Jilboobs Bahana Fesyen Bertudung

Jilboobs satu bahana dek kerana fesyen bertudung yang kononnya mengikut arus kemodenan semasa. Tanpa sedar, dunia fesyen bertudung telah membawa ke era satu permasalahan yang membuatkan umat Muslim berbelah bahagi. Jilboobs - merujuk kepada bentuk fesyen bertudung menutup rambut di kepala tetapi tidak menutup dada serta berpakaian ketat. Atau dengan bahasa yang agak kasar; bererti fesyen tudung yang menyerlahkan bahagian dada tersembol, lengkuk tubuh mengiurkan dan pemakaian pakaian yang ketat.
Foto Sekadar Hiasan
Saya tertarik dengan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di Indonesia ini. Baru-baru ini, Majlis Ulama Indonesia atau Indonesian Ulema Council (MUI) telah mengeluarkan fatwa bahawa pemakaian Jilboobs adalah haram, dan patut segera umat Islam menolak fesyen bertudung tersebut. Fatwa berkenaan telah mendapat reaksi yang pelbagai terutama daripada mereka yang berada di dalam industri fesyen muslimah, dan penggayaan tudung trendy lagi moden.

Saya tidaklah mahu ulas panjang lebar mengenai isu semasa yang hangat diperkatakan ini, tetapi sekadar mahu berkongsi kepada semua, terutama untuk ingatan diri dan keluarga saya; bahawa berfesyen dalam Islam memang boleh, asal tidak melampaui batas.

Tahniah Buat Muslimah Yang Berhijrah

Tahniah kepada muslimah yang dulunya tidak bertudung, tetapi kini telah berhijrah untuk menggayakan tudung; cuma perlu ingat biarlah bertudung mengikut syariat dan bukan bertudung dalam masa yang sama tampil mengghairahkan. Tudung adalah untuk menjaga aurat (rambut) diri muslimah. Ia sebenarnya bukan hanya menjaga aurat, tetapi juga dari didatangkan aib serta fitnah.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (An-Nur: 31)
Muslimah adalah golongan yang mudah didatangkan fitnah, samada terbit dari dirinya mahupun dari orang lain yang tidak padu kekuataan iman dan taqwa. Jangan terperanjat andai ada wanita lain yang melihat wanita lain dalam serba mengiurkan dan rasa ghairah. Apatah lagi dari seorang lelaki seperti saya yang sering terjerumus dengan bisikan-bisikan nafsu dan syaitan yang suka ambil peluang.

Memetik Utusan Online:
"MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia. Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah."
Jilboobs Bahana Fesyen Bertudung
Ramai yang memberikan respon agar muslimah yang bertudung ambil serius berkaitan fesyen yang menepati syariat, bukan bermaksud untuk beri kekangan dalam style penggayaan pakaian, apatah lagi untuk bertudung cantik, tetapi memastikan apa yang mereka lakukan kepada diri sendiri membawa kebaikan dunia akhirat.

Jilboobs - Penghinaan Untuk Komuniti Hijabista

Dan ada sesetengah komuniti Hijabista yang menganggap penggunaan istilah Jilboobs adalah satu penghinaan dan tidak sepatutnya diketengahkan. Ia seolah cuba memberikan aib kepada golongan yang telah berjilbab tetapi masih belum arif mengenai pemakaian sebenar berlandas syarak. Adalah lebih baik, pihak berwajib malah komuniti fesyen itu sendiri memberikan kesedaran bagaimana untuk berfesyen berjilbab atau bertudung dengan tampilan fesyen sebetulnya dalam Islam dan bukan menjatuhkan kesalahan kepada wanita dan muslimah yang sebenarnya adalah mangsa fesyen.

Apa pandangan anda?


{ 9 comments.. read them below or add one }

Normi Nieza Normi Nieza August 11, 2014
bertudung tapi tidak menutup aurat sepenuhnya...
Pha Is Pha Is August 11, 2014
agaknya ini yg nabi kata bertudung tapi bertelanjang...
Ezlaila Ezlaila August 11, 2014
Inilah yang berlaku apabila manusia jahil dengan Islam dan mementingkan keuntungan duniawi semata2. Semoga pendedahan ini dapat membuka mata pihak yang terlibat dan seterusnya mendatang keinsafan kepada mereka untuk berubah ke arah kebaikan.
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR August 11, 2014
ni la terjadi bila hnya fikirkan fesyen..mudah-mudahan trhindar dr semua ni..amin
Denaihati Denaihati August 11, 2014
Kat Malaysia pun ramailah. kreatif sangat cuma tak kena pada tempatnya.
BLADE H BLADE H August 11, 2014
hahahaha... istilah baru...

tu la pasal..kalo nk tutup tu, biar la tutup btul2.. jgn bukak separuh, tutup sparuh jerr...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
Ya betul tu Pha Is.. terliur lihat body melekap baju melekat...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 21, 2015
baik bikini je .. ye tak Blade H?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.