or add one }

ejam ejam August 25, 2014
hehe...terkena aku, sekali lelaki penjual tudung yg memang sah2 diharamkan bertudung.
pernah tgk 1 video dulu peniaga tudung lelaki, dia siap bagi tutorial nak lilit2 tudung...lagi hebat pula tu, terkagum pelanggan dan bakal pelanggan dia :)
yang baik Ishak yang baik Ishak August 25, 2014
yang jual tu lelaki tak mengapalah tak pakai tudung,
kalau perempuan .... esok2 terbukanlah pintu hatinya pakai tudung... kan
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin August 25, 2014
Zaman sekarang ni siapa yang pandai cari peluang, sambar dengan cepat, memang dia la untung. Sebab tu lelaki pun dah jual tudung. Jangan kata tudung, baju kurung pun laki yang jual. Hehe
Sentiasa Panas Sentiasa Panas August 25, 2014
Tak segan ke penjual tu? Ada juga orang menjual produk nak kuruskan badan tapi penjual sendiri alahai..hehe
Normi Nieza Normi Nieza August 25, 2014
alahai..rupanya lelaki yg jual..:)
ikhwan ikhwan August 25, 2014
aku dah terkena hehehe
Hairul Hafiz Hairul Hafiz August 25, 2014
memang ramai sekarang yang bisnes tudung online ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.