Dua Tiket Percuma Konvensyen The Bidadari 2014

Rebut peluang untuk menang dua tiket percuma ke Konvensyen The Bidadari 2014. Adakah anda berminat untuk hadiri konvensyen yang menampilkan ramai ikon, pendakwah dan speaker hebat dalam dunia Muslimah di Malaysia? In Sha Allah, sebagai pembaca blog ini, anda akan diberikan peluang untuk mendapatkan dua tiket percuma ke Konvensyen The Bidadari 2014 yang akan diadakan pada 30-31 Ogos 2014.

Ok, bagaimana nak menang dua tiket percuma yang akan saya berikan?
Dua Tiket Percuma Konvensyen The Bidadari 2014

Cara Nak Menang Dua Tiket Percuma Konvensyen The Bidadari 2014

Mudah sahaja. Jadilah pembaca setia blog ini, cara paling mudah ialah anda langgan atau subscribe blog ini supaya anda tidak terlepas entri terkini, terutama sekali berkaitan The Bidadari 2014. Saya akan kemukakan soalan-soalan berdasarkan entr-entri yang akan diterbitkan di dalam blog ini, dan kelebihan untuk anda ialah akan mengetahui jawapan dengan cepat dan mudah jika anda langgan blog ini.

Alternatif, seandainya anda tidak mahu melanggan, anda boleh sahaja menjadi follower G+ blog ini yang tersedia di bahagian sidebar blog ini. Ini juga salah satu cara untuk anda mengetahui entri-entri terkini berkaitan The Bidadari 2014 dan berpeluang untuk jadi yang tercepat dan terawal menjadi soalan-soalan yang diberikan.

Saya akan kemukakan sebanyak 2 soalan dan akan mempunyai dua pemenang bertuah bagi 1 tiket percuma bernilai RM150 setiap satu ke Konvensyen The Bidadari 2014. Setiap jawapan yang diberikan juga dimestikan untuk menyertakan satu slogan ringkas.
Update Terkini - Baca : Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014
Saya juga akan berikan cara untuk anda hantarkan jawapan kepada soalan tersebut di dalam entri-entri yang akan diterbitkan; yang seterusnya membuka peluang untuk anda menang hadiah yang ditawarkan.

Sebagai satu galakan tambahan, hadiah wang tunai juga akan diberikan selain 1 tiket ke Konvensyen The Bidadari 2014 tersebut. Ini boleh dianggap sebagai duit poket anda semasa dua hari sedang berada di konvensyen tersebut.

Syarat-Syarat Tambahan

  • Like FB Page HASRULHASSAN.COM (klik)
  • Follow blog ini menerusi Google+
  • Like entri ini dan kongsikan di dinding FB anda.

Pemilihan Pemenang

  • Pemenang dipilih bersandarkan kepada jawapan tepat yang diberikan.
  • Jika ada lebih pemenang yang menjawab soalan tepat, maka slogan terbaik akan dipilih untuk menentukan pemenang.

Hadiah

  • Wang tunai x 1 Tiket Percuma Konvensyen The Bidadari 2014 (bernilai RM150) untuk dua orang pemenang
Harapan saya, ramailah yang akan sertai kontest mudah ini untuk memang hadiah yang disediakan. Berbaloi untuk hadir ke Konvensyen The Bidadari 2014 ini, kerana anda bakal berpeluang menimba ilmu pengetahuan yang tidak terdapat di mana-mana.
Anda juga akan berkesempatan untuk bertemu dengan 3 duta The Bidadari 2014 ini iaitu Mizz Nina, Natasha Hudson dan juga Ummi Nazeera.

Oh ya, The Bidadari 2014 bukan hanya untuk kaum muslimah sahaja, tetapi juga terbuka untuk para suami dan juga bakal-bakal suami muslim.



6 comments.. read them below or add one

yang baik Ishak yang baik Ishak August 05, 2014
Semoga dipermudahkan urusan... dapatlah kiranya berjumpa dan berkumpul bersama Bidadari 2014.
Denaihati Denaihati August 05, 2014
semiga berjaya semua, memang sangat menarik peluang ni.
Eshamz Halim Eshamz Halim August 05, 2014
Wah...kalau menang ni dapat bersua dengan bidadari laaa...hihihihihi... :D
cik amal cik amal August 05, 2014
good luck untuk semua :D
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 07, 2014
Betul. In Sha Allah, isteri saya akan di sana nanti.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.