Langkau ke kandungan utama

Gambar Dua Remaja Tanpa Kesedaran Sivik Jadi Viral

Dunia Blog Malaysia | Pendapat - Gambar dua orang remaja sedang duduk di dalam sebuah kenderaan pengangkutan awam telah menjadi viral disebabkan mereka didakwa sebagai tiada kesedaran sivik. Tindakan mereka duduk bersenang-senang tanpa mempedulikan seorang ibu yang juga penumpang dalam kenderaan sama berdiri bersama anaknya dikecam banyak pihak, termasuklah personaliti dunia fotografi Saiful Nang.

Gambar dua remaja yang dipercayai merupakan pasangan bercinta asyik masyuk itu kelihatan seolah tidak memperdulikan seorang penumpang lain yang berdiri bersama anaknya di dalam kenderaan tersebut. Walhal sangat jelas, tempat pasangan remaja ini sedang bersenang-lenang merupakan tempat duduk yang dikhaskan untuk golongan ibu bersama anaknya.

Saya sendiri tengok pun jadi geram. Anda?

Gambar Dua Remaja Tanpa Kesedaran Sivik Jadi Viral di Facebook

Gambar Dua Remaja Tanpa Kesedaran Sivik Jadi Viral
Memang tidak patut betullah dua remaja tersebut berkelakuan sedemikian. Bukan nak jatuhkan hukum, tapi sudah jelas apa yang mereka buat tidak menggambarkan sebuah masyarakat yang punyai kesedaran sivik. Bukankah kesedaran sivik ini sudah menjadi amalan kita rakyat Malaysia yang bersifat harmoni dan saling hormat-menghormati?

Sivik diajar di sekolah. Dalam agama sendiri pun banyak perihal kesedaran sivik ini. Jadi, agak malanglah bagi dua remaja yang dimaksudkan tidak mengetahui bahawa apa yang mereka lakukan melanggar adab tatatusila dan kesedaran sivik.

Nak mengata lebih-lebih nanti jadi bahana fitnah pula. Biarlah gambar berbicara, ye tak?

Saiful Nang Minta Viralkan Gambar Remaja Tiada Kesedaran Sivik

Saiful Nang telah berkongsikan gambar dua remaja tersebut di laman Facebooknya, yang diambil daripada laman pengguna Facebook yang lain. Gambar dua remaja tersebut sehingga entri ini ditulis  telah memperoleh lebih daripada 5000 likes di FB Saiful Nang dan lebih daripada 1400 shares di Facebook gambar asal diambil.
Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua. Bukan gambar sahaja boleh jadi viral, tetapi juga status FB, video dan seumpamanya. Saya kongsikan kisah ini bukan untuk memalukan dua remaja ini; kerana jika dinilai daripada cerita sensasi lain yang telah menjadi viral, apa yang dikongsikan ini boleh dijadikan satu pengajaran berguna buat semua, terutama buat diri saya ... yang maklum bahawa diri sentiasa buat dan melakukan kesilapan.

Baca mengenai Keaiban Yang Dipandang Mulia.

Kempen kesedaran sivik dah dibelanjakan beratus ribu ringgit. Jadi, apabila perkara ini berlaku, satu yang merugikan wang rakyat telah dibuat. Apa guna kempen, andai masyarakat masih bersikap acuh tak acuh.

Kenapa Ramai Marah Dua Remaja Ini?

Gambar di atas bawa kemarahan ada dua sebab:
  1. Aksi pasangan kekasih ini di dalam kenderaan awam tidak hiraukan ibu mengendong anak berdiri di sebelah.
  2. Notis atau peringatan yang ditampal pada cermin yang jelas semua penumpang boleh baca (kecuali buta huruf) yang tidak diambil tahu oleh pasangan remaja ini.

Kempen jadi sia-sia. Tampal poster jadi sia-sia. Kesedaran sivik dalam masyarakat kita entah ke mana-mana. Bila jadi sia-sia; tergolonglah kita semua dalam kategori manusia yang rugi.

Dan untuk saya dan kita semua, jika nampak ... mohon jangan hanya memetik butang 'tangkap' dan 'share' yang ada pada telefon bimbit canggih, tapi cubalah tegur dengan upaya yang ada, ye tak?


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. memang patut kena viral...

    BalasPadam
  2. ramai yg mcm ni sebenar nyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tapi yang ini memang sangat jelas sekali. Yang buat jadi jelek ialah pasangan remaja lentuk2 tgk telefon bimbit ... hmmm .. tu yang lagi buat orang marah tu.

      Padam
  3. Memang ramai yang takde kesedaran sivik dalam public transport ni.
    Cakap berdasarkan pengalaman sendiri.
    Masa Mrs. A travel SBN-KL setiap hari guna komuter 5 tahun lepas tengah pregnant pun mereka buat-buat tidur. Mana yang ada kesedaran tu siap sound yang duduk tu bagilah kak ni duduk kesian dia pregnant. Mental & fizikal kena kuatlah kalau dah tak dapt tempat duduk tu memang tak harap sangat pun orang akan bagi duduk.

    BalasPadam
  4. perangai satu hal, budak ni tak reti baca signboard belakang tu ke....

    BalasPadam
  5. Dah ramai skg ni yg takde kesedaran sivik ... moga jd pengajaran kepada mereka2 yang berkenaan lepas ni ..... tak pasal2 glemer satu malaysia ... huhu

    BalasPadam
  6. Ni la mentaliti sebilangan rakyat Malaysia..dah tahu dan dah nampak tapi buat2 tak tau je..
    eee..geramnye..yang heran tu xde ke orang yang nak tegur diorang berdua ni..:(

    BalasPadam
  7. hurm... macam takde perasaan... kalau sha, tak sampai hati... serius.. walaupun sha memang tak boleh berdiri lama, tapi tak sampai hati tengok perempuan preggy atau orang tua yang berdiri... hurmm

    BalasPadam
  8. Saya pun pernah juga kena macam ni, kita nak minta tempat duduk satgi orang cakap kita berlagak pula, tapi dah terang 'sign' tu mention utamakan tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan. Kalau tak faham memang sah la tak da kesedaran sivik

    BalasPadam
  9. TERUKNYA.....KASIAN AKAK TU DGN BABYNYE

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaApril 29, 2015

    Siapa pulak yg mengambilkan gambar ni?(perempuan preggy atau orang tua). Adakah dia serahkan tempat duduknya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…