Langkau ke kandungan utama

Game Bomb Gaza

Game Bomb Gaza. Permainan yang terdapat di Google Play ini akhirnya telah dikeluarkan oleh pihak Google baru-baru ini. Game Bomb Gaza telah berada di Google Play sejak 29 Julai 2014 dan telahpun dimuat-turun ke aplikasi android lebih 1000 kali.

Saya mengetahui bahawa bukan hanya permainan Bomb Gaza sahaja yang dikeluarkan sejak krisis Gaza dengan zionis Israel memuncak Julai 2014, tetapi juga beberapa permainan lain. Permainan lain yang terdapat di Google Play yang menyentuh sensitiviti pergolakan Gaza-Israel ialah Gaza Assault : Code Red, Whack The Hamas, PeaceMaker dan beberapa lagi. Namun, masih ada yang boleh diakses dan dimuat-turun di sebalik tindakan Google yang telah keluarkan Game Bomb Gaza dan beberapa permainan lain.

Game Bomb Gaza

Game Bomb Gaza

Menurut apa yang saya faham, Google mengeluarkan Game Bomb Gaza kerana didakwa telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan. Ia dianggap telah secara langsung langgar terma di dalam syarat Violence and Bullying, menurut beberapa laporan akhbar luar negara yang saya baca.
In Bomb Gaza, a game about doing precisely what its peremptory title commands, you play as the Israeli Air Force, tapping a touchscreen to pour red-nosed bombs into a 2D multi-level landscape filled with cartoonish people wearing white robes and clutching children — meant to signify civilians — as well as others draped in black, clutching rifles, touting greenish headbands and grinning maniacally. The goal is to hit those black-garbed militants — presumably members of Palestinian militant group Hamas — while avoiding the white-clad civilians.
Memang patut dikeluarkan game-game yang semacam ni, seumpama menggalakkan keganasan. Bagi anak-anak tentu bahaya kerana ia mungkin boleh mempengaruhi minda mereka dan secara tak langsung berasa seronok melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Maka, tindakan oleh Google mengeluarkan permainan tersebut saya kira wajar walaupun ada lagi saki-baki permainan lain yang boleh merosakkan pemikiran anak-anak zaman sekarang, dan juga boleh memesongkan rasa dan emosi apatah lagi di dalam krisis yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh pihak zionis Israel.

Sebagai bapa, saya memang ambil tahu game apa yang anak-anak saya main menerusi peranti mudah alih seperti tablet, ipad dan telefon pintar Android. Saya tekankan kepada anak-anak saya, nak download game apa-apa kena minta kebenaran saya dahulu. Biar saya lihat permainan itu sesuai atau tidak untuk dimuat turun dan dimainkan oleh mereka. Penting ambil tahu dan kenakan syarat.

Game Bomb Gaza adalah satu ciptaan yang sangat salah, yang sepatutnya dari awal tidak dibenarkan untuk dimuat-turun.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…