Langkau ke kandungan utama

Hajat Blogger Yang Belum Tercapai

Apa hajat anda sebagai blogger yang belum tercapai ehh? Saya, setakat ini masih belum lagi nampak tanda-tanda yang hajat saya tu tercapai. Apakah hajat saya? Adakah anda nak tahu apa hajat saya dalam dunia blog yang terasa masih belum tercapai?

Ramai blogger Malaysia dah nyatakan hasrat mereka, dan impian yang belum tercapai. Ada macam-macam hajat, dari nak dapatkan komen blogger terkenal di dalam blog sampailah ada yang nak masuk dalam TV dan majalah.

Hajat saya lain sikit. Seperti entri saya, blogger kecil berjiwa besar ... saya mahu lebih sekadar menjadi seorang blogger yang kongsi cerita, panduan, tips, cara buat duit online ... tapi, saya tidak mahu menjadi seorang blogger yang dikenali, saya cuma mahu blog saya dikenali. Ini kerana lambat laun esok lusa ntah siapa yang tahu, saya mungkin tidak berupaya menulis lagi di blog ini. Mungkin orang lain, mungkin isteri saya, mungkin anak-anak saya ... mungkin juga rakan blogger yang menjadi pemilik seterusnya.

Hajat saya memang belum tercapai.

Hajat saya sebagai blogger yang belum tercapai ialah mahukan blog saya diingati apabila blogger Malaysia sebut ... 'blog manakah patut jadi panduan untuk berblog dalam blogspot'. Saya mahu blog ini diingati sebagai panduan untuk blogger blogspot Malaysia berjaya buat blog terbaik. Bila nak buat blog guna blogspot ... orang akan ingat blog ni ... itu hajat saya.

Setakat ini belum nampak ianya berjaya lagi.

Saya dah rasa diberi penghargaan sebagai Pakar SEO Malaysia oleh Denaihati.com

Saya juga dah rasa diberi penghargaan oleh Ben Ashaari sebagai blogger yang boleh maju ke depan (bukan perut).

Saya juga dah merasai entri-entri penghargaan yang tak terbalas sampai sekarang oleh ramai rakan blogger luar dan dalam negara.

Saya juga dah merasa masuk majalah.

Saya juga dah merasa masuk TV walaupun nampak tangan sahaja.

Saya masih banyak kelemahan dan masih banyak impian ... dan hajat yang saya katakan tadi adalah hajat terbaik pernah saya fikir apabila pertama kali ubah niche blog ini sekitar 2011-2012.

Moga hajat ini akan tercapai. Anda ada hajat blogger yang belum tercapai? Curahkan dan beritahu hajat anda di sini - Hajat Blogger Yang Belum Tercapai



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. saya mahu jadi blogger yang terkenal dan mahu berjumpa dengan para blogger yang hebat seperti HH, Denaihati, Mialiana, dan BenAshaari

    BalasPadam
  2. Saya mahu blog SentiasaPanas diingati terutamanya oleh pembaca yg suka membaca. Baca info yg mampu menambahkan ilmu, kisah2 pelik dan misteri, kisah agama, ttg kekejian yahudi, perkara luarbiasa, dan sedikit hiburan dan politik. Maklumat yg tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Insyaallah..:)

    BalasPadam
  3. byk jgk lah yer yg tercapai..semoga berjaya kelak

    BalasPadam
  4. Banyak artikel tuan tips dan info menambahkan ilmu saya terutama dari segi tips berblogging dan yang berkaitan dengannya.Kalau saya dapat jumpa Tuan hasrul Hassan sambil pekena kopi tarik dan roti bakar dan bercerita hal2x dunia blog itu pun dah cukup bagus kepada saya. :).Apapun terima kasih keran info da tips yang berguna yang dikongsikan kepada yang lain.

    BalasPadam
  5. Saya pun dah bagi penghargaan : Pakar SEO Blogspot Malaysia Semoga segala hajat tuan akan tercapai!

    BalasPadam
  6. hajat sy nak org komen selalu di entri saya...traffik pulak mencanak2 n ada pendapatan dari nuff...kalau boleh nak gak follower beribu2...hehehhee

    BalasPadam
  7. tujuan asal sha sebenarnya nak cari kawan2... kongsi kehidupan... dan sha suka baca kehidupan orang lain... rasa seronok !

    BalasPadam
  8. hajat saya satu jer..nk org kenal blog dari diri sndri :)

    BalasPadam
  9. semoga hajat HH tercapai...setakat ini pun, memang blog HH dah makin terkenal

    BalasPadam
  10. semoga impina kita semua akan tercapai bro..inysallah ada rezeki kita masing2

    BalasPadam
  11. HH memang dah jadi top pun...well done

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …